"MOCCA, sini kejap!" kucing yang berbulu putih bak salju itu seakan-akan memahami bahawa dirinya dipanggil oleh majikannya. Lantas Mocca berlari ke arah Haris.
"Meow!"
Haris lebih memilih kucingnya bernama Mocca hanya disebabkan dia bertemu kucing ini ketika dia sedang asik menghirup air Mocca di pantai. Itulah sebabnya dirinya meletakkan nama kucingnya bernama 'Mocca', lagipun nama kucing isterinya dulu juga Mocca.
"Goodboy." kepala Mocca dielus lembut. Khai disebelah sedang bersusah payah menelan air liurnya. Jangan sampai Mocca Haris terbang kesini sudah, memeng aku lekup dengan kuali mak aku. Walaupun mak aku dah lepak underground dulu.
"Meow!" kini pandangan Mocca menuju ke arah Khai. Khai menjeling, apa pandang-pandang orang? Ingat comel la tu! Dah la tk reti nak potong kuku.
Perlahan-lahan kaki Mocca menapak ke arah Khai. Seketika bulu roma Khai menegak, kau pehal datang sini? Aku tak ada whiskas oi!
Laju sahaja Khai bertukar tempat. Haris yang sedar akan tingkah laku Khai, mula menciptakan senyuman sinis. Tiba-tiba sahaja idea jahatnya mula naik mencanak-canak.
Pantas Haris membaling bantal yang berbentuk ikan di atas riba Khai, automatik Mocca juga mengikuti keberadaan bantak itu. Sudah la bantal ikan itu bantal kegemaran Mocca.
Hayyan dan Shah mula menekup kedua telinga masing-masing. Baik tutup awal-awal sebelum cair tahi telinga mereka.
"HUWARGH IBU!!" jerit Khai dengan nada yang keras. Bantal ikan itu dicampak jauh, malangnya Mocca juga ikut tercampak. Membulat mata Haris apabila melihat kucing kesayangannya melayang begitu sahaja.
"Woi Mocca aku!"
Sudah hampir setengah jam juga la, Hashr termenung dengan cool fever ditampal di atas dahinya. Alhamdulillah, untunglah demam panasnya semakin kebah. Tapi! Sekarang dia tengah pening, adakah berita yang dia terima itu benar atau palsu? Tapi nampak macam benar. Firasatnya juga mengatakan maklumat itu benar. Arghh! Sakit kepala aku nak fikir.Tiba-tiba tangannya Hashr naik menepuk dahinya, kenapa la tak terfikir dari tadi. Mungkin akibat dari demam panasnya, itulah lembab semacam otaknya mahu berfungsi.
Telefon bimbitnya yang berjenama Samsung galaxy s24 ultra dicapai. Laju sahaja tangannya mengutak-ngutik layar telefon bimbitnya. Sehingga dia benar-benar jumpa dengan nombor yang ingin dia telefon, barulah dia bertukar aktivitas.
"Assalamualaikum, tolong check maklumat ni asli ke palsu," Hashr mula berdialog dengan orang yang berada di seberang sana. Tidak sempat anak buahnya ingin menjawab, pantas sahaja Hashr menutup panggilannya sepihak. Kesah apa aku? Aku dah la tengah serabut sekarang.
Selang beberapa minit, ketukan dari arah pintu mula didengari.
Tok!
Tok!
Tok!Itulah peraturan yang dibuat oleh Hashr, hanya boleh mengetuk pintu minimum tiga kali sahaja kecuali ada kecemasan. Kalau melanggar perintahnya, akan ada la akibatnya. Dia paling pantang jika ada orang melanggar peraturan yang dibuat olehnya. Kejam tak kejam, peraturan tetap peraturan.
Hashr mula menghayun kakinya ke arah pintu. Sebelum itu, sempat tangannya mencapai file hitam dan kotak hadiah yang dia terima malam tadi. Dia sudah boleh mengagak siapa yang mengetuk dan apa hajatnya jemari. Pintu bilik tidurnya dibuka.
"Nah," file hitam dan kotak hadiah itu dihulurkan kepada anak buahnya. Tanpa ada secalit senyuman pun di bibirnya.
"Terima kasih tuan." sebelum anak buahnya berlaku pergi, sempat dia membungkuk tanda hormat.
Hashr hanya berdehem. Sekarang dia benar-benar tiada mood. Sudah la dia demam, sakit kepala, lenguh-lenguh badan ditambah pula dengan masalah ini. Memang menyusahkan betul.
...
30 minit berlalu
Tok!
Tok!
Tok!"Masuk," suruh Hashr. Tangannya sibuk membelek-belek buku. Sudah menjadi hobinya membaca buku sekarang.
"Tuan, ini maklumat yang tuan bagi tadi. Dari penyiasatan kami sebentar tadi, maklumat yang berada di dalam kertas ini semuanya asli dan tiada yang diubah suai. Jadi maklumat ini memang 100% asli." jelas Khalid selaku anak buah Hashr. Hashr mengangguk.
"Okey, sekarang aku nak kau cari maklumat pasal perempuan ni." suruh Hashr lagi. Gambar polaroid Cahaya dihulurkan kepada Khalid. Entah dari mana dia dapat, tiba-tiba sahaja ada di dalam poket seluar kerjanya.
"Baik tuan,"
"Kau dah boleh keluar."
"Baik tuan." Khalid membungkuk seketika dan mula berlalu pergi. Seram pula dia apabila melihat wajah ketat milik tuannya, sebelum ini belum pernah melihat wajah seketat ini dari tuannya.
Gelang yang berada di dalam frame ditatap olehnya. Mungkin benar Cahaya ialah isterinya. Bila diingat ingat kembali, gelang ini mana pernah lagi dijual di pasaran atau dimana-mana sekalipun kerana gelang ini hasil kraftangan darinya sendiri.
Cahaya x Hashr
Kalau ada typo, tolong tegur ye
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
Roman d'amourHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...