HUD : TH || BAB 4

1.3K 63 2
                                    

        Sunyi, hanya kesunyian sahaja yang menghiasi suasana mereka dari sejak awal. Masing-masing lebih selesa berdiam diri tanpa memulakan pembicaraan.

"Nama kau siapa?" tanya lelaki tersebut memecahkan kesunyian.

Cahaya tidak membalas tetapi dia hanya memandang ke arah lelaki tersebut dengan wajah yang tidak dapat ditebak.

"Bisu ke?" tanya lelaki tersebut, lelaki itu memandang sekilas ke arah Cahaya sebelum memandang ke arah hadapan kembali. Tadi siap merayu lagi, sekarang dah bisu?

"Ha?" tanya Cahaya dengan bingung.

"Cantik tapi pekak." gumam lelaki tersebut.

"N-nama saya Cahaya." jawab Cahaya.

"Nama awak pula?" giliran Cahaya pula yang bertanya.

"Ash." singkat Hashr.

Cahaya hanya mengangguk tanda faham.

Pembicaraan mereka berakhir disitu sebelum kesunyian kembali melanda mereka.

"Rumah siapa ni?" tanya Cahaya setelah kereta milik Hashr sudah diparking elok di perkarangan rumah mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rumah siapa ni?" tanya Cahaya setelah kereta milik Hashr sudah diparking elok di perkarangan rumah mewah.

"Follow aku." jawab Hashr acuh tak acuh.

Cahaya hanya akur tanpa ada niat untuk mengajukan sebarang soalan.

Mereka mula menapak masuk ke dalam rumah mewah tersebut. Sempat Cahaya melongo melihat keindahan rumah mewah itu.

"Assalamualaikum, mummy." tangan wanita paruh baya dihadapannya dikucup. Perlakuan Hashr diikuti oleh Cahaya.

"Ini budak yang Hashr kutip dekat tepi kedai tadi." jawab Hashr dengan selambanya.

Cahaya memandang tidak percaya ke arah Hashr, walaupun itu memang fakta.

PAP!

Bahu Hashr dipukul kasar oleh Tengku Amiera. Hashr hanya meringis kesakitan. Dah memang itu fakta! Nak buat macam mana, dia jujur aje.

"Tak baik!" marah Tengku Amiera sebelum kembali memandang ke arah Cahaya. Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis dihadapannya.

"Nama kamu apa?" tanya Tengku Amiera dengan lembut. Senyuman manis dibibirnya masih setia menghiasi.

"Nama saya Cahaya, puan." jawab Cahaya dengan lembut. Dia kembali tersenyum ke arah wanita paruh baya dihadapannya ini.

"Just call me 'mummy' , sayang." tangannya naik menepuk lembut bahu milik Cahaya.

"Mummy, Hash lapar." Hashr mencebik bibirnya sambil menggosok perutnya yang sudah meminta untuk diisi.

"Kalau macam tu, jom lah makan. Mummy ada masak makanan kegemaran Hash tadi."

"Cahaya pun, jom makan." pelawa Tengku Amiera. Kakinya terus mengatur langkah ke dapur, meninggalkan Cahaya dan Hashr berdua.

Cahaya hanya mampu menahan ketawa melihat telatah jejaka di sebelah. Hilang terus poyonya apabila berada dihadapan syurganya.

Hashr menjeling tajam ke arah Cahaya sehingga membuat riak wajah gadis ditepinya bertukar pucat.

Seram juga, mamat poyo ni.

Seram juga, mamat poyo ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jemputlah makan, Cahaya. Jangan malu-malu." pelawa Tengku Amiera. Dirinya mula melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di sebelah anak lelakinya.

"Terima kasih mummy." sudu yang berisi nasi disuap ke dalam mulutnya.

"Sedap tak?" tanya Tengku Amiera. Takutlah kalau terlebih garam atau gula.

"Sedap mummy!"

"Cahaya tak pernah rasa masakan sesedap ini!" puji Cahaya. Bukannya nak bodek tetapi itu memang fakta.

Tengku Amiera ketawa sekilas.

"Masakan mama Cahaya lagi sedap la." ucap Tengku Amiera sambil tersenyum.

Cahaya terdiam sejenak. Apabila dikenangkan kembali, dia tidak pernah merasai air tangan dari seorang ibu. Dari kecil, dia sudah dijaga oleh opahnya.

"Cahaya?" nama Cahaya mula meniti di bibir Tengku Amiera. Panggilan dari Tengku Amiera berjaya membuat dirinya menghapus kembali lamunannya.

"Mummy ada tersalah cakap ke?" tanya Tengku Amiera. Kut kutlah, dia ada tersalah cakap tadi.

Cahaya hanya menggeleng dan tersenyum ke arah Tengku Amiera. Dirinya kembali menyambung aktivitasnya.

"Takpelah kalau macam tu, kau orang sambung makan lah.. mummy nak ke dapur kejap." Tengku Amiera mula membawa dirinya menuju ke arah dapur.

Sesekali Cahaya mengerling ke arah jejaka di hadapannya. Jejaka itu diam sejak dari awal makan lagi. Dia kenapa?

"Makan kena diam, itu salah satu cara kita hormat dekat rezeki yang Allah bagi." bidas Hashr, seakan-akan mengerti apa yang bermain difikiran gadis itu.

Cahaya terasa tersentap sekejap sebelum kembali menyambung makan makanannya. Kenapa gulai ayam mummy tiba-tiba terasa pedas ni?

 Kenapa gulai ayam mummy tiba-tiba terasa pedas ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cahaya duduk sini lah ye." pelawa Tengku Amiera kepada Cahaya.

"Eh tak payah la, menyusahkan mummy aje." balas Cahaya, dirinya terasa sungkam kerana sudah banyak menyusahkan Tengku Amiera dan Hashr hari ini.

"Alaa.. takpe la, boleh teman mummy dekat sini. Lagipun dekat sini mummy tak ade kawan." pujuk Tengku Amiera.

Cahaya hanya tersenyum sungkam. Nak menolak ke tidak? Kalau tolak, nanti dirinya di kata kurang ajar pula. Kalau terima, nanti dirinya di kata tidak tahu malu pula.

"Kau tinggal sini je la, teman mummy kau. Lagipun kau tak ada rumah juga kan." ucap Hashr dengan wajah bekunya.

"Tinggal sini Aje lah ye, Cahaya." Tengku Amiera masih lagi tidak menyerah untuk memujuk gadis dihadapannya untuk tinggal di rumahnya.

Cahaya hanya mengangguk perlahan. Betul ke, keputusan yang dia buat ini?

"Wokey cun! Jom mummy tunjuk bilik Cahaya." Tengku Amiera dengan lekas menarik lengan Cahaya ke arah lif berada.

Hashr hanya menggeleng melihat tingkah laku wanita kesayangannya a.k.a syurganya.

Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now