BAB 9 | KUDA KESAYANGAN TENGKU JEBAT AARIYAZ HILANG!.

129 13 5
                                    

DIRASUK.

Usai membersihkan diri, Tengku Lily Camelia berbaring diatas katil empuk itu sambil memegang telefon bimbitnya. Bagaimanakah keadaan di Espania sekarang ini? Adakah Seri Aura baik-baik sahaja? Soalan itu bermain-main difikirannya lalu dia mendail nombor telefon sepupunya, Tengku Najwa.

"Assalamualaikum Wawa..!."

"Waalaikumussalam Yuri!."

"Awak apa khabar?."

"Alhamdulillah baik. Awak pula? Bagaimana keadaan awak di sana? Is everything alright?."

"Alhamdulillah semua baik disini.. Urm Wawa, bagaimana dengan keadaan di Espania? Seri Aura baik saja, kan?."

"Espania dan Seri Aura didalam keadaan yang baik saja. Kami dikawal 24 jam terutamanya di Seri Aura.. Yuri, awak janganlah risaukan keadaan disini, ya."

"Urm saya dah tak sabar nak pulang ke sana lagi, Wawa.."

Kedengaran suara tawa sepupunya itu.

"Awak dah bertemu dengan Tengku Jebat Aariyaz?."

"Urm belum.. tapi katanya beliau akan pulang tidak lama lagi. Err Wawa?."

"Baguslah kalau beliau pulang, bolehlah awak bertemu dengannya dan mengenali dirinya, bukan?."

"Tapi Wawa, bagaimana kalau saya tetap tak terpikat dengannya?." Sayu kedengaran inotasi suara Tengku Lily Camelia ketika itu.

"Kenapa ni, Yuri?."

"Wawa... Hati saya sudah terpikat kepada orang lain.."

"Hah?! Dengan siapa?!." Tengku Najwa terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja diungkapkan oleh Tengku Lily Camelia itu.

"Err..." Serba salah untuk menjawabnya atau pun tidak.

"Yuri..?."

Tengku Lily Camelia mendiamkan dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Lily Camelia mendiamkan dirinya.

"Yuri... Urm saya harap awak fikirkan perkara ini secara waras, ya.. Awak perlu berfikir sebagai Tengku Mahkota Espania.." Berfikir sebagai Tengku Mahkota Espania? Andai saja dia boleh memilih, dia akan memilih untuk menjadi Lily Camelia sahaja dan boleh memilih untuk jatuh cinta kepada sesiapa sahaja yang dia inginkan.

Panggilan itu dimatikan. Dia menongkat Kedua-dua belah pipinya diatas katil itu. Entah kemanakah fikirannya menerawang. Tanpa disedarinya, dia akhirnya tertidur dengan posisi meniarap.

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now