HUD : TH || BAB 26

1.1K 37 2
                                    

                  Baru sahaja kakinya menapak masuk ke dalam apartemen milik abangnya, telinganya sudah dihiasi dengan lagu Upin Ipin.

         'Alif, ba, ta, tsa, jim, ha.' Laju sahaja Hashr mencari dimana asal bunyian tersebut. Pandangan tertancap ke arah Shah, Hayyan dan Khai yang sedang asik menonton cerita Upin Ipin sambil mengunyah popcorn. Buang tabiat ke?

      "Jangan dilayan 3 budak istimewa tu." Haris yang tadinya sibuk mengutak-ngatik komputer kini mula bersuara. Dia sudah lali dengan perangai 3 manusia ni, setiap hari ada sahaja perangai tak betul diaorang yang muncul. Untunglah kesabarannya setebal kotak.

     Hashr mengangguk. Pantas sahaja Hashr melabuhkan punggungnya disebelah Haris. 

    "Jadi kau nak mintak tolong apa ni?" tanya Haris.

     "Lusa birthday isteri aku, aku nak buat suprise... jadi aku nak minta tolong kau orang,"

     "Minta tolong apa?"

      "Sekejap lagi aku explain,"

        "Abang, indahkan sunset tu?" tanya Cahaya, tangannya menunding ke arah matahari yang sudah hampir tenggelam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "Abang, indahkan sunset tu?" tanya Cahaya, tangannya menunding ke arah matahari yang sudah hampir tenggelam. Kejadian itu menyebabkan langit bertukar berwarna jingga yang sungguh indah. Sesiapa sahaja yang melihat, mesti akan jatuh cinta. Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah.

     "Haah indah sangat." balas Haris, pandangannya masih setia ke arah wajah milik isterinya. Indah sungguh ciptaan Allah yang satu ini.

     Cahaya yang terasa wajahnya dipandang, lekas sahaja mencari sehingga pandangan antara suaminya dan dirinya bertembung. Dahinya Cahaya mengerut.

    "Abang, Cahaya suruh tengok sunset tu bukanya muka Cahaya,"

     "Kenapanya? Dua-dua indahkan? Jadi abang tengok aje la muka isteri abang."

    Tiba-tiba sahaja Cahaya tersenyum malu. Wajahnya sudah memerah menahan malu. Ya tuhan, kenapalah mulut suami aku ni manis sangat eh?! Asyik buat orang blushing aje.

    "Mana ada!" nafi Cahaya.

   "Isteri abang always cantik, sampai abang pun tak puas pandang muka sayang tau."

    "Ish abang ni!" kini wajah Cahaya benar-benar merah akibat malu yang melampau. Dah macam udang rebus. Untunglah mukanya tidak sama dengan udang.

      Hashr hanya ketawa melihat gelagat lucu isterinya. Haih, comel betul.

        "Amboi Ash, senyum sampai ke telinga nampak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "Amboi Ash, senyum sampai ke telinga nampak." tegur Tengku Amiera. Dirinya mula melabuhkan punggungnya disebelah anaknya.

    "Tak adalah mummy, mummy sihat?"

    "Sihat alhamdulillah, macam mana khabar adik ipar kamu tu? Dah masuk dalam ke?"

   "Haah mummy, biarkan je betina tu. Siapa suruh cari pasal dengan Ash, kang dah mendapat." kata Hashr dengan selamba. Lain kali, jangan kacau ketika singa sedang nyenyak tidur. Kang tak pasal-pasal jadi mangsanya.

      "Baguslah macam tu, tak ada lah mummy risau sangat dengan keluarga kecil kamu." ucap Tengku Amiera sambil menghembus nafas lega. Nasib baiklah, anak-anaknya cepat bertindak. Tidak putus-putus dia berdoa supaya diberikan kemudahan, akhirnya doanya termakbul juga.
    
     "Tengah melepas rindu ke tu, sayang?" tegur Tengku Rizz sambil memegang pinggang yang berisi daging bakar. Tempat duduk disebelah isterinya diduduki.

     "Uish, sedapnya bau daddy! Nak sikit." pinta Hashr. Tiba-tiba sahaja perutnya berkeroncong. Bau harum daging bakar mula menusuk ke dalam rongga hidungnya. Masyaallah, sedapnya daging bakar tu!

    "Tak boleh, kalau nak pergi la ambil sendiri. Ini untuk isteri tercinta daddy." kata Tengku Rizz sambil menyuap isterinya. Tengku Amiera dengan senang hati menerima suapan tersebut.

     Hashr mengerutkan keningnya. Wajahnya juga sudah bertukar menjadi masam mencuka. Sweet-sweet depan orang pula pakcik makcik ni!

     "Ish mummy daddy ni, Ash pun ada la, hmpp! Ash nak pergi jumpa kesayangan Ash la, bye-bye!"

      "Sayang, i'm coming!!" jerit Hashr sambil berlari keluar rumah agam milik orang tuanya. Tengku Rizz dan Tengku Amiera hanya ketawa sahaja melihat tingkah laku anak lelakinya.

      "Sayang nak lagi?" tanya Tengku Rizz kepada isterinya. Tengku Amiera mengangguk. Dengan sepantas kilat, Tengku Rizz menyuap isteri kembali. Isterinya haruslah dapat layanan A+.

    Jangan ingat tua-tua, dah tak boleh bersweet-sweet ye!

....

    "BHAA!"

    "Opocot mak kau!" latah Khai. Hashr menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haih! aku sergah orang lain, orang lain pula terkejut.

     "Ish abang ni! Cuba bagi salam dulu. Kesian Khai, dia pula yang terlatah." pundak suaminya ditepuk. Main sergah aja suaminya ini. Untunglah dia dengan Khai tiada penyakit jantung.

    "Hehe, sorry sayang."

   "Ehehehe, sowi cayang..." ejek Khai.

   "... Kau sepatutnya minta maaf dengan aku, untung dagingnya masih terletak elok dalam pinggan ni tau. Kalau tidak, memang aku campak kau dalam lubang jamban!" marah Khai. Geram pula dia. Untung dagingnya masih setia berada di dalam pinggan. Sudah la kena bakar sendiri. Dia tu tak apa lah boleh bergelak tawa dengan isteri. Aku ni?

    Hashr membalikkan bola matanya. "Ye la, sorry Encik Muhammad Khayrul Luqman. Puas?"

    "Sebenarnya aku tak puas tapi tak apa lah, mood aku tengah elok sekarang ni."

     "Bising la kau orang ni, aku nak bermanja-manja dengan isteri aku pun tak boleh!" sampuk Hayyan tiba-tiba. Menganggu betul, orang nak bermanja-manja pun susah.

    Cahaya hanya ketawa.

    "Sayang dah makan?" tanya Hashr dengan lembut.

    "Belum."

     "Kalau macam tu, jom abang bakar untuk sayang. Abang bakar sedap tau, mesti menjilat jari punyalah!"

      "Iya la abang," jawab Cahaya sambil tertawa kecil. Haih la dia ni.

   Sempat lagi pipi mulus Cahaya dicium oleh Hashr sebelum berlalu pergi. Cahaya tersengih sambil menggelengkan kepalanya, ada-ada sahaja perangai random suaminya ini.

Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now