MATA BERTENTANG MATA.
Kini, Tengku Jebat Aariyaz sedang berdiri dihadapannya sambil menatapnya. Dia tunduk hormat.
"Akhirnya kita bertemu jua, Tengku Lily Camelia." Suara garau itu menyapa gegendang telinganya. Dia tersenyum tipis.
"Selamat berkenalan, Tengku Jebat Aariyaz." Dia membalasnya.
Mereka berbalas pandangan sambil diperhatikan oleh Tuan Hulk yang sedang berdiri di sebelah.
Tengku Lily Camelia kaku. Sangkaannya benar-benar meleset. Rupa-rupanya Tengku Jebat Aariyaz seorang yang kacak dan mempunyai auranya yang tersendiri, tidak seperti yang diperkatakan oleh Tengku Najwa tempoh hari. Hodoh dan playboy?! Jauh panggang dari api.
"Jadi, inilah Tengku Lily Camelia yang telah berjaya menawan Black Maria...? Sehingga ia melarikan diri?." Ujar Tengku Jebat Aariyaz dengan pandangan tajam namun ada senyuman tipis di hujung bibirnya.
Tengku Lily Camelia membalasnya dengan pandangan sinis. Mungkin rancangannya telah berjaya membuatkan Tengku Jebat Aariyaz marah terhadapnya.
"Mungkin Black Maria sudah terlalu bosan dikurung didalam kandang." Tengku Lily Camelia membalasnya. Pria itu tertawa.
"Mungkin juga." Balas Tengku Jebat Aariyaz dengan ringkas.
"Mungkin juga? Tengku Jebat tidak marah kepada saya?." Tengku Jebat Aariyaz menjungkitkan kedua-dua belah bahunya.
"Itukan kuda kesayangan Tengku?."
"Ya.. benar, ia adalah kuda kesayangan saya. Tetapi ianya tidak disengajakan, bukan? Tengku Lily tidak sengaja, kan?." Tengku Lily Camelia terdiam menyaksikan reaksi pria itu, kelihatannya tenang dan santai sahaja.
"Bagaimana jika saya katakan saya sengaja melepaskan Black Maria tempoh hari?." Tengku Jebat Aariyaz tersenyum.
"Mungkin benar kata Tengku Lily. Black Maria sudah terlalu bosan dikurung disini.. atau pun ia juga sudah tua untuk terus berkhidmat kepada saya, jadi biarkanlah ia bebas."
"Hah?!." Pria ini benar-benar tidak marah? Dia pelik, bukankah sepatutnya dia dimarahi kerana kesilapan dirinya? Wajah pria yang sedang tersenyum itu dipandang. Tuan Hulk tersenyum memerhatikan mereka berdua.
Tengku Lily Camelia peluk tubuh di hadapan balkoni biliknya sambil memikirkan sesuatu. Nampaknya rancangan melepaskan Black Maria itu tidak berjaya seperti yang diharapkan.
"Hmm...." Dia buntu. Apa lagi yang harus dilakukannya untuk membuat pria itu marah kepadanya?
"Tengku Lily?." Suara Dayang Melati memanggil. Dia terus berpaling ke arah suara itu.
"Ya, Melati."
"Air hangat sudah tersedia." Ujar Dayang Melati.
"Baiklah." Tanpa membuang masa dia pun melangkah masuk kedalam dan melucutkan pakaian yang dipakainya. Dayang Melati mengutip satu persatu pakaian itu lalu dimasukkan kedalam laundry basket. Tiba-tiba dia terpandangkan pergelangan lengan dayangnya itu, ada ukiran berbentuk bunga.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OG
FantasíaKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...