HUD : TH || BAB 5

956 37 2
                                    

       "Mahalnya mummy." ucap Cahaya, dirinya masih melongo melihat harga baju tersebut. Designnya nampak simple tapi harganya tiga angka!

    "Tak payah la, kita cari dekat kedai lain lah." ucap Cahaya sambil menarik lembut lengan wanita paruh baya disebelahnya.

    "Tak apa, ambil je la. Cahaya pun dah try kan? tak elok pula kalau dah try lepastu tak jadi beli." pujuk Tengku Amiera. Lagipun bukan dia juga yang bayar, anak lelakinya yang bayar.

   Lambat-lambat Cahaya menganggukkan kepalanya. Terpaksa lah dia ambik baju ni dengan berat hati. Mahal kut! Koyak la poket aku..

    "Bungkus yang ni tiga helai tapi warna yang berbeza." arah Tengku Amiera kepada pekerja yang bertugas.

    "Saiz?" tanya pekerja tersebut, senyuman dibibirnya tidak pernah luruh.

    "Saiz sama aje." balas Tengku Amiera sambil tersenyum.

    "Baik tengku." pekerja tersebut menundukkan badannya dan berlalu pergi.

    "Jom Cahaya!" tangan Amiera dengan lekas menarik lengan Cahaya menuju ke arah kedai sebelah.

     "Tapi baju tu siapa yang nak bayar?" tanya Cahaya.

     "Hashr ada." balas Tengku Amiera dengan selamba. Kakinya dengan pantas menuju ke arah kedai sebelah, Cahaya hanya mengikuti wanita paruh baya dihadapannya.

 Kakinya dengan pantas menuju ke arah kedai sebelah, Cahaya hanya mengikuti wanita paruh baya dihadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Sorry kalau saya banyak menyusahkan awak." Cahaya terasa sebersalah pula kepada jejaka disebelahnya ini. Sudah la jejaka itu sudah banyak menolongnya, dia sudah berhutang budi dengan jejaka itu.

     Hashr hanya berdehem, malas mahu melayan gadis disebelahnya.

     "Aku nak tanya sikit la." ucap Hashr tanpa menoleh ke arah gadis disampingnya

    "Kau ni memang pemurah eh?" tanya Hashr.

    "Maksud awak?" tanya Cahaya dengan bingung.

   "Iya lah, kira pemurah la kan sebab suka tayang aurat dekat lelaki bukan mahram. Kau mesti suka berbagi-bagi kan?" perli Hashr. Sebenarnya dari mula-mula berjumpa dengan Cahaya lagi, dia sudah tidak menyukai penampilan Cahaya yang sedikit terbuka itu.

    Nampak aneh dimatanya.

    Cahaya terdiam seketika apabila mendengar sindiran dari jejaka disampingnya.

   "Orang tutup aurat pun belum tentu baik dan belum tentu masuk syurga." balas Cahaya, dia rasa dia sudah cukup savage.

    "But orang yang dedahkan aurat sudah tentu masuk ne.ra.ka!" bidas Hashr.

   Cahaya tergamam seketika apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Hashr. Mak ai lagi savage dari ayat aku!

   "Alasan kau macam orang tak belajar pula, tutup aurat tu wajib. Lain la kalau kau sendiri sukarela nak masuk neraka." bidas Hashr sekali lagi, dia tidak puas hati dengan alasan yang tak munasabah dari Cahaya.

    "Saya bukan taknak tutup aurat tapi saya takut orang judge saya, awak taktahu apa yang terjadi dekat rumah saya." ucap Cahaya dengan nada perlahan. Dia terkesan dengan perkataan yang dilontarkan oleh Hashr.

    "Pertikaikan orang cakap, bukan dia orang yang tentukan syurga atau neraka." jawab Hashr dengan tenang.

    "Awak cakap mudah la sebab bukan awak yang tanggung semua tu." balas Cahaya.

"Suka hati kaulah, sekurang-kurangnya aku dah tegur." Hashr mula mengalah. Betul juga apa yang dikatakan oleh gadis disebelahnya, dia tidak tahu apa yang terjadi di rumah Cahaya. Tetapi dosa tetap dosa!

  "Jom balik saya penat." Cahaya mula melangkah meninggalkan Hashr yang masih lagi berada di pesisir pantai.

  Hashr hanya mengikuti Cahaya dari belakang sambil menundukkan kepalanya. Dia tidak mahu melihat aurat Cahaya, lelaki perlulah hormat perempuan.

    Dia juga selalu selitkan nama gadis itu di dalam doanya supaya gadis itu diberikan hidayah. Dia yakin suatu hari nanti, Allah akan makbulkan doanya.

   Kini pagi-pagi lagi Cahaya sudah terpacak di hadapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Kini pagi-pagi lagi Cahaya sudah terpacak di hadapan cermin. Dia diminta untuk menemani Tengku Amiera pergi ke rumah abang Hashr,  Cahaya tanpa berfikir panjang terus menyetujui permintaan itu.

    Cahaya mengenakan pakaian simple sahaja, malas nak berhias-hias. Dia hanya memakai sweater berwarna coklat dan berseluar bootcut, rambutnya diikat supaya tidak serabut.

    Ucapan Hashr semalam bermain difikirannya. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Hashr.

Tok! Tok!

   "Cahaya dah siap ke?" tanya Tengku Amiera dari balik pintu.

   Lamunan Cahaya terus hilang apabila mendengar suara Tengku Amiera. Dengan cepat, dirinya mengatur langkah ke arah pintu. Pintu dibuka dan terus terlihat wajah manis Tengku Amiera.

   "Jom turun breakfast dulu." ajak Tengku Amiera.

     Cahaya hanya akur dan mengikut Tengku Amiera dari belakang. Apabila sampai sahaja di ruang makan, Cahaya melihat ada sosok asing di meja makan.

    "Eh Cahaya duduk la, jangan segan-segan." pelawa Tengku Rizz apabila melihat wajah tidak senang dari gadis itu.

    "Duduk la sayang." suruh Tengku Amiera.

    Cahaya dengan perlahan-lahan melabuhkan punggungnya disebelah Tengku Amiera. Tiba-tiba suasana terasa janggal pula.

  "Nama kamu siapa?" tanya Tengku Rizz sambil memandang ke arah Cahaya.

   "Cahaya." kepalanya ditundukkan supaya tidak bertemu mata dengan Tengku Rizz, takut pula!

    Tengku Rizz ketawa sekilas, lucu pula dengan tingkah gadis dihadapannya. Tengku Amiera hanya tersenyum lucu.

    "Jangan takut dengan saya, saya tak makan orang."

    "Saya makan makanan yang isteri tercinta saya masak aje." ucap Tengku Rizz sambil memandang ke arah isterinya.

    Bahu Tengku Rizz dipukul lembut.

     "Takpe lah, saya nak masuk kerja dulu. Dah lewat ni." jam tangannya dilihat. Kakinya mula mengatur langkah keluar dari ruang makan, tidak lupa Tengku Amiera menyalami tangan suaminya terlebih dahulu.

    "Jom mummy." ajak Hashr yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

    "Taknak breakfast dulu ke?" tanya Tengku Amiera.

     "Takpe lah mummy. Hashr makan dekat tempat kerja je la" tolak Hashr.

    "Baiklah, Jom Cahaya" balas Tengku Amiera sambil menarik lengan Cahaya.

   Hashr seperti biasa, dirinya sudah semestinya ditinggal seorang diri. Sabar aje la...

Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now