"Kau, dah bangun?" tanya Hashr tanpa memandang ke arah Cahaya.
"Macam mana abang boleh tahu?"
"Entah."
"Abang masak apa tu?" Cahaya mula menghampiri ke arah suaminya yang sedang sibuk memotong ayam berbentuk dadu.
"Tomyam, sayangkan suka."
Memerah wajah Cahaya menahan malu setelah mendengar gelaran yang diberi kepadanya. Sayang. Boleh tak kalau nak dengar setiap hari?
"Eh sama!" tomato ditangan Hashr diletakkan disebelah wajah Cahaya. Sengaja mahu mengusik isterinya itu.
"Abang!"
"Ye sayang.."
Cahaya berusaha sehabis mungkin untuk tidak menayangkan senyuman malu. Namun usahanya tetap gagal, Cahaya tetap tersenyum malu. Pandai betul suaminya mengusik.
Hashr meletuskan ketawanya apabila melihat wajah isterinya. Tangan Cahaya naik memukul dada bidang milik suaminya.
"Abang...Cahaya nak minta izin pergi rumah mama boleh?"
"Nak buat apa?"
"Ambik barang-barang."
"Nanti aje la, abang tengah busy sekarang." sebenarnya dia susah hati untuk membiarkan isteri seorang diri berjumpa keluarga belah sana. Bukannya dia tidak tahu bagaimana isterinya dilayan oleh mereka.
"Abang jangan la risau, Cahaya boleh pergi seorang diri la." Cahaya cuba untuk meyakinkan suaminya.
Hashr mengeluh berat, "Iya lah." mahu tidak mahu dia harus mengizinkan isterinya untuk berjumpa dengan mertuanya. Dia tidak mahu mengecewakan isterinya.
"Nanti abang hantar okey?"
"Baik bos!" Cahaya sengaja menggayakan tabik hormat ke arah suaminya. Hashr hanya ketawa kecil melihat tingkah isterinya, comel!
"Abang nak tanya something boleh?"
"Abang nak tanya apa?" tanya Cahaya kembali, sudu yang berisi yogurt disuap ke dalam mulutnya. Ini adalah salah satu makanan kegemarannya, opah selalu membawa yogurt untuknya setelah pulang kerja.
"Cahaya cintakan abang ke? Ataupun hati Cahaya sudah berpenghuni?" lembut sahaja Hashr mengajukan pertanyaan itu. Hatinya berdegup kencang ingin mengetahui apa jawapan Cahaya.
"Sebenarnya..." Yogurt diletakkan di atas meja kaca disebelahnya. Hashr masih menantikan jawapan yang bakalan keluar dari mulut isterinya.
"Cahaya.."
"Cahaya takut.."
"Cahaya takut peristiwa itu berlaku buat kali kedua." Cahaya menunduk, dirinya tidak kuat untuk melihat wajah kecewa suaminya.
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
RomanceHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...