HUD : TH || BAB 9

1.1K 47 8
                                    

           "Eh, beban ada dekat sini?" Encik khuzairan menayang senyuman senget ke arah anak perempuan sulungnya.

    "Dah jadi janda?"

   Ellyna ketawa kecil.

  "Mungkin kut pa, diakan beban keluarga je. Mana mahu keluarga Tengku menampung biawak hidup." perkataan Ellyna berjaya membuat Encik Khuzairan meletuskan tawanya. Dia tidak sangka puteri bongsunya bijak berjenaka juga.

    Cahaya hanya diam. Dirinya mula berjalan ke arah biliknya. Malas mahu berlama-lama di rumah ini. Menyakitkan hati aje.

    "Kau pekak ke!" Encik Khuzairan menolak kepala Cahaya. Cahaya hanya bersabar dengan sikap papanya ini.

    "Papa nak apa?" tanya Cahaya sambil mengerutkan keningnya.

    "Menjawab eh kau!" marah Encik Khuzairan.

    Cahaya memutarkan bola matanya, senyap salah jawab pun salah. Semua yang dia lakukan, semuanya salah dimata orang tuanya. Kadangkala ada juga muncul rasa menyampah! Dia hanya pendam sahaja.

    "Kau suruh bekas suami kau tranfers duit dekat aku!" pinta Encik Khuzairan tanpa rasa malu sedikit pun.

    "Menantu kesayangan papa kan ada? And anak papa ni." balas Cahaya sambil menjeling ke arah adik perempuannya. Dia tak kesah dicop sebagai anak kurang ajar sekali pun, sekarang dia hanya mahu membela diri sahaja. Selama ini, dirinya selalu menjaga perasaan orang lain sehingga sanggup ketepikan perasaan sendiri.

   "Kau jangan kurang ajar!" Encik Khuzairan mengangkat tangannya ke udara, Cahaya memejamkan matanya.

   Cahaya membuka matanya apabila tamparan papanya tidak mendarat di pipinya. Aih lambat betul! Guna line apa ni?

   "Don't touch my wife!" tangan bapa mertuanya dihempas kuat. Encik Khuzairan tergamam apabila melihat wajah menantunya sudah bertukar merah padam.

   Ellyna tadinya mendengus geram, kini matanya sudah bertukar bersinar-sinar apabila melihat wajah abang iparnya. Pertama kali dia melihat wajah tampan abang iparnya sedekat ini. Bahkan lebih tampan dari suaminya, dah la kaya.. tampan pula tu.

   No! dia taknak lihat kakaknya lebih darinya. Idea jahatnya mula mencanak-canak muncul di kepalanya.

   "Abang.." gumam Cahaya.

   "Jangan sesekali berani naik tangan dengan isteri Ash! Sekali lagi Ash nampak benda yang sama! Ash tidak teragak-agak untuk sumbat papa dalam penjara." tegas Hashr.

    Hashr dengan cepat menarik tangan Cahaya keluar dari rumah itu. Suasana di rumah itu sungguh membuatnya tidak nyaman.

  ...

   "Abang, Cahaya..." Cahaya menundukkan kepalanya, dia takut mahu bertemu mata dengan suaminya.

    "Diam." sepatah perkataan yang keluar dari mulut Hashr, berjaya membuat Cahaya mengunci mulutnya. Dia tidak berani membantah setelah melihat wajah bengang suaminya tadi.

   Kereta BMW putih milik Hashr meluncur di jalan raya. Sesekali Cahaya mengerling ke arah Hashr, wajahnya sama seperti tadi masih masam mencuka. Stereng kereta digenggam kuat sehingga menimbul urat-urat di tangan dan lengannya.

    Sepanjang perjalanan, hanya bunyi radio sahaja yang menemani mereka. Masing-masing memilih untuk berdiam diri.

     "Abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     "Abang..."

     "Cahaya minta maaf." tidak tahu kenapa hatinya terasa resah apabila Hashr mengabaikannya dari petang tadi. Sejak kejadian tersebut, Hashr lebih suka mendiam dirinya. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.

   "Abang!" Cahaya mula memeluk badan tegap Hashr, wajahnya dibenamkan ke dalam dada bidang milik suaminya.

    Hashr hanya diam tidak berkutik.  Tetapi kenapa semakin lama semakin basah baju kemejanya dibahagian dada?

  "Cahaya.." panggil Hashr dengan nada lembut. Suara tangisan samar-samar menusuk ke dalam gegendang telinganya.

  Bahu Cahaya ditolak perlahan, wajah Cahaya diangkat supaya menghadapnya.

  "Kenapa nangis?" lembut sahaja Hashr bertanya. Tangannya naik mengelus rambut panjang isterinya.

  "A-bang palau C-cahaya." balas Cahaya.

  Hashr ketawa.

  "Mana ada abang palau sayang tapi abang sedang berperang dengan perasaan abang. Nanti kalau abang borak dengan Cahaya... dalam keadaan marah. Boleh jadi, Abang cakap benda mengarut.."

   "..dan boleh menyakitkan hati isteri abang ni." hidung Cahaya dicuit. Ibu jarinya naik mengusap sisa air mata Cahaya.

    Cahaya tersengih. Sisa air matanya diusap oleh suaminya

Krr krr!

   Cahaya memandang ke arah perutnya yang meminta untuk diisi. Buat malu aje perut ni!

    "Hehehe," lagi-lagi Cahaya tersengih, tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Sayang nak makan apa? Biar abang masak!" pelawa Hashr.

   "Boleh ke? Tak menyusahkan abang?" tanya Hashr meminta kepastian. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya lagi.

    "Mana ada menyusahkan la.."

   "Selama ni abang rasa air tangan isteri abang, kali ini biar isteri abang pula rasa masakan abang."

    "Gerenti sedap punya lah!" ucap Hashr dengan penuh yakin.

   "Okeyy, kita saksikan bagaimana chef Hashr menyajikan makanan untuk isterinya." remote yang entah dari mana muncul, diletakkan di mulutnya seakan-akan sedang bercakap menggunakan mic.

    "Ini chef Hashr lah, demo tak kena barey!" Hashr menepuk dada bidangnya.

   Cahaya ketawa.

Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now