HUD : TH || BAB 16

763 45 5
                                    

            "Aish, nak ni tak?" tanya Cahaya sambil menunjuk ke arah jajan potato. Laju sahaja Cahaya berpaling ke arah Aish setelah dirinya tidak dapat sebarang balasan. Baru dia perasan bahawa Aish sudah tidak lagi berada disampingnya.

     "Aish?"

    Laju sahaja kakinya dihayun ke hulur ke hilir untuk mencari Aish.

   Setelah 5 minit pencarian, tanda-tanda anaknya mahu muncul masih lagi tidak wujud.  Matanya sudah mula berkaca-kaca, macam mana kalau Aish still tak jumpa? Sudahlah sekarang jarum jam sudah menunjukkan pukul  9.00 malam.

    "Mama!" jerit Aish dari kejauhan. Cahaya dengan laju berlari ke arah Aish dan seorang jejaka disampingnya.

     "Ya Allah anak mama! Awak pergi mana?" tanya Cahaya sambil memeluk anaknya, air matanya menitis dengan laju.

    "Aish pergi ambik bunga ni untuk mama, tapi mama pulak hilang. Untung ada uncle ni tolong Aish tadi." jelas Aish. Wajahnya lelaki itu dipandang berserta senyuman dibibirnya.

      "Terima kasih aw-"

       "Ash?!"

   Membulatnya matanya setelah melihat wajah jejaka dihadapannya ini. Ash hidup lagi? Ini mimpi ke?

     "Sorry? Nama saya Ryan bukan Ash." balas jejaka tersebut. Wajah Cahaya dipandang olehnya. Kenapa wajah perempuan dihadapannya ini tidak asing baginya?

     "O-ohh, sorry."

      "Saya pergi dulu ye." ucap Ryan dan berlalu pergi, meninggalkan Cahaya yang sedang berdiri kaku.

     "Abang..." perkataan itu meniti di bibir Cahaya, matanya tidak lepas memandang ke arah bayangan Ryan yang sudah makin menghilang.

     Ya Allah, adakah ini benar-benar dia? Atau dia hanya tersalah orang?

       "Mama, muka uncle tadi macam walid kan?" tanya Aish sambil memandang ke arah Cahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Mama, muka uncle tadi macam walid kan?" tanya Aish sambil memandang ke arah Cahaya.

     Cahaya mengangguk.

    "Tido ye sayang."

    Aish akur. Tangan Cahaya mula mengelus rambut Aish. Tidak terasa air matanga mengalir di pipi mulusnya. Wajah lelaki di mall tadi bermain difikirannya.

     Kenapa wajahnya sungguh mirip dengan suaminya? Kenapa firasatnya kuat mengatakan bahawa itu adalah suaminya?

      Ya Allah, otak aku buntu sekarang. Tangan Cahaya naik meraup wajahnya dengan kasar.

....

     "Ya Allah, jika sesungguhnya dialah orang yang aku cari selama ini dan jika dialah orang yang aku berharap selama ini. Maka satukan kami kembali. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik penolong dan perancang. Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar..." setelah selesai berdoa. Cahaya mencapai Al-Quran yang berada di atas almari kecil.

     Surah Al Baqarah mula dibaca olehnya. Air matanya laju sahaja mengalir setelah mengingati bagaimana pada mulanya Hashr mengajarnya mengaji sampailah ketahap ini.

Flash back

      "Salah tu, ni baca panjang sikit. Ini 6 harakat bukan 2 harakat." tegur Hashr.

   Cahaya mengangguk faham. Sekali lagi Cahaya mengulangi bacaannya.

    "Shadaqallahul-'adzim..." Al-Quran ditutup perlahan-lahan. Kitab suci itu diletakkan di atas almari kecil bersebelahan dengan mereka.

    "Abang janji tau, jangan tinggalkan Cahaya. Cahaya ada abang aje dekat muka bumi ni." ucap Cahaya dengan lembut. Ucapannya tulus dari hatinya. Dia tidak sanggup berjauhan dengan Hashr, dia tidak mampu membayangkan betapa hancurnya dirinya setelah Hashr sudah tidak lagi berdiri disampingnya. Dia benar-benar memerlukan sosok yang bernama Hashr disampingnya sekarang dan sampailah bila-bila

     "Insyaallah, abang akan takkan tinggalkan Cahaya sampailah akhir nafas abang. Ana uhibbuki fillah..."

End flashback

     "Shadaqallahul-'adzim..." kitab suci ditutup perlahan-lahan, air matanya laju sahaja mengalir di pipi mulusnya. Kedua tangannya naik menekup wajahnya supaya tiada sebarang bunyi esakan, dia tidak mahu mengangguk Aish yang sedang tidur disebelahnya. Dirinya masih lagi tidak mampu mengawal kesedihannya, dirinya benar-benar hancur sekarang.

    Jujur dia bilang. Disebalik kegembiraannya selama ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya dirinya. Dia sudah kehilangan separuh jiwa raganya.

    "Mama cry ke?"

    "Don't cry mama, walid tak suka mama sedih." pujuk Aish. Tangan kecilnya mula menghapus sisa air mata mamanya.

    "Meh sini Aish hug mama." pujuk Aish sekali lagi sambil memeluk badan mamanya. Cahaya membalas pelukan anak lelakinya.

     "Mama jangan sedih, Allah kan selalu ada disisi mama."

    "Pandainya anak mama ni." ucap Cahaya dengan suara seraknya, belakang Aish ditepuk perlahan.

    "Jom tidur."

    "Taknaklah, mama... kenapa mama selalu solat malam-malam?" tanya Aish dengan polos.

    "Mama solat sunat tahajjud."

    "Ajar Aish boleh tak?!" tanya Aish dengan bersemangat.

    "Boleh,"

    Dia bersyukur, sekurang-kurangnya ada malaikat kecil yang selalu menghibur hari-harinya.

Cahaya x Hashr

Zir minta maaf atas kekurangan dalam karya zir sendiri.

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now