BAB 17 | TASIK KRISTAL.

73 8 0
                                    

DISERANG KETIKA PULANG DARI DOME.

Mereka berdua berbalas pandangan seketika.

Pada waktu malam itu, suasana agak sepi dan sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan katak yang saling memanggil, berisik namun menenangkan. Amar Iqwan yang baru sahaja pulang daripada mengaji terkejut apabila melihat gadis itu yang hanya berdiri di atas tangga rumahnya. Dengan rambut panjang yang mengurai. Gadis itu hanya diam kaku sahaja.

"Allahuakhbar! Kak Lily! Terkejut Amar." Dadanya diurut-urut namun gadis itu tetap mendiamkan diri sahaja. Dan, tiba-tiba gadis itu melangkah turun daripada anak tangga itu membuatkan Amar Iqwan terpinga-pinga.

"Kak Lily? Kak Lily?." Dia memanggil namun panggilannya tidak bersahut. Kepalanya digaru melihat kelakuan gadis itu.

"Abang Umar! Abang Umar!." Dia naik ke atas sambil menjerit memanggil nama abangnya.

"Abang Umar!." Tuan Hulk yang ketika itu baru sahaja keluar daripada biliknya terkejut mendengar suara adiknya itu.

"Kenapa Iqwan?." Soal Puan Rabiah yang kebetulan baru sahaja melangkah keluar daripada biliknya setelah mendengar suara anaknya itu.

"Kenapa Amar?."

"Kak Lily! Dia.. Err dia turun ke bawah. Amar panggil tapi Kak Lily diam je."

"Umar! Pergi cepat!." Arah Puan Rabiah dengan wajah cemas. Tanpa membuang masa, dia terus bergegas untuk mencari gadis itu sambil diikuti oleh Amar Iqwan.

Puan Rabiah juga ingin mengikuti kedua-dua anaknya dan ketika itu jugalah Dayang Melati juga turut keluar daripada biliknya setelah selesai solat.

"Kenapa, ibu?."

"Lily... Lily turun ke bawah." Beritahu Puan Rabiah dengan riak cemas.

"Hah!." Dan tanpa menunggu lama, mereka berdua turut bergegas keluar untuk mencari gadis tersebut.

"Ame!." Panggil Tuan Hulk sambil mengejar gadis yang sedang berjalan menuju ke arah sungai, namun panggilannya tidak bersahut. Dia berlari dengan lebih laju untuk mengejar Tengku Lily Camelia.

"Ame!." Bahu gadis itu dipegang dengan erat. Langkah kaki Tengku Lily Camelia pun terhenti namun matanya masih terpejam. Dengan pantasnya, tubuh gadis itu dicempung untuk dibawa pulang.

 Dengan pantasnya, tubuh gadis itu dicempung untuk dibawa pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang Umar! Kak Lily okay ke?." Soal Amar Iqwan.

"Kak Lily okay.. Cuma Kak Lily..."

"Sleepwalking?." Tuan Hulk anggukkan kepalanya. Wajah polos yang sedang lena itu ditatap.

"Tengku Lily?!."

"Lily! Kenapa dengan Lily, Umar?." Soal Puan Rabiah dengan cemas.

"Kak Lily mengigau, ibu." Amar Iqwan menjawab sambil tersenyum nakal.

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now