"Assalamualaikum, isteri!"
"Awak dah bangun?" tanya Cahaya sambil mengaduk air Cappuccino kegemaran suaminya. Dia sudah belajar a-z tentang suaminya, dan gurunya sudah semestinya Tengku Amiera. Syukur, dia dapat mertua sebaik Tengku Amiera dan Tengku Rizz.
"Dok eh, ni roh aku aje." balas Hashr dengan selamba. Tangan sasanya mula membasuh pinggan kotor yang berada di dalam sinki.
"Tak payah la awak!"
"It's oky, ni kan memang tanggungjawab aku." ucap Hashr dengan wajah dinginnya.
"Awak.." panggil Cahaya.
"Sekali lagi kau panggil aku dengan sebutan 'awak', aku kepit mulut kau guna pengepit ni." wajah isterinya dipandang seketika, manakala pengepit kotor ditangannya diangkat.
Cahaya hanya mengangguk sambil menahan senyuman lucu. Haih! comel aje perangai suaminya ini.
"Kau nak pergi shopping tak ni?" tanya Hashr, air paip ditutup. Tangannya dilap dengan kain yang tergantung dihadapannya.
"Boleh ke?" tanya Cahaya kembali.
"Sekarang kau nak tak?" tangannya mula naik memeluk badannya. Orang tanya dia, dia tanya balik. Sah-sah fail Bahasa Melayu ni.
"Eeeee..."
"Pergi siap cepat." arah Hashr membuat Cahaya dengan pantas berlalu pergi.
Hashr hanya menggeleng, senyuman kecil dibibirnya mula diukir. Nasi goreng yang dimasak oleh isterinya diletakkan di atas pinggan kaca lalu dihidangkan di atas meja.
"Sorry lambat sikit." ucap Cahaya sambil mengikat rambut panjangnya.
"Serius la kau ni.." ucap Hashr sambil memandang ke arah Cahaya atas bawah.
"Kenapa? Tak cantik ke?" soal Cahaya. Dia tengok tadi elok sahaja penampilannya.
"Kau rasa?"
"Cantik je." balas Cahaya dengan selamba.
"Dengan ni?" rambut ekor kuda Cahaya diangkat. Baginya penampilan Cahaya harini tersangatlah tidak nyaman baginya, dengan baju yang penampakan perut dan seluar bootcut hitam. Itu semua bukanlah ciri-ciri wanita citarasanya, bahkan tersangatlah jauh!
"Of course cantik! Nampak hot!" ucap Cahaya sambil menayangkan senyuman bangganya.
Hashr memutarkan bola matanya, dirinya terus keluar dari kereta dan menuju masuk ke dalam rumah mewahnya kembali.
"Awak!"
"Awak nak pergi mana?!" Cahaya mula mengikuti langkah suaminya. Tadi kata nak keluar. Ni main tinggal aje! Kurang asam betul!
"Awak!" Cahaya dengan cepat menghalang langkah suaminya.
"Tadi kata nak pergi shopping!" Cahaya mencebik buat seketika. Tadi kata lain, ini kata lain. Orang dah penat-penat bersiap, dia boleh batalkan last minute aje!
"Oder grab." balas Hashr dengan selamba. Ucapan Hashr berjaya menjemput wajah tidak puas hati dari Cahaya.
"What?! Semudah itu!.."
"Awak tahu tak, make up ni lama!"
"Membazir tahu tak! Kala-" tangan Hashr dengan cepat menutup mulut Cahaya dari membebel. Mahu cair tahik telinganya.
"Senyap." Hashr hanya menayangkan wajah dinginnya sahaja. Cahaya hanya memutarkan bola matanya, malas mahu melayan.
"Bangun la pendek!" lengan isterinya digoyang. Wajah Cahaya yang sedang terlena dipandang olehnya. Dapat dilihat betapa polosnya wajah Cahaya semasa sedang tidur.
"Buang tabiat ke pandang saya macam tu!" sergah Cahaya dengan tiba-tiba. Tidak tahu lah sejak bila dia terbangun dari lenanya, mungkin sejak wajahnya dipandang oleh jejaka tampan dihadapannya.
"Oh hidup lagi." ucap Hashr setelah sedar dari lamunannya. Dirinya mula berdiri disamping isterinya.
"Bangun pastu pergi mandi." suruh Hashr. Kakinya mula mengatur langkah menuju ke arah almari.
Cahaya mula mencapai telefon bimbitnya, butang on mula ditekan.
4.00 a.m
"Awal lagi." ucap Cahaya sambil memejamkan matanya kembali. Baru pukul 4 pagi, dah kena bangun ke?
"Saya nak mimpi pergi New York sekejap."
"Puteri Nur Cahaya Elina! Kalau kau nak pergi New York, esok pun boleh pergi!"
"Sekarang kau bangun pergi mandi!" Hashr mula mengcekak pinggangnya.
"Iya lah!" Cahaya mula menuruti perintah suaminya. Malas bahu berdebat dengan lelaki keras kepala dihadapannya ini!
...
Cahaya mula melangkah keluar dari bilik air dan mula menuju ke arah katil. Dirinya mula memakai telekung yang sudah disediakan oleh suaminya. Matanya mula menilik wajah suaminya yang sedang memakai songkok. Tampan! Itu lah perkataan yang sesuai untuk jejaka dihadapannya ini.
Cahaya menyetujui bahawa Hashr adalah seorang suami yang tersangatlah sempurna. Dia faham agama, good attitude, dia hormat isterinya, dia tidak lupa untuk melakukan tanggungjawabnya dan dia juga tidak pernah menggunakan pangkatnya untuk menyuruh Cahaya membuat sesuatu.
Boleh dilihatkan seberapa sempurnanya jejaka tampan dihadapannya ini? Dirinya juga ada terfikir bahawa pantaskah dirinya untuk menjadi pasangan kepada jejaka ini.
Apatah lagi dirinya ini jauh dari perkataan sempurna.
"Sayang okey?" pertanyaan Hashr berjaya membuat Cahaya tersasar dari lamunannya. Pipinya mula bertukar warna menjadi merah merona.
"Okey." balas Cahaya dengan singkat. Cover sikit!
Setelah selesai menunaikan solat tahajjud, Hashr mula mencapai Al-Quran disebelahnya.
"Kau baca dulu." suruh Hahsr. Hashr mengangkat keningnya apabila Cahaya tidak bergerak sedikitpun.
"Saya tak pandai.." ucap Cahaya dengan nada perlahan. Malu, itulah yang dia rasakan sekarang. Malu dengan suaminya dan terutama sekali kepada Sang pencipta
"Takpe, aku ajar."
Cahaya x Hashr
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
RomanceHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...