PULANG KE ESPANIA.
Cuaca pada malam itu terasa sedikit hangat, membuatkan Tuan Hulk tidak dapat melelapkan matanya. Dan pada akhirnya dia bangkit bangun dari katil lalu berjalan keluar dari biliknya untuk menghirup udara segar di laman istana tersebut.
Matanya melirik ke arah balkoni bilik gadis itu, barangkali gadis itu sudah pun lena. Lalu pandangannya dialihkan ke arah sekeliling istana itu. Sunyi dan sepi.
Tiba-tiba matanya terpandangkan sosok tubuh seseorang yang sedang berjalan dengan perlahan-lahan ke arah hutan di belakang istana itu. Sepertinya seorang wanita. Dia musykil, siapakah gerangan orang itu? Adakah gadis itu? Tidak lama kemudian, sosok itu pun menghilang di balik pokok yang besar.
Tanpa membuang masa, dia pun cuba mengikuti langkah tubuh tersebut.
Tiba-tiba sahaja kedua belah matanya terbuka. Dia cuba mengamati keadaan disekelilingnya pada ketika itu.
Gelap dan sepi!
Hanya bunyi cengkerik sahaja yang menemaninya dikala itu. Dia peluk tubuh kerana ketakutan. Kakinya bagaikan dipegang membuatkan dia hanya berdiri membatu sahaja. Otaknya terasa membeku.
Dingin.
"Melati?! Tuan Hulk?!." Namun panggilannya tidak bersahut. Nafasnya semakin laju ketika itu kerana merasakan ketakutan yang amat sangat.
"Tuan Hulk? Erghhh..!." Dia cuba mengawal nafasnya namun terasa amat sukar. Akhirnya dengan perlahan-lahan, dia rebah ke tanah sambil matanya memandang ke arah atas.
"Tengku Lily?." Dia mendengar suara seorang lelaki, suara yang tidak asing baginya, namun dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya.
"Ame?." Tiba-tiba sahaja wajah pria itu berada dihadapan matanya, sedang memandang ke arahnya.
"Ame." Lembut nada suara itu memanggil namanya.
"U...mar." Tubuhnya dipangku oleh pria itu.
"U..mar?."
"Ya.. Ini saya, Ame." Setelah dapat merasakan itu adalah benar-benar pria itu, barulah dia dapat bernafas dengan lebih tenang. Tanpa sedar, dia menangis didalam pelukan pria itu. Tubuh pria itu dipeluk dengan kuat, dia tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya pria itu tidak menjumpainya, mungkin dia akan dimakan oleh binatang buas atau pun akan sesat lebih jauh lagi.
Dia dapat rasakan degupan jantung gadis itu yang sangat kencang.
"Shhhhhh... Tenang. Ame sudah selamat." Pria itu mengelus lembut belakang tubuhnya, ingin menenangkan dirinya. Pakaian yang dipakai oleh pria itu basah dek kerana air matanya. Dia benar-benar ketakutan. Dengan perlahan-lahan, tubuhnya dicempung untuk dibawa ke istana semula.
Sementara itu, didalam istana pula, kelihatannya Dayang Melati sedang cemas mencari-cari keberadaan gadis itu. Tiba-tiba sahaja Tengku Lily Camelia hilang daripada biliknya. Dengan pantasnya dia ingin memanggil Tuan Hulk untuk sama-sama mencari gadis tersebut.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OG
FantasyKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...