HUD : TH || BAB 10

944 36 1
                                    

"Abang.."

"Ye sayang?" jawab Hashr tanpa memandang ke arah isterinya, tangannya ralik menggoyang mainan kucing ke kanan dah ke kiri. Kucing berbulu putih bak salju itu mula menangkap mainan itu.

"Kalau la suatu hari nanti, abang jumpa perempuan yang lebih baik dari Cahaya, Abang terima dia tau,"

"Sayang dia, yang paling penting! Jangan sakitkan hati dia."

"Mu ngarut gapo ni budok?" Hashr mula mengcekak pinggang, kan dah keluar loghat Kelantan tu. Perkataan yang keluar dari mulut Cahaya tadi, sungguh tidak masuk akal.

"Mana lah suatu hari nanti kan?"

"Cahaya bukan ada apa-apa untuk dihargai dan disayangi pun." balas Cahaya, senyuman pahit dilontarkan ke arah Hashr.

"Sayang isteri abang. Setelah lafaz akad nikah, disitulah terbitnya perkataan 'menghargai dan melengkapi sesama sendiri'. Masing-masing ada kekurangan, tugas kita hanyalah melengkapi kekurangan itu bersama-sama..."

"...kita berjodoh atas izin Allah, dan sudah semestinya itu adalah anugerah yang paling berharga." tenang sahaja Hashr menyatakan ayat tersebut.

"Tapi Cahaya tak cantik macam perempuan lain."

"Semua ciptaan Allah itu cantik-cantik, takde yang tak cantik. Semuanya sempurna dengan kekurangan masing-masing" balas Hashr. Tangannya mula mencapai royal canin yang berada di dalam balang, lalu dicurahkan ke dalam bekas makanan Salju.

"Cahaya tak pandai agama macam orang lain." Cahaya masih setia memandang ke arah suaminya.

"Abang boleh ajar, itu adalah tanggungjawab abang sebagai suami, seorang suami haruslah mendidik isteri." balas Hashr.

"Cahaya tak sempurna."

"Semua orang tak sempurna dalam muka bumi ni. Seseorang akan terlihat sempurna ketika dia berada di hati yang sememangnya ditakdirkan untuknya." tangannya naik mengusap kepala kucing peliharaannya.

"Cahaya tak dilahirkan di keluarga yang bahagia."

"Itu ujian Allah untuk sayang, supaya sayang jadi seorang insan yang lebih kuat dan sentiasa taat kepada Allah."

"Cahay-"

"Semua orang dalam muka bumi ni tak sempurna Cahaya, dunia ni hanya tempat kita beribadah bukannya tempat kita mencari ketenangan. Why kita kena cari ketenangan di tempat Nabi Adam A.S dihukum?." tergamam Cahaya apabila mendengar ayat yang disemburkan oleh suaminya.

Semua yang dilontarkan oleh Hashr, semuanya benar. Kenapa kita perlu mencari ketenangan di dunia, walaupun kita tahu bahawa dunia ini hanyalah sementara.

"Terima kasih abang..."

"Terima kasih kerana menerima semua kekurangan Cahaya." kepalanya disandarkan di pundak Hashr.

"Tak semua benda yang kita nak akan jadi kenyataan. Boleh jadi benda tu tak elok untuk kita, dan adakala benda yang kita taknaklah akan jadi yang terbaik untuk diri kita,"

"Just trust Allah for everything. No matter what. You lost, you trust Allah. You win, you trust Allah. You have a problem, you trust Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita." tangan Hashr mula mengusap bahu Cahaya.

Cahaya hanya membiarkan air matanya mengalir di pipi mulusnya. Dirinya sangat merasa sebersalah sekarang.

Ya Allah, maafkan aku. Maafkan aku kerana pernah berburuk sangka kepadamu.

"A-abang, Cahaya banyak dosa. Cahaya takut, Cahaya taknak kena lempar dalam neraka." Cahaya memeluk suaminya, air matanya tidak berhenti mengalir. Aku takut, Ya Allah.

"Sayang masih ada peluang untuk bertaubat. Allah selalu tunggu hambanya untuk kembali ke pangkuannya. Pintu taubat masih terbuka luas sayang." Hashr menepuk belakang isterinya, supaya Cahaya sedikit tenang.

"Macam mana kalau Allah tak terima taubat Cahaya?" dia takut taubatnya tidak diterima oleh sang pencipta, dia sedar dosanya tidak dapat dikira. Ya Allah, betapa teruknya diriku ini.

"Allah maha pengampun dan maha penyayang. Insyaallah, taubat sayang diterima." kata-kata Hashr berjaya memujuk hati Cahaya untuk menuju ke jalan yang benar.

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan lelaki sebaik dia ke dalam hidup aku. Rencanamu sungguh sempurna.

 Rencanamu sungguh sempurna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang..."

Hashr yang tadinya sibuk membaca Al-Quran, terus menatap ke arah isterinya. Mata isterinya sembab, wajahnya juga ikut memerah.

"Kenapa sayang?" Al quran diletakkan di atas night stand. Matanya menatap lembut wajah isterinya yang sudah memerah akibat terlampau banyak menangis.

"C-cahaya tak reti solat taubat." air matanya diusap. Ya Allah, hinanya diriku ini sehingga solat yang penting pun aku tidak tahu cara mengerjakannya.

Hashr ketawa kecil.

"Meh abang ajar." Cahaya mula bersila di atas katil, manakala Hashr pula berada di hadapannya. Buku dan pen diambil untuk mencatat, nanti senang dia nak mengerjakan solat taubat buat kali ke dua dan seterusnya.

Hashr mula menerangkan tentang bagaimana cara untuk mengerjakan solat taubat, bermula dari niat sehinggalah selesai memberi salam. Cahaya kusyuk mendengar keterangan dari suaminya, tangannya laju sahaja mencatat isi-isi penting. Sesekali Cahaya menganggukkan kepalanya, tanda dia faham.

"Dah faham?" tanya Hashr meminta kepastian.

Cahaya mengangguk.

Baru sahaja Hashr ingin memeluk Cahaya, dengan cepat Cahaya mengelak.

"Cahaya ada wudhuk!" ucap Cahaya.

"Macam mana kalau abang.." jari telunjuknya hampir sahaja ingin menyentuh dahi Cahaya. Cahaya dengan cepat mengelaknya.

"Jangan la! Cahaya nak solat ni!" marah Cahaya. Dahinya mengerut. Dah la air malam-malam ni sejuk.

"Iye lah, dah pergi solat. Abang nak kemas rumah kejap." Hashr mula mengatur langkah menuju ke arah pintu. Dia taknak kacau isterinya.

"Bukan pagi tadi dah kemas ke?" tanya Cahaya dengan nada bingung. Pagi tadi dah kemas, takkan malam pun nak kemas juga?

"Takpelah, lagi bersih rumah kita." Hashr berlalu keluar tanpa berharap balasan dari isterinya.

Cahaya mengangguk faham. Cahaya mula mengerjakan solat taubat.

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan peluang untuknya.

Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now