"TENGKU LILY DISERANG!."
"Melupakan Tuan Hulk?."
"Yuri?." Namanya dipanggil oleh Tengku Masyitah namun dia masih terleka dengan lamunannya.
"Yuri?!." Tengku Masyitah memanggilnya lagi tetapi dengan nada yang sedikit keras. Sejak tadi dia melihat puterinya itu hanya menguis-nguis sahaja bihun didalam piringnya.
"Y..ya! Ya, Bonda?." Dia terkejut.
"Anakanda sedang fikirkan sesuatu?." Soal Tengku Masyitah.
"Err.." Wajah Tengku Mustapha dan Tengku Masyitah dipandang berselang-seli.
"Tiada apa-apa, Bonda. Err sebentar lagi Yuri akan pergi ke Crystal Palace City. Bersama dengan Wawa."
"Untuk pameran dan pembukaan galeri lukisan Wawa?." Soal Tengku Mustapha.
"Ya, Ayahanda."
"Yuri jaga diri baik-baik. Jangan jauh daripada Tuan Hulk dan bodyguard yang lain."
"Baiklah, Bonda. Yuri akan berada dekat dengan Tuan Hulk." Jawab Tengku Lily Camelia tersenyum nakal.
"Jangan jauh daripada Tuan Hulk?." Dia senyum. Dia ingin terus berada dekat dengan pria itu walau dimana saja mereka berada.
***
Kelihatannya pengunjung mula memenuhi ruang tingkat bawah Crystal Palace City, tempat dimana berlangsungnya pameran lukisan sepupunya itu. Dia merasa sangat gembira dengan pencapaian Tengku Najwa.
"Tahniah, Wawa! I'm so proud of you!." Tubuh sepupunya itu dipeluk erat.
"Saya rasa macam mimpi pula, Yuri."
"Mimpi?." Tengku Najwa angguk kepala. Lalu lengannya dicubit oleh Tengku Lily Camelia.
"Aduh! Yuri!."
"Sakit tak?."
"Sakit..lah!." Muncung bibir sepupunya itu sambil menggosokkan lengannya. Tengku Lily Camelia tertawa.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OG
FantasíaKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...