"SIAPA WANITA ITU?!."
Tidurnya bagaikan terganggu. Matanya tidak mahu pejam walau puas dipaksa. Dia berfikir dia harus melakukan sesuatu sebelum pria itu pulang ke Andalusiana, sesuatu yang akan membuatkan pria itu membatalkan lamaran itu dengan sendirinya. Dia tersenyum nakal.
Esok pagi, Tengku Jebat Aariyaz pergi ke Istana Seri Aura untuk melawat Tuan Hulk di rumah agam yang terletak di belakang istana tersebut.
"Sebentar ya, Tengku Jebat. Patik akan memanggil Tengku Lily." Ujar Ketua Bentara Aizul Rusli membuatkan pria itu anggukkan kepalanya. Lalu dia pun duduk di atas sofa di sebuah bilik menunggu. Sementara menunggu, dia membelek majalah yang terdapat diatas meja kaca dan senyumannya terukir saat melihat sebuah artikel mengenai gadis itu.
Majlis Amal yang telah dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Lily Camelia di Perkampungan Nelayan Sendayan. Beberapa keping gambar gadis itu yang sedang memasak juga terselit didalam artikel berkenaan, menambahkan rasa kagumnya terhadap gadis itu.
Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Muncul Tengku Lily Camelia yang masih berpakaian tidur tetapi kelakuan gadis itu kelihatan nya sedikit pelik. Dan terdapat bau yang masam pada gadis itu. Gadis itu mabuk?
"Erk! Erk!." Gadis itu tersedu. Dan, pandangannya beralih ke arah Tengku Jebat Aariyaz yang sedang duduk itu.
"Eh! Tengku Jebat?!." Dia tersengih-sengih dihadapan pria itu.
"Erk....! Erk...!." Dia tersedu lagi. Mulutnya ditutup.
"Tengku Lily tak apa-apa?." Soal Tengku Jebat Aariyaz yang sedang berdiri dihadapannya.
Gadis itu tertawa.
"Oh! Maafkan saya, Tengku Jebat. Tetapi inilah rutin tiap pagi saya disini. Saya akan minum sehingga saya mabuk, dan saya akan tertidur di bilik ini." Jawabnya sambil tersenyum-senyum. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu memejamkan matanya.
Tengku Jebat Aariyaz tertawa kecil melihat kelakuan gadis itu yang sepertinya sedang berlakon. Berlakon mabuk? Apakah tujuannya?
Tidak lama kemudian, pintu bilik itu diketuk.
Tok! Tok! Tok!
Pria itu membukanya. Muncul wajah Ketua Bentara Aizul Rusli.
"Maafkan patik, Tengku Jebat. Err patik tidak dapat mencari dimanakah Tengku Lily berada." Ujar Ketua Bentara Aizul Rusli dengan riak cemas. Namun, Tengku Jebat Aariyaz tersenyum lalu mengalihkan tubuhnya daripada pandangan mata Ketua Bentara itu.
"Tengku Lily?!." Dengan pantasnya, Ketua Bentara Aizul Rusli melangkah masuk menuju ke arah gadis yang sedang tidur itu.
"Tengku Lily? Tengku Lily?." Dia cuba membangunkan gadis itu namun tidak berjaya. Bau pada gadis itu juga agak masam. Bau apakah itu?
Tengku Jebat Aariyaz tersenyum.
"Tengku Lily beritahu, ini adalah rutinnya setiap hari disini."
"Rutin? Tak, ini bukanlah diri Tengku Lily yang sebenarnya, Tengku Jebat!." Beritahu Ketua Bentara Aizul Rusli.
Tengku Lily Camelia yang sedang berpura-pura tidur itu menggigit bibirnya saat mendengarkan kata-kata Ketua Bentara itu. Habis rosak rancangannya.
"Sebentar ya, Tengku Jebat. Saya ingin memanggil Dayang Melati untuk membawa Tengku Lily ke biliknya." Tengku Jebat Aariyaz anggukkan kepalanya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa di sebelah gadis itu. Dan dia kembali membelek majalah itu semula.
***
Tengku Lily Camelia mencampakkan pakaiannya ke atas lantai disebabkan geram kerana rancangannya gagal.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OG
FantasíaKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...