HUD : TH || BAB 25

1.2K 48 4
                                    

           "Sayang wake up, kita solat subuh sama-sama meh." lembut sahaja nada Hashr mengeluarkan perkataan tersebut. Lengan isterinya digoncang lembut. Rambut serabai Cahaya diselitkan ke telinga kiri Cahaya.

       Cahaya masih lagi terlena. Dia tidak rasa terusik sedikit pun. Penat sangat sehingga suaminya kejut pun tidak terasa.

     Hashr mula ketawa apabila melihat wajah lucu milik isterinya. Tidak tahu kenapa, dirinya tiba-tiba sahaja seakan-akan dimabuk cinta dengan isterinya.

      "Now you're mine, sayang..." bisik Hashr. Dia berjanji, dia tidak akan meninggalkan isterinya buat kali kedua. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan wanita dihadapannya sekarang. Walaupun dia tidak seberapa ingat, tapi dia tahu... Cahaya adalah wanita terbaik untuknya.

     Wanita ini akan menjadi miliknya selama-lamanya.

    Forever! Titik!

    "Sayang wake up," pipi mulus isterinya ditepuk perlahan. Lambat-lambat Cahaya membukakan matanya.

    "Why?" tanya Cahaya dengan sedikit mamai.

     "Bangun solat subuh sama-sama. Sayang bangun ambil wudhuk ya, abang tunggu dekat bilik solat."

    Cahaya mengangguk

....

     "Amiin!"

   "Walid... mama..., Aish nak masuk bilik dulu tau." setelah mendapat persetujuan dari kedua ibu bapanya, barulah Aish berjalan keluar dari ruangan solat. Sebelum diri menginjak keluar, kekura tangan walid dan ibunya dicium.

      "Sayang..." setelah melihat anaknya benar-benar keluar dari ruangan barulah nama panggilan Cahaya meleret dibibir Hashr. Seketika pandangan antara Cahaya dan Hashr bersatu, cepat-cepat Cahaya mengalihkannya. Malu!

     'Handsome pulak suami aku ni,' ucap Cahaya di dalam hati. Tidak sedar bahawa bibirnya sudah menciptakan satu senyuman.

    Dahi Hashr berkerut. Dah kenapa dengan bini aku ni?

     "Sayang?"

     "Sayang?!"

    Terhinjut bahu Cahaya akibat terkejut. Dia baru sahaja sedar dari lamunannya. Seketika wajahnya memerah seperti udang rebus, wajahnya juga terasa tebal akibat malu. Ya tuhan, malunya aku!

    "Sayang blushing eh tengok muka handsome abang ni? Elelele comelnya isteri abang ni," usik Hashr. Hidung mancung milik isterinya dicuit.

    "Don't elelele to me, i'm gangster!," tidak semena-mena Cahaya memeluk dirinya sendiri. Elelele kat orang pulak mamat ni, comel tahu dak? Comel! Haih!

      Ya tuhan, blushing pulak.

    "Oky la, sayang memang gangster dalam hati abang. Jadi kalau ada perempuan lain nak masuk, sayang lempang je guna kuali yang bontot hitam tu... dia dah jimat make up kat situ." kata Hashr dengan panjang lebar. Wajah isterinya dipandang. Kenapa la makin hari makin cantik isterinya ini.

     Cahaya ketawa.

    "Okyy! Jadi kalau abang miang, Cahaya lempang guna kuali tu boleh?"

    "Hey sayang! Abang miang dengan sayang je tau, abang tak miang dengan perempuan lain. Only you!" lagi-lagi Cahaya tersenyum malu apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut suaminya. Setiap tutur kata suaminya, mesti membuat dirinya blushing teruk. Alahai...

      "Ye la tu, kalaulah suatu hari nanti abang curang. Memang tapak tangan Cahaya ni melekat dekat pipi abang ni." ucap Cahaya dengan amaran keras. Dia tidak main-main.

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now