HUD : TH || BAB 1

1.6K 58 0
                                    


                     Hujan rintik-rintik mula turun membasahi bumi. Sekarang adalah musim hujan, musim yang sangat disukai oleh Cahaya. Hujan adalah salah satu jawapan kenapa dia masih bertahan di dunia ini.

Dirinya masih lagi mengingati pesan dari opah.

'Jika Cahaya sedih, maka lihatlah hujan dan ingat pesan opah ini. Selepas hujan mesti ada pelangi, begitu juga dengan kehidupan. Jika sekarang Cahaya bersedih, percayalah di masa hadapan akan ada kebahagiaan yang sedang menanti.'

Cahaya hanya menikmati kenikmatan hujan sambil memekakkan telinga. Dapat didengar dengan samar-samar bahawa di ruang tamu ada sepasang suami isteri sedang bergaduh hebat. Mungkin tentang kantoi selingkuh?

"Perempuan macam kau ni patut mati je la! Menyusahkan aku je!"jerit Encik Khuzairan dari ruang tamu.

"Menyundal je kerja kau!" sambung Encik Khuzairan.

"Engkau dengan anak kau sama je! Sama-sama menyusahkan hidup aku!" sambung Encik Khuzairan sekali lagi.

"Engkau pun sama lah jantan tak guna! Perempuan mana kau bawak pergi hotel semalam!" marah Puan Natasya tidak mahu kalah.

PANG!

Tamparan dari Encik Khuzairan dapat didengar jelas oleh gegendang telinga Cahaya. Darimana aku tahu tamparan itu berasal dari ayah aku kerana hanya ayah aku sahaja yang berani main tangan. Dasar lelaki dayus!

Beginilah kehidupan aku sehari-hari, sehingga aku terasa sudah lali dengan semua itu. Sekali-sekala aku ada berfikir, sampai bila aku harus hadap semua ini. Bilakah orang tuaku ingin berdamai?

Sudah 24 tahun mereka bergaduh hanya disebabkan orang luar. Aku juga ingin merasa kasih sayang dari orang tuaku.

Kenapa dunia sangat kejam kepadaku? Apa dosa aku sehingga aku perlu hadap semua ini.

Aku juga manusia biasa yang ingin merasa kebahagiaan dan kasih sayang dari orang tua.

Aku iri ketika melihat anak perempuan di didik dan disayangi oleh ayah mereka masing-masing. Aku selalu berharap aku juga boleh merasai itu semua tetapi itu hanya mimpi yang tidak dapat aku kutip.

 Aku selalu berharap aku juga boleh merasai itu semua tetapi itu hanya mimpi yang tidak dapat aku kutip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Welcome back Tuan Ash!" jerit Aiman setelah melihat atasannya mula memasuki ruang tinju.

Hashr hanya membalas dengan deheman sahaja. Malas mahu melayan.

"Buang la bod*h!!" jerit Naim sambil berlari laju tanpa arah tuju. Sekarang dia tidak kesah kemana dia pergi dan kemana dia berlari, asalkan dia jauh daripada salah satu kawan durjana ini.

Haikal hanya mengabaikan perkataan yang keluar dari mulut Naim. Dirinya masih lagi setia mengejar Naim sambil memegang seekor cicak.

Yang lain hanya ketawa melihat kedua gelagat kawannya kecuali Hashr. Ada-ada sahaja akal Haikal untuk mengusik Naim.

Hashr hanya melihat mereka sambil menggelengkan kepalanya. Anak buahnya itu ada-ada sahaja akalnya untuk mengusik salah satu daripada mereka. Kadangkala dirinya juga pening melihat perangai mereka.

Halhasil Naim berhenti tepat di belakang Hashr untuk mengelak dari Haikal. Setelah sampai dihadapan Hashr, Haikal hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Hye Ash, comel kan cicak ni." ucap Haikal sambil mengelus kepala cicak di tangannya.

"Buang." arah Hashr dengan singkat.

Haikal dengan lekas membuang cicak tersebut. Lebih baik dia menuruti perkataan yang keluar dari mulut Hashr daripada bertinju dengan mamat batu dihadapannya ini. Tidak sanggup dia melihat wajahnya bertukar seperti rupa ubi keledek.

 Tidak sanggup dia melihat wajahnya bertukar seperti rupa ubi keledek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PUTERI NUR CAHAYA ELINA!!"

"KELUAR KAU BOD*H!!, DASAR ANAK TAK KENANG JASA!!!" tengking Encik Khuzairan dari luar.

Tanpa menunggu lama Cahaya terus bergegas turun ke ruang tamu untuk menghampiri Encik Khuzairan. Setelah sampai di hadapan Encik Khuzairan, dirinya kaku melihat wajah ayahnya.

Cahaya memandang ke arah wajah bengis ayahnya, wajah ayahnya merah padam seperti menahan amarah.

PANG!

Satu tamparan melayang ke pipi Cahaya, tamparan itu berjaya membuat wajah Cahaya tertoleh ke arah kanan.

"Eh kau memang tak sedar diri eh! Dengan jantan mana kau keluar tadi?!" marah Encik Khuzairan dengan wajah bengis. Wajah anak perempuan sulungnya dipandang dengan jijik.

"Elin tak keluar pun harini" balas Cahaya dengan lembut. Wajah ayah dan adik perempuannya dipandang. Dia duduk rumah dari pagi ke malam kut!

PANG!

Tamparan kedua lolos di pipi kanan Cahaya sehingga berjaya membuat sudut bibirnya pecah. Cecair merah pekat mula keluar dari sudut bibirnya yang pecah.

"Kau tak payah nak menipu aku la! Ellyna nampak kau check in dengan jantan petang tadi!" tuduh Encik Khuzairan.

Tuduhan dari Encik Khuzairan berjaya membuat air mata Cahaya mengalir dengan laju. Sungguh dia tidak percaya bahawa adiknya rela menuduh perkara keji kepada kakak kandungnya sendiri. Apa salahnya?

"Adik tipu pa!" bantah Cahaya.

"Eh kak, kau ingat aku buta ke? Aku nampak dengan mata aku sendiri yang kau masuk hotel dengan jantan." tipu Ellyna sambil memandang serong ke arah kakaknya. Puas hati dia apabila melihat keadaan kakaknya sekarang.

"Ellyna! jaga mulut kau! Aku takkan buat perkara keji macam tu la!" bantah Cahaya. Cahaya sudah semestinya tidak terima apabila dituduh seperti itu.

PANG!

Tamparan ketiga berjaya melayang di pipi Cahaya. Ellyna dibelakang hanya tersenyum puas apabila melihat kakaknya ditampar oleh ayahnya, puas hatinya!

"KAU DENGAN MAK KAU SAMA JE!! SAMA-SAMA PELAC*R!!." tengking Encik Khuzairan dan berlalu pergi meninggalkan Cahaya terdiam kaku.

"Kesian kau kak." ucap Ellyna dengan nada kesian. Dia tertawa sekilas dan berlalu pergi. Sempat lagi dia menolak bahu kakaknya sebelum berlalu pergi.

"Opah... Aya penat.." air mata berjaya lolos di pipi mulusnya. Kakinya tiba-tiba sahaja melemah sehingga membuat dirinya terjatuh di atas lantai.

Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now