BAB 26 | BENAR-BENAR MENJAGA.

84 6 1
                                    

PROGRAM AMAL IVF KASIH NUR ESPANIA.

Tengku Ibrahim menghempas gelas yang dipegangnya ke lantai dek kerana rasa geram kerana rancangannya tidak berjaya. Kaca yang berteraburan segera dibersihkan oleh pembantunya.

"TAK GUNA...!." 2 kali rancangannya untuk membunuh gadis itu tidak berjaya dan kali ini dia harus melakukan rancangan yang lain pula, mungkin dia perlu membunuh bodyguard kepada gadis itu terlebih dahulu.

"Tuan Hulk." Nama itu disebutnya dengan rasa penuh benci. Manakala Tengku Rafael yang kebetulan melalui bilik tersebut hanya memerhatikan sahaja kelakuan ayahnya itu. Ayahnya itu benar-benar ingin merampas takhta Kerajaan Espania daripada ayah saudaranya dan sanggup melakukan apa sahaja demi meraih impiannya itu.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik mesyuarat itu diketuk.

"Masuk!." Lalu pintu itu pun dibuka, kelihatannya Tengku Mustapha sedang menunggunya sendirian tanpa bondanya.

"Ayahanda ingin bertemu dengan Yuri?."

"Ya.. Masuk, Yuri. Ketua Bentara? Tinggalkan kami berdua."

"Menjunjung perintah Tuanku." Dan pintu bilik mesyuarat itu pun ditutup semula.

" Dan pintu bilik mesyuarat itu pun ditutup semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ada apa, Ayahanda?." Gusar melihat wajah ayahnya ketika itu, sepertinya sedang memikirkan tentang sesuatu.

"Mmm.. Yuri ada menyembunyikan sesuatu daripada Ayahanda?." Soal ayahnya.

"Menyembunyikan sesuatu? Err apa maksud Ayahanda?."

"Tentang Tuan Hulk?." Matanya dipandang tepat. Tengku Lily Camelia telan air liur namun rasanya pahit.

"Kenapa dengan Tuan Hulk, Ayahanda?."

"Mmm Yuri tiada apa-apa hubungan dengan Tuan Hulk?." Tengku Lily Camelia cuba berlagak tenang lalu tertawa kecil.

"Ayahanda.. Tuan Hulk adalah bodyguard Yuri, jadi tak salah jika Yuri ingin menjaganya. Lagi pula dia telah melakukan tugasnya dengan sangat baik sehingga tercedera semasa bertugas. Yuri merasa bersalah terhadapnya." Ujar Tengku Lily Camelia cuba menyembunyikan perasaannya kerana tidak ingin keadaan menjadi lebih keruh.

"Mmm baiklah. Satu perkara lagi. Sementara Tengku Jebat berada disini, Ayahanda mahu Yuri melayaninya dengan membawa bersiar-siar disekeliling Bandar Espania ini. Tengku Jebat adalah tetamu kita." Pesan Tengku Mustapha.

"Baik, Ayahanda. Err Ayahanda? Yuri ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan Ayahanda.. Itu pun jika Ayahanda tidak sibuk."

"Boleh, sayang. Tell me." Dia pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan ayahnya.

"Yuri ingin menganjurkan satu program di Espania Private Hospital di bawah Yayasan Amal Keluarga Espania.. IVF program untuk pasangan-pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat diatas faktor kewangan. Dan mereka ini akan mendapat sponsor sepenuhnya daripada Yayasan Amal Keluarga Espania. Bagaimana menurut Ayahanda?."

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now