HUD : TH || BAB 18

728 35 3
                                    

       "AKU libas mulut kau guna tali lembu kejap lagi kang!" marah Haris. Khai dengan pantas menekup mulutnya, Haris ni pantang bila orang carut depan dia.

     Haris dengan selamba merampas laptop yang berada di atas riba Khai ditemani dengan jelingan mautnya. Khai hanya tersengih seperti kerang busuk, garang benor mamat ni!

   Pandangan Haris tertuju ke arah layar laptop yang baru sahaja dia rampas. Senyuman sinis mula diciptakan. Dia dah agak, mesti ada sesuatu yang terjadi.

    "Eh, sayap tu aku punya!" jerit Shah sambil berebut sayap yang berada di tangan Khai.

     "Sibuk aje la mamat sewel ni!" ucap Khai tak mahu kalah. Hayyan hanya menjuling matanya, serabut pula nak melayan dua ekor mamat terenjat otak ni.

    "Sebelum dua-dua aku sebat, baik kau orang senyap." ucap Haris dengan nada lembut. Tapi jangan terpedaya la dengan suara lembut Haris. Nampak sangat Haris tengah kawal amarahnya.

      Ajaibnya! Khai dengan Shah terus sahaja diam. Tidak ada pergaduhan lagi diantara mereka. Iya la wey! Kalau mamat ni mengamuk, hancur Malaysia ni.

       "Sayang dah balik?" laju sahaja Ellyna memeluk badan tegap Ryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Sayang dah balik?" laju sahaja Ellyna memeluk badan tegap Ryan. Ryan dengan cepat menolak pelukan itu dengan kasar.

    "Dosa la Ellyna." tegur Ryan. Dia paling benci apabila tubuhnya dipegang oleh wanita yang bukan mahramnya.

     "Baik la kalau macam tu, nanti kita kahwin." cadang Ellyna.

     Ryan hanya berdehem, malas mahu melayan karenah perempuan disebelahnya ini. Menggelitis 24 jam dah macam ulat bulu.

    "I nak rehat. You balik la, i taknak kahwin free." ucap Ryan dengan selamba. Kakinya diatur langkah ke arah bilik tidurnya.

     Ellyna mendengus kasar setelah mendengar balasan dari lelaki itu. Kurang asam punya jantan!

Ting!

     Laju sahaja Ellyna mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Aplikasi whatssap dibuka.

Sayang pergi mana? [Irfan]

Kerja [Ellyna]

Balik cepat sikit [Irfan]

Okey bie🤍 [Ellyna]

      Telefon bimbitnya dimatikan terlebih dahulu sebelum dia melangkah keluar dari rumah agam tersebut.

     'Apa yang kau sorok dari aku sebenarnya Ellyna?' getus Ryan didalam hatinya. Dia rasa macam ada benda yang tak kena. Dia rasa semuanya berubah total setelah dia kehilangan ingatan. Apa yang disembunyikan oleh Ellyna sebenarnya?

    Apabila dirinya bertanya tentang keluarganya, Ellyna selalu menghindari untuk menjawab soalan itu. Apa yang terjadi sebenarnya?

          "Ewah! Gelek jangan tak gelek!!" jerit Shah sambil menggelekkan pinggulnya ke kanan ke kiri sambil mengikuti rentak lagu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "Ewah! Gelek jangan tak gelek!!" jerit Shah sambil menggelekkan pinggulnya ke kanan ke kiri sambil mengikuti rentak lagu.

      "Ceratus persen cintaku!" nyanyi Aish dan Aaris secara bersamaan.

     "Ewah!" sambung Hayyan.

    "Aku dah ran-" tergamam Haris apabila melihat ruang tamu mummynya yang sudah seperti kapal pecah. Sofa senget, batal tak payah cakap memang berterabur sana sini.

       What the...

     "Woi!" jerkah Haris dari belakang.

    "Syudah bapak rimau dah nak mengamuk, lari!" jerit Aish dan Waris secara bersamaan. Laju sahaja mereka berlari naik ke tingkat atas.

     Hayyan dan Shah hanya tersengih seperti kerang busuk. Mereka memandang ke arah sekeliling. Halamak! Habis la bapak harimau ni mengamuk.

     "Kau orang kemas cepat!" arah Haris dengan penuh amarah. Dia baru je kemas tadi, sekarang dah sepah balik. Memang cari nahas dua ekor ni.

       Hayyan dan Shah laju sahaja mengikuti arahan dari Haris tanpa bantahan.

    Izara dan Amiera turut melihat adegan tersebut, dimana para suaminya dimarah oleh Haris. Mereka hanya mampu ketawa dari tingkat atas. Itu la buat hal lagi, kang bapak harimau dah mengamuk.

      "Haih, tinggi betul benda alah ni," bebel Cahaya seorang diri, dirinya terjengket-jengket mahu mengambil jajan yang berada di rak atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Haih, tinggi betul benda alah ni," bebel Cahaya seorang diri, dirinya terjengket-jengket mahu mengambil jajan yang berada di rak atas. Dah kenapa letak jajan ni atas? Tak reti nak letak bawah ke?!

    Terkesima Cahaya apabila ada tangan sasa mencapai jajan yang dia mahu ambil. Jajan itu dihalakan di hadapan wajahnya.

    "Nah." suara garau itu mula menggema di gegendang telinga Cahaya.

    "Terima kasih." terkaku Cahaya buat seketika. Suara itu mirip dengan suara yang dia rindukan selama ini. Sepantas kilat dia menoleh ke arah pemilik suara tersebut.

     "Nak ke tidak?" tanya jejaka tersebut. Jajan itu masih setia dihulurkan kepada Cahaya.

    Cahaya menerima huluran tersebut sambil tersenyum pahit ke arah jejaka tersebut. Dia lagi. Kenapa harus hadir kembali setelah dirinya ingin berusaha melupakannya.

     Ryan membalas senyuman itu dan berlalu pergi meninggalkan Cahaya masih lagi kaku. Dia aneh, kenapa wanita itu selalu terkaku apabila berjumpa dengannya. Fikir positif ajelah, mungkin baru kehilangan suami?

                Cahaya x Hashr


Kita jumpa lepas raya pula tau! Selamat hari raya Aidilfitri, maafkan zir jikalau ada menyakiti hati mana-mana para readers🤍

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now