BAB 4 | MENYANTUNI RAKYAT.

124 10 2
                                    

MELUANGKAN MASA BERSAMA.

Usai membersihkan diri, dia merebahkan tubuhnya ke atas katil empuk itu namun matanya tetap tidak mahu pejam, biar pun tubuhnya kepenatan.

"Apa yang sedang dilakukan oleh mereka berempat, ya?."

"Baik Tengku Mustapha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Baik Tengku Mustapha. Jangan risau, Tengku Lily berada didalam keadaan baik disini." Beritahu Tuan Hulk yang sedang bercakap dengan Tengku Mustapha di telefon.

"Majlis Amal itu juga berjalan dengan lancar.." Ujarnya lagi.

"Baik, Tengku Mustapha.. Kami akan menjaga Tengku Lily dengan sebaiknya."

Lee, Azmir dan Khalid hanya memerhatikan dan mendengar sahaja perbualan diantara Tuan Hulk dengan Tengku Mustapha itu. Tidak lama kemudian, kelihatan Tengku Lily Camelia sedang menghampiri mereka berempat, namun langkahnya terhenti saat melihatkan penampilan keempat-empat bodyguard yang tidak berbaju itu. Terbeliak matanya tatkala melihat tubuh keempat-empat mereka yang berketul-ketul itu, dengan pantasnya dia memakai cermin mata hitam yang tersangkut di kolar bajunya.

"Ayahanda telefon?." Mereka berempat terkejut dengan kehadiran tiba-tiba gadis itu, lalu tunduk hormat.

"Ya, Tengku Lily." Balas Tuan Hulk.

"Ayahanda kata apa?."

"Beliau cuma bertanyakan tentang keadaan Tengku Lily disini. Dan, berharap agar Tengku Lily baik-baik saja."

"Of course I'm fine! Dikawal oleh 4 orang bodyguard yang hebat!." Jawab Tengku Lily Camelia tersenyum lebar.

"Saya rasa saya ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung ini." Ujar Tengku Lily Camelia tersenyum.

Tidak menunggu lama, keempat-empat bodyguard itu dengan pantas mencapai t-shirt masing-masing untuk mengiringi gadis tersebut.

"Err kamu semua tak perlu iring saya. Kamu berempat boleh lakukan aktiviti bebas pada hari ini." Tuan Hulk melangkah ke hadapan.

"Biar saya yang iringi Tengku Lily.." Ujar Tuan Hulk.

"Urm Awak memang suka melanggar arahan saya, kan?." Gadis itu peluk tubuh.

Tuan Hulk tersenyum.

"Kami dibayar untuk menjaga dan melindungi Tengku Lily.. Jika ada apa-apa yang terjadi kepada Tengku Lily, pasti kami yang akan dipersalahkan." Ujar Tuan Hulk.

"Urm baiklah, jika kamu mendesak." Tak guna jika dia membantah dan melawan kata-kata Tuan Hulk ini, dia tidak akan menang.

"Tuan Hulk." Panggil Lee.

"Tak pa, Lee, Azmir dan Khalid. Biar saya saja yang iringi Tengku Lily."

"Tuan Hulk yakin?." Soal Azmir. Dia sudah tidak sabar ingin bermandi air laut yang kelihatan sungguh jernih itu.

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now