"Assalamualaikum, cucu kesayangan opah. Cucu opah hebat sebab mampu bertahan di titik ini, Aya kuat. Opah bangga ada cucu macam Aya." ucap opah sambil tersenyum manis ke arah Cahaya.
Mata Cahaya sudah pun berkaca-kaca apabila melihat wajah yang dia rindui, Opah cantik dengan pakaian serba putihnya.
"Jangan nangis Aya." sambung Opah sambil mendekati ke arah Cahaya. Tangan kanannya mula menyentuh pipi mulus cucunya.
"Opah..."
"Aya penat, Aya nak ikut opah. Aya tak kuat." benar, dirinya sudah tidak kuat. Tidak kuat untuk menempuhi semua ujian ini.
Aku penat..
"Belum masa kamu lagi, dah jangan nangis. Opah sayang Aya, Aya kena tetap kuat untuk masa depan Aya sendiri. Percayalah akan ada seseorang yang akan bagi kasih sayang sepenuhnya untuk Aya."
"Opah sayang Aya." ucap Opah sebelum dirinya menghilang sedikit demi sedikit.
"Opah, jangan pergi!"
"OPAH!!" jerit Aya, air matanya sudah tidak henti-henti mengalir. Dia sedar bahawa ini hanyalah sekadar mimpi, tetapi bisakah mimpi ini berlangsung sedikit lama? Dia benar-benar rindu dengan wajah itu.
BRUSH!!
"Gila ke? Memekak aje pagi-pagi ni!" marah Ellyna dengan wajah mamainya. Baldi diletakkan di tepi katil kakaknya. Pagi-pagi dah memekak, melalak memang kena la.
Cahaya menghiraukan kata-kata adik perempuannya, kedua belah tangannya naik menekup wajahnya lalu menangis teresak-esak. Dia tidak puas menatap wajah wanita tua itu.
Ellyna hanya menggeleng kepalanya dan berlalu keluar. Malas nak layan perempuan gila!.
"DASAR ANAK TAK KENANG JASA!"
"MAMPUS LAH KAU SI*L." tengking Encik Khuzairan sambil melibas anak perempuan sulungnya menggunakan tali pinggangnya.
Cahaya hanya mampu meringkuk menahan kesakitan. Mulut Cahaya tidak henti-henti mendesis kesakitan.
"S-sakit pa.." ringis Cahaya dengan nada sayu. Dirinya sudah tidak ada kudrat untuk melawan lelaki paruh baya dihadapannya.
Ellyna dibelakang hanya tersenyum bahagia melihat keadaan kakak sulungnya. Tidak ada niat sedikitpun untuk menolong. Dia lebih gemar melihat kakaknya berada di keadaan begini. Puas hatinya!
PLAP!
Libasan terakhir berjaya mendarat di pinggang Cahaya.
"S-sakit pa.." rintis Cahaya sekali lagi. Pinggangnya terasa berdenyut, kepalanya juga turut merasakan sakit yang luar biasa.
Sakit..
"KAU DENGAN MAK KAU SAMA JE!! SAMA-SAMA PELAC*R!!" tengking Encik Khuzairan buat kali terakhir. Encik Khuzairan berlalu pergi meninggalkan anak perempuan sulungnya yang sedang kesakitan.
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
RomanceHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...