"Macam mana boleh kantoi?! Sial la!! ARGH!" habis skincarenya dibanting ke atas lantai. Rambutnya juga kusut. Aneh, siapa yang kantoikan?
Seketika matanya membulat apabila dia mengingati sesuatu, takkanlah mereka yang kantoikan?
"The black hunter..." gumam Ellyna seorang diri. Perlahan sahaja suaranya. Kalau lah benar mereka kantoikan, habis la! Tapi macam mana mereka dapat maklumat?
"Apa sepah-sepah ni sayang?"
"Baby! Habis la kita baby!!" adu Ellyna. Lengan Irfan digoncang dengan kuat. Habis lah mereka! Perasaan takutnya mula membuak-buak, dia taknak masuk penjara!
"Kenapa?" tanya Irfan dengan perasaan yang hairan. Habis apa? Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Diorang tahu! Diaorang tahu plan kita!"
"Relax okey, pergi bersihkan diri dulu." pujuk Irfan. Ellyna mengangguk. Senyuman sinisnya mula diciptakan setelah Ellyna benar-benar keluar dari bilik.
"Maafkan baby, sayang."
"Baby terpaksa..."
"Woi bangun la! Takkan dah mati kut!"
"Bangun si*l! Kerja oi!!" bergema ruangan dengan suara Hayyan. Naik angin dia, kejut Shah tak bangun-bangun. Memang jenis tidur mati ke.
"H-ha ye," balas Shah dengan suara seraknya. Dirinya kembali terlena didalam tidurnya. Hayyan hanya bagaikan angin sahaja baginya. Sudah la hanya boleh tidur 4 jam sahaja.
"Ko sabar jap! Taknak bangun eh,"
JRUSH!
"WOI! HABIS LA BASAH!" gertak Shah tiba-tiba. Kau bayangkan, kau tengah syok mimpi tiba-tiba air terjun yang entah dari mana muncul...mana tak terkejutnya dia.
"Lah hidup lagi," sindir Hayyan. Ingat ke dah kiok, orang kejut tak bangun-bangun. Untung la kesabaran dia setebal kotak. Kakinya mula melangkah keluar dari bilik.
...
"JOHEUN ACHIMIEYO! (selamat pagi)" jerit Shah dari tingkat atas. Laju sahaja dia berlari turun kebawah.
"Aku rindu dekat bini dan anak aku woi!" jerit Shah lagi. Tiba-tiba sahaja bantal melayang ke arah wajahnya. Bantal jatuh dari langit!
"Kau boleh senyap tak? Bingit la." balas Hayyan. Dia ingat dia sekor jeke rindu isteri dengan anak? Aku pun rindu juga. Aku nak peluk bini aku woi! Kau tunggu selesai kes ni, aku nak berkepit dengan bini aku 24 jam! Jangan jealous ye...siapa suruh single.
Shah menjeling. Sibuk aje, suka hati la.
Haris hanya menggeleng. Dua ekor ni dah macam tom and jerry! Asyik jumpa je gaduh.
"Khabar Hashr macam mana?" tanya Shah dengan serius. Mode seriusnya mula muncul, begitu juga dengan Hayyan.
"Orang dalam aku cakap Hashr tengah demam panas sekarang, and semalam dia bergaduh dengan Ellyna." jelas Haris sambil tersenyum miring. Misi mereka sudah hampir selesai.
Hayyan dan Shah hanya mengangguk faham. Sesekali mereka tersenyum senget. Well, bila The Black Hunter beraksi semuanya akan berakhir dengan waktu yang singkat.
"Okey, jalankan plan b kita." putus Haris. Hayyan mengangguk.
"Macam mana nak jalankan plan b, member tak cukup..."
"...Khai mana Khai?" Kepalanya dipusing ke kanan dan ke kiri. Sedang mencari kelibat Khai. Memang kebiasaannya Khai, dia memang selalu datang lambat dari yang lain.
"KHAI DATANG!" jerit Khai dari belakang. Senyuman manisnya dilempar ke arah Haris, Hayyan dan Shah. Kakinya mula melangkah ke arah mereka.
"Nak?" tawar Khai. Kinder bueno dihalakan ke arah Shah.
"Bak la sikit." Shah mula menerima huluran Khai. Rasa sikit aje.
"Kau orang ni pagi-pagi dah makan coklat. Terberak kejap lagi baru tahu." sindir Hayyan.
"Bak sikit," pinta Hayyan. Sekali-sekala boleh la kan.
"Ceh! Pigidah!" kata Khai. Kinder bueno itu dihulurkan ke arah Hayyan.
"Kau taknak Haris?" tanya Khai.
"No, aku tengah cut sugar.""WOOOO!!" jerit Hayyan, Shah dan Khai secara bersamaan. Tengah diet la ni.
"Dah, buat kerja!" ujar Haris dengan nada yang sedikit meninggi. Selesai sahaja Haris berbicara begitu, mereka semua sudah fokus membuat pekerjaan mereka masing-masing. Memang ini peraturan The Black Hunter, tidak boleh main-main semasa bekerja.
"Mama, are you crwayy?[cry]..."
"...jangan crway nanti princess Aish tak cantik. Mama indukan walid ye? Aish pun indu dengan walid, tita cama-cama doa tau!" kata Aish sambil mempereratkan pelukan. Kepalanya mamanya diusap, sesekali dia mencium.
"Mama jangan cedih, nanti walid pun ikut cedih." pujuk Aish. Kedua ibu jari kecilnya mula menghapus air mata Cahaya.
Cup!
Cup!terkedu Cahaya setelah Aish mencium kedua matanya. Sama persis seperti Hashr akan buat ketika dia menangis. Dia tidak mampu menahan kesedihannya, dia benar-benar rindu akan suaminya. Cahaya mula berdoa didalam hatinya.
'Ya Allah, tetap bersamalah dalam setiap langkahku, kerana tiada daya dan kekuatan jika aku tidak bersama Engkau'
Cahaya x Hashr
Maaf, kalau story ni makin lama makin mengarut🤥
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
Lãng mạnHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...