"Pastikan, plan kali ni berjaya. Kalau tidak, korang tahu lah apa padahnya!" ugut Ellyna kepada anak buahnya. Matanya menatap tajam wajah anak buahnya seorang demi seorang.
"Tercegat apa lagi kat sini, keluar la!" marah Ellyna. Anak buahnya terbirit-birit berlari keluar dari bilik bosnya. Garang betul, minah ni.
"Selamat berkhidmat abang.." ucap Cahaya dengan nada lembut, tangannya menepuk dada bidang suaminya.
"Terima kasih sayang, abang janji... nanti abang balik, abang bawak sayang jalan-jalan naik kapal terbang." Hashr mengelus kepala isterinya, bibirnya naik mendarat di dahi isterinya.
"Abang pergi dulu ye, sayang." tangannya mula menarik luggage hitam miliknya.
"Abang!" jerit Cahaya. Hashr dengan laju memandang ke arah pemilik suara itu.
"MH789 KAN?!" tanya Cahaya meminta kepastian.
Hashr tersenyum dan mengangguk. Tangannya melambai isterinya. Dengan cepat dia membolos badannya ke dalam kereta.
Cahaya menyahut lambaian tersebut. Setelah kelibat kereta milik suaminya benar-benar menghilang, barulah air matanya mengalir di pipi mulusnya. Tak sampai seminit pun dah rindu, macam mana ni?
"Astaudi'ukuaahal-ladzi laa tadhii'u wa daa-i'uh, abang..."
'maksudnya :- aku menitipkan kamu kepada Allah yang tidak akan hilang titipannya'
Tiba-tiba sahaja, hatinya terasa berat untuk membiarkan suami pergi mencari nafkah. Hatinya kuat mengatakan, bahawa akan ada sesuatu yang menimpa suaminya. Tetapi dengan cepat perasaan itu dihapus. Ingat! Hashr keluar mencari nafkah.
"Aya, nak makan apa harini?" tanya Tengku Amiera sambil memandang wajah pucat milik menantunya.
"Aya takde selera la mummy." ucap Cahaya berterus terang. Memang benar dia tiada selera untuk menjamah makanan sekarang. Setiap kali dia menjamah makanan, mesti keluar balik. Fikirannya selalu melayang kepada suaminya, sihat ke tidak? Dah makan ke? Tengah buat apa? Harini sudah masuk hari ketiga suami bekerja.
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
RomanceHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...