BAB 21 | TIBA DI ESPANIA.

60 7 2
                                    

SERANGAN KALI KEDUA.

Wajah penumpang wanita itu ditatap dengan senyuman penuh nakal. Tuan Hulk telan air liur kerana bimbang gadis itu akan melakukan sesuatu kepada penumpang wanita tersebut.

"Tengku Lily?." Tuan Hulk memanggilnya namun dia memberikan senyuman nakal kepada pria itu. Ketika itu juga dia menghampiri gadis itu lalu membongkokkan tubuhnya.

"Apa yang ingin dilakukan oleh Tengku Lily?." Bisik Tuan Hulk.

"Awak telah menyimbah air ke muka pramugari dan bodyguard saya, jadi saya ingin membalas perbuatan tersebut." Ujar Tengku Lily Camelia sambil memandang wajah cemas penumpang wanita tersebut.

"Err s..saya..." Penumpang wanita tersebut kehilangan kata-kata.

"T..tak mengapa Tengku Lily..." Ujar pramugari itu. Dia risau jika hal ini berlarutan.

Dengan pantasnya, Tuan Hulk mengambil botol air mineral itu daripada genggaman tangan gadis itu.

"Awak sangat bernasib baik kerana mereka berdua mempunyai hati yang baik." Kata Tengku Lily Camelia menatap tajam wajah penumpang wanita tersebut.

" Kata Tengku Lily Camelia menatap tajam wajah penumpang wanita tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"T..terima kasih, Tengku Lily! Terima kasih!." Ucap penumpang wanita tersebut.

Setelah itu, dia pun kembali ke tempat duduk mereka, diikuti oleh Tuan Hulk. Setelah kembali ke tempat duduk mereka, pramugari itu datang menghampiri. Pakaiannya yang basah itu sudah berganti.

"Tengku Lily?." Mereka berdua menoleh ke arah pramugari itu.

"Ya?."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Lily dan Tuan Hulk kerana telah membantu saya sebentar tadi." Tengku Lily Camelia tersenyum lalu anggukkan kepalanya.

"Sama-sama.. Itu hanyalah perkara kecil saja."

"Perkara kecil bagi Tengku Lily, tetapi besar maknanya untuk saya." Mereka berbalas senyuman seketika sebelum pramugari itu berlalu pergi.

Ketika itu, senyuman terukir di hujung bibir Tuan Hulk.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membantu saya." Ucap Tuan Hulk. Mereka berbalas pandangan.

"Saya cuma tidak suka orang membuli bodyguard saya. Yang boleh membuli semua bodyguard saya hanyalah saya seorang saja. Faham?." Tuan Hulk tersenyum mendengarkan kata-kata gadis itu. Tengku Lily Camelia membelek majalah yang dipegangnya kerana malu ditatap oleh pria itu, namun ada senyuman tipis terukir di hujung bibirnya.

 Tengku Lily Camelia membelek majalah yang dipegangnya kerana malu ditatap oleh pria itu, namun ada senyuman tipis terukir di hujung bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now