"HAHAHAHAHA, mesti mamat batu tengah gelabah sekarang! HAHAHA aduh perut aku HAHAHA!!" senak perutnya akibat ketawa. Bahu Hayyan ditepuk. Dia dah boleh bayang macam mana rupa Hashr sekarang, mesti macam orang tertelan cicak.
"Itu lah weh HAHAHAHAHA mesti sekarang dia dah terkejut beruk HAHAHAHA!" sambung Hayyan. Mesti Hashr tengah gelabah tak tentu pasal sekarang. Dia macam la tak kenal perangai adik laki dia sorang tu.
Haris hanya menggelengkan kepalanya. Mental agaknya dua ekor beruk ni.
"Senyap!" Haris mula bersuara. Tegas. Laju sahaja ruangan itu dilanda kesunyian, tiada lagi suara gelak tawa dari Shah dan Hayyan. Masing-masing takut dengan suara tegas Haris. Mamat ni bukannya boleh buat main, sekali dia mengamuk singa pun takut."Esok jalankan plan kita yang kedua, dah korang pi balik! Memekak aje kerja." halau Haris. Tangan kanannya mula naik memecit kepalanya. Dah la kepalanya tengah berdenyut sekarang. Kalaulah Anisha ada, mesti dia tolong urutkan kepalanya. Anisha memang pantang apabila melihat dirinya sakit, ada saja akalnya untuk menolong.
'I miss you, sayang...' gumam Haris didalam hati. Bunyian hentakan meja mula bergema di gegendang telinganya. Haris mengangkat keningnya sambil memandang ke arah Hayyan dan Shah secara bergantian.
"Ubat panadol, nanti telan la. Telan elok-elok! Jangan sampai mampus pulak." perli Hayyan. Ubat panadol dan air mineral diletakkan di atas meja.
Haris menjeling. Ada jugak yang kena makan kasut malam ni.
"Dah aku nak balik dulu, jom Shah." ajak Hayyan.
Shah mengangguk lalu membuntuti Hayyan dari belakang. Dia dah tak sabar nak baring atas tilam ni, lagi-lagi sambil peluk anak Aaris atau isterinya. Memang syok tak terkata.
"Mama, Aish nak ikut mama pergi kafe boleh?"
"Boleh sayang, pergi siap cepat. Mama tunggu kat bawah."
"Baik princess kuh!!" jerit Aish sambil berlari naik ke tingkat atas.
Cahaya menggeleng. Tiba-tiba sahaja terbit senyuman pahit dari bibir Cahaya. Kalaulah Hashr ada disini sekarang, mesti suaminya sedang leka menceritakan kisah dia ditempat kerjanya. Memang rutin suaminya, setiap kali Hashr pulang dari penerbangan mesti dia akan cerita tentang kisahnya ditempat kerja.
Flash back
"Sayang nak tahu tak? Masa abang tengah syok dinner semalam, ada seorang perempuan ni...dia datang mintak nombor phone abang," ucap Hashr sambil memandang ke arah wajah cantik milik isterinya.
"Jadi abang bagi tak?" tanya Cahaya. Berdebar pula mahu mendengar jawapan dari suaminya.
"Tak! Takkan la abang nak bagi nombor phone abang dekat perempuan lain. Tak pasal-pasal abang kena terajang dengan sayang! Uishh seram mat!!!" gurau Hashr. Gembira sungguh dia apabila melihat wajah cemberut isterinya.
"Abang gurau je sayang, takkan la abang nak bagi nombor dekat dia. Abangkan dah ada sayang, satu-satunya cinta hati abang. Isteri abang ni lebih dari kata sempurna tau..."
"...jadi tak ada alasan untuk abang curang. Cahaya kan bidadari abang. I'm really love you, sayang! Tak ada istilah menduakan sayang dalam kamus hidup abang. Ingat tu sampai bila-bila."
End Flashback
Tersengih Cahaya apabila mengenangkan kenangan dirinya bersama suaminya. Hashr kalau tak buat dia blushing sehari memang tak lengkap hidup mamat tu! Tapi....
Sekarang, sudah tiada lagi gelak tawa dari suaminya, tiada lagi usikan dari suaminya dan tiada lagi nasihat atau omelan dari suaminya ketika dirinya membuat kesalahan. Kalaulah masa boleh diputar kembali.
"Mama, Aish dah siap!" ucap Aish dengan bersemangat. Cahaya ketawa. Haih, comel betulla anak lelakinya seorang ini.
"Jom!""Hacoom!!"
"Hacoom!!!"
"Sayang okey tak ni? Kita pergi klinik aje la." pujuk Ellyna. Teruk sangat keadaan Hashr sekarang. Dia pun tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja Hashr mengalami demam panas. Jumpa kak kunti agaknya semalam.
"O-oke- HACOM!"
"Sayang! Sepatutnya awak dah masuk kerja hari ni! Macam mana kalau gaji awak kena potong?!!" bebel Ellyna. Kalau gaji Hashr kena potong, memang pupus angan-angannya ingin membeli belah dengan Irfan.
Hashr menjeling. Aku tengah sakit sekarang, sempat lagi fikir pasal gaji. Menyampah betul dengan minah ni.
"Takpe la.""Takpe?! you cakap-"
"Saya tengah sakit kepala ni, jangan la bising!." ucap Hashr dengan sedikit kasar. Kisah pulak dia, minah ni nak terasa ke apa. Dah la penipu. Kecil besar kecik besar je aku tengok perempuan ni. Dah la panggil orang sekejap you sekejap sayang sekejap awak, memang tak ada pendirian langsung!
"Ish you ni! I ni risaukan you-"
"Senyap la! Menyemak betul!" marah Hashr. Orang dah la tengah sakit kepala. Pekak ke apa.
"Ryan-"
"Balik la engkau! Layan suami engkau kat rumah tu!! Menyemak aje kerja kau?! And satu lagi, nama aku Hashr bukan Ryann... jangan sesuka hati nak tukar nama anak orang."
"Suami apa ni? Saya tak faham." tanya Ellyna dengan nada bingung. Jangan cakap yang Hashr sudah tahu cerita sebenar?! Habis la dia.
'buat-buat tak faham pulak minah ni,' gumam Hashr di dalam hati. Geram betul!
"Nih! Aku harap kau tak buta la." sempat lagi dia memerli Ellyna buat seketika. Layar telefonnya diarahkan kepada Ellyana.
Melongo Ellyna apabila melihat gambar yang ditunjuk oleh Hashr.
'Arghhh, tak guna!' jerit Ellyna didalam hati.
Cahaya x Hashr
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
RomanceHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...