BAB 16 | LATIHAN.

85 8 4
                                    

MEMANAH.

Pria itu sedang memerhatikannya sambil peluk tubuh. Ada senyuman nakal di wajahnya ketika itu. Siapa yang berani membuli seorang anak raja? Pria itulah!

"Cepat!." Laung Tuan Hulk.

Gadis itu berjaya menamatkan satu pusingan larian dan sedang meneruskan pusingan yang kedua pula sambil diperhatikan oleh Tuan Hulk.

"Satu pusingan lagi!."

"Ish!." Tengku Lily Camelia mencebik geram.

Tuan Hulk tertawa melihat gadis itu. Berani-beraninya dia membuli anak raja tersebut, ya. Dan, akhirnya gadis itu berjaya menamatkan kedua-dua pusingan larian yang diarahkan. Dia terduduk diatas tanah untuk berehat seketika.

Tuan Hulk mengambil botol berisi air minuman dan menghulurkan kepada gadis itu lalu disambut dengan pantas.

"Ahhh! Lega!." Hampir separuh air minuman itu diteguk dek kerana kehausan menghabiskan dua pusingan larian pemanasan badan sebelum mereka memulakan latihan yang sebenarnya.

"Ame okay? Atau nak berhenti setakat ini saja?."

"Eh tak! Ame nak teruskan dengan latihan yang seterusnya." Tuan Hulk tersenyum melihat semangat yang ditunjukkan oleh gadis itu.

"Baiklah. Selepas ini Ame akan berlatih memanah.. Ame dah bersedia?."

"Sudah!." Dia bingkas bangun dari duduknya dan berdiri dihadapan pria itu.

Dia dibawa ke suatu tempat lapang, dan di hadapannya terdapat sebuah papan sasaran yang jaraknya anggaran 10 meter daripada tempat mereka berdiri.

"Perkara pertama yang Ame perlu tahu adalah kedudukan posisi tubuh... Posisi tubuh harus seimbang dan berdiri tegak... Kita tak boleh membongkok ke hadapan, atau mendada ke belakang atau berada di posisi menyenget di sebelah kiri atau kanan. Terdapat dus cara posisi iaitu square stance dan open stance." Ujar Tuan Hulk sambil menunjukkan kedudukan posisi tubuh yang betul. Manakala, Tengku Lily Camelia pula sedang meniru gaya posisi yang ditunjukkan oleh pria itu.

Tuan Hulk menepuk kaki gadis itu agar berada didalam keadaan lurus.

"Perkara kedua yang Ame perlu tahu adalah, memasang anak panah iaitu nocking the arrow."

"Langkah-langkah untuk memasang anak panah merangkumi beberapa gerak kerja seperti yang saya tunjukkan."

"Pegang busur merentangi badan pemanah dalam kedudukan yang sedikit condong bagi memudahkan pemanah memasang anak panah."

"Keluarkan anak panah dari quiver dan pegang pada bahagian nock anak panah."

"Letakkan anak panah pada arrow rest."

"Pusing anak panah sehingga sayap anak panah yang berwarna ganjil menghala ke luar busur dan bersudut tepat dengan busur. Tekan anak panah kepada tali busur sehingga anak panah terpasang dengan kemas pada tali."

"Tetapi, apabila anak panah terlalu besar dan longgar, ia akan menganggu pergerakan anak panah menuju ke sasaran... Itu Ame kena ingat." Pesan Tuan Hulk. Gadis itu angguk kepala.

"Perkara ketiga, adalah tangan yang menarik atau the drawing hand. Hanya tiga jari sahaja digunakan untuk menarik tali busur iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis."

"Jari telunjuk akan berada di atas nocking point manakala dua jari lagi akan berada di bawah nocking point. Seperti ini."

"Tali akan ditarik pada ruas jari yang pertama. Dan, setiap jari akan menerima tekanan yang berbeza daripada regangan tali busur."

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now