MATA BERTEMU MATA.
Matanya masih melirik ke wajah pria yang sedang mendukungnya. Dan tiba-tiba sahaja pandangan mata mereka bertaut.
"Err terima kasih kerana berpihak kepada saya sebentar tadi." Bisiknya.
Tuan Hulk tersenyum. Tidak berkedip matanya melihat senyuman itu. Manis sungguh senyuman itu. Ingin saja dia memasukkannya ke dalam botol dan membawanya kemana-mana sahaja dia pergi. Segila itukah dia? Dia tertawa dengan dirinya sendiri.
Tuan Hulk meletakkan tubuh gadis itu ke atas katil didalam bilik. Manakala Dayang Melati pula membukakan boots yang dipakai dan melucutkan jaket yang dipakai.
"Saya meminta izin untuk beredar terlebih dahulu." Tengku Lily Camelia anggukkan kepalanya. Dengan perlahan-lahan, Tuan Hulk melangkah keluar daripada bilik tersebut.
"Err saya pergi ambil minyak untuk disapu ke kaki Tengku Lily, ya." Tengku Lily Camelia angguk kepala. Masih terbayangkan wajah dan senyuman manis Tuan Hulk sebentar tadi.
Tuan Hulk juga ikut tersenyum saat mengingati wajah gadis itu, wajah yang penuh dengan kelembutan namun penuh dengan kenakalan.
Kecoh di Istana Andara gara-gara berita tentang kehilangan Black Maria. Masing-masing sibuk mencari-cari kuda hitam tersebut sebelum kepulangan Tengku Jebat Aariyaz. Setelah berita tentang kehilangan Black Maria dan kecederaan yang dialami oleh Tengku Lily Camelia tersebar didalam Istana Andara, Tengku Zainal dan Tengku Laila berangkat pergi ke Istana Andora untuk melawat gadis tersebut.
"Maafkan Anakanda Lily kerana telah menghilangkan Black Maria." Ucap Tengku Lily Camelia.
Tengku Zainal dan Tengku Laila cuba untuk senyum biarpun ianya terasa pahit. Mereka tidak tahu apakah tindakan yang akan dilakukan oleh putera mereka terhadap gadis itu setelah mengetahui akan berita ini.
"Tak mengapa, Bonda Laila akan cuba untuk memujuk Anakanda Jebat agar memaafkan Anakanda Lily diatas kesilapan yang tidak disengajakan itu."
"Urm pasti Tengku Jebat akan sangat marah, bukan? Anakanda Lily sudah bersedia untuk menerima apa saja hukumannya." Tuan Hulk hanya memerhatikan sahaja kelakuan gadis itu. Dia yang melakukannya tetapi dia juga yang meredhainya? Nakal sungguh.
"Tak mengapa. Keselamatan Anakanda Lily juga paling utama. Urm bagaimana dengan kaki Anakanda?." Soal Tengku Zainal yang sedari tadi hanya berdiam diri sahaja.
Tengku Lily Camelia melihat ke arah kaki kirinya yang berbalut kemas itu.
"Semakin pulih, cuma Anakanda tidak disarankan untuk berdiri dan berjalan terlalu lama." Terukir senyuman tipis di hujung bibirnya kerana mengingati saat apabila dia dibantu oleh Tuan Hulk yang akan memapahnya setiap kali dia ingin ke mana-mana dia mahukan.
"Alhamdulillah.. Ayahanda amat khuatir tentang keadaan Anakanda Lily. Jika teruk kecederaan yang dialami oleh Anakanda, bagaimanalah Ayahanda ingin berdepan dengan Tengku Mustapha. Pasti beliau amat sedih melihat keadaan puterinya ini."
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OG
ФэнтезиKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...