HUD : TH || BAB 15

1K 46 2
                                    

5 tahun kemudian...

"Assalamualaikum Mama! Aishh balik!" Aish dengan sigap memeluk badan mamanya yang sedang santai menikmati drama.

"Hye anak mama." bibirnya dengan laju mendarat di pipi mulus anaknya.

"Mama, Aish nak tanya sikit boleh tak?"

"Tanyalah." balas Cahaya dengan santai. Sesekali tangannya menyuap kerepek ke dalam mulut anak terunanya.

"Bila Walid nak balik? Lama sangatlah Walid kerja." ucap Aish dengan nada kecewa. Wajahnya berubah murung.

"Aish tak kisah, kalau kita hidup miskin pun. Aish just nak family kita cukup lengkap macam keluarga orang lain."

"Aish cemburu bila tengok kawan-kawan Aish balik dengan Walid diaorang tapi Aish..." adu Aish. Siapa aje tak cemburu apabila melihat anak orang lain boleh peluk cium bapa mereka masing-masing. Tapi Aish?

"Walid kerja kat mana? Kenapa sampai sekarang walid tak balik? Aish rindu Walid." gumamnya.

Cahaya dengan pantas memeluk badan kecil anak lelakinya. Tak terasa air matanya juga ikut mengalir di pipi mulusnya. Kasihan dekat anaknya. Walaupun baru berusia 5 tahun, Aish sudah banyak merasakan derita di dalam hidupnya.

"Insyaallah, nanti Walid balik jumpa kita okeyy!" kepala anak lelakinya dielus.

"Mama selalu cakap macam tu, tapi Walid tak balik pun. Best sangat ke tempat kerja Walid tu sampai Walid taknak balik..."

"...untung la budak-budak lain yang terserempak dengan walid Aish." ujar Aish di dalam dekapan mamanya. Suaranya bergetar menandakan air matanya mula menitis.

Cahaya tergamam.

"Kita sama-sama doa supaya walid balik tau! Sekarang Aish pergi mandi bersihkan diri dulu, dah busyuk dah ni." sempat bibirnya mendarat di atas pucuk kepala anaknya. Aish hanya akur.

Cahaya mengusap sisa air matanya. Macam mana nak jelaskan hal sebenar kepada Aish? Dia berhak tahu kejadian 5 tahun lepas.

"Ya Tuhanku, beratnya ujian mu ini..."

"Mama masak apa tu?" tanya Aish sambil mendekati mamanya yang sedang sibuk berperang di dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama masak apa tu?" tanya Aish sambil mendekati mamanya yang sedang sibuk berperang di dapur.

"Makanan kegemaran Aish la." balas Cahaya.

"Wah! Ayam masak merah." ujar Aish dengan bersemangat. Dia berlari kecil menghampiri mamanya.

"Aish nak tolong mama!"

"Tak payah la," tolak Cahaya.

"Mana boleh, Aish kan good boy kena la tolong mama. Lagipun mama dah penat jaga Aish selama ni." jelas Aish. Senyuman dibibirnya dilontarkan ke arah mamanya.

"Baiklah kesayangan mama, Aish tolong sapu lantai boleh?"

"Baik! Wahai permaisuri hatiku." ucap Aish dengan nada gembira. Aish menggayakan ala-ala menunduk hormat kepada seorang puteri.

Cahaya ketawa. Ada-ada sahaja tingkah anak terunanya ini. Perangai Aish mirip dengan Hashr a.k.a Ash, bukan mirip bahkan sebijik.

Aish dengan pantas menyambar batang penyapu yang sedang bersandar di tepi kabinet.

"Kenapa mama tak vakum je?" tanya Aish basa-basi. Dirinya masih sibuk menyapu debu-debu di atas lantai.

"Aish nak guna vakum pun boleh." balas Cahaya sambil memotong buah tembikai.

"Guna penyapu lah senang sikit, vakum berat macam gajah. Gajah pun insecure tengok berat vakum tu." bebel Aish.

Cahaya hanya ketawa mendengar bebelan dari anak lelakinya. Perangai Aish sebijik macam Ash, selalu membebel.

Terima kasih Aish kerana hadir dalam hidup mama.

"Mama! tadikan Aish jumpa Walid, muka dia handsome sangat! Walid baik sangat-sangat, tapi kenapa walid datang dengan perempuan lain?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama! tadikan Aish jumpa Walid, muka dia handsome sangat! Walid baik sangat-sangat, tapi kenapa walid datang dengan perempuan lain?"

"Walid baik tapi perempuan tu jahat, dia marah-marah walid. Kesian Walid." adu Aish. Wajah bertukar muram.

Tiba-tiba sahaja hati Cahaya terasa sebak, serindu itu kah Aish kepada Hashr?

"Aish salah orang kut." ucap Cahaya sambil meyakinkan anak terunanya, bahawa anaknya tersalah orang.

"Tak mama! Memang sebijik, handsome macam Aish!" sempat lagi dia memuji dirinya. Wajahnya memandang ke arah mamanya dengan penuh keyakinan.

"Takpelah, jom balik. Mama dah siap work. Kita pergi beli barang dulu, pastu kita pergi rumah nektok." ucap Cahaya sambil memimpin tangan anak lelakinya.

Baru sahaja Cahaya ingin membuka pintu kereta, dengan pantas Aish menahannya.

"Mama tunggu!" Aish berlari kecil ke arah mamanya. Pintu kereta dibuka olehnya.

"Silakan masuk wahai permaisuriku..." pelawa Aish. Cahaya ketawa. Setelah Cahaya benar-benar memasuki kereta, Aish menutup pintu kereta semula dan berlari kecil ke arah pintu sebelah

    Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now