HUD : TH || BAB 17

713 33 8
                                    

           SETELAH selesai menghantar Aish ke tadika. Cahaya dengan pantas menuju ke arah Aca's cafe, dimana dialah pemilik kafe tersebut. Alhamdulillah, tuhan telah memudahkan jalannya untuk membina kafe idamannya.

      "Welcome back to Aca's cafe, kak Aya!!" kedatangan Cahaya disambut mesra oleh kedua orang pekerjanya iaitu Qismina dan Faqrul. Hanya mereka sahaja yang terlebih rapat dengan Cahaya manakala yang lain masih malu-malu untuk bertemu dengan Cahaya a.k.a boss mereka. Maklumlah budak baru, nanti berjangkit jugak virus sewel Qismina dan Faqrul.

    Cahaya menciptakan senyuman manis ke arah para pekerjanya.

     "Guys! Kita tambah menu baru nak tak?" tanya Cahaya. Sebagai bos yang baik, dia perlulah bertanya pendapat kepada para pekerjanya.

     "Kak Aya nak tambah apa?" tanya Qismina kembali. Dengan sepantas kilat, dia sudah siap duduk di hadapan Cahaya bersama wajah cerianya. Begitu juga Faqrul.

     "Kita tambah brownies cookies dengan soft cookies, okey tak?"

     "Okey sangat tu bos! Tapi first try buat tu, kena bagi kitaorang try la... sedap ke tidak." Faqrul bersuara.

     "Boleh aje, no problem...and first day kita buat tu,"

    "Kalau laku sampai 200 biji, akak bagi bonus amacam nak tak?"

     "Eh boleh sangat tu! Idea yang bernas sekalih!" balas Faqrul dan Qismina secara bersamaan. Bukan main happy lagi ye.

Ting!

     Loceng kedai mereka tiba-tiba sahaja berbunyi menandakan bahawa ada pelanggan yang baru datang ke kedai mereka.

     "Welcome to Aca's cafe!" jerit Faqrul.

     "Encik nak oder apa?" tanya Cahaya setelah dia betul-betul menghadap pelanggannya sekarang, ditangannya ada satu buah iPad untuk menandakan pesanan dari pelanggan. Biasalah zaman moden.

     Cahaya kaku setelah melihat wajah jejaka tersebut alias pelanggannya. Wajah lelaki semalam.

     "Saya nak air green tea satu, itu aje lah."

      Cahaya mengangguk faham, bibirnya tiba-tiba sahaja menciptakan satu senyuman kecil. Hashr dengan green tea mana pernah terpisah.

      Ryan mengerutkan keningnya, dah kenapa minah ni senyum-senyum?

    Tidak tahu kenapa matanya tiba-tiba sahaja tertuju ke arah gelang di pergelangan Cahaya. Gelang itu seperti tidak asing baginya. Gelang itu bagaikan satu pentujuk, tapi pentujuk tentang apa? Isteri? Eh bukan-bukan. Kata Ellyna dia mana pernah kahwin lagi.

     "Kalau boleh tahu atas nama siapa ye?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     "Kalau boleh tahu atas nama siapa ye?"

      "Ryan." singkatnya.

     Cahaya tersenyum, laju sahaja langkahnya meninggalkan meja tersebut. Firasatnya kuat mengatakan bahawa itu memang suaminya, tapi kenapa suaminya macam tak ingat apa-apa. Lupa ingatan ke apa mamat ni?

        "Mummy, cuba tengok dia ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "Mummy, cuba tengok dia ni." Cahaya menunjukkan gambar Ryan yang sedang ralik bermain telefon bimbit, untung hatinya terdetik untuk mengambil gambar lelaki tadi. Boleh la tanya mertuanya.

      "Nampak macam Ash!" jawab Tengku Amiera. Haris yang tadinya sedang sibuk meneguk air, dengan cepat turut melihat gambar yang ditunjuk oleh Cahaya.

      Haris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam ada benda yang tak kena aje.

     "Cahaya send gambar ni dekat aku." Cahaya hanya akur dengan permintaan abang iparnya. Lantas gambar itu dihantar kepada abang iparnya, dia pun tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja.

     "Haris nak buat apa?" tanya Tengku Amiera.

      "Ada la."

          "Ha engkau ni kenapa tiba-tiba je suruh aku datang? Aku tengah syok tidur tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "Ha engkau ni kenapa tiba-tiba je suruh aku datang? Aku tengah syok tidur tadi." ucap Shah dengan sedikit kesal. Takde salam takde apa, tiba-tiba sahaja suruh dia hadir ke apartment Haris.

     "Bising la kau." tergamam Shah setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut Hayyan. Tadi bukan main suruh dia datang, sekarang cakap orang bisik pulak. Gila punya jantan!

    Haris mula menunjukkan gambar yang telah dikirim oleh Cahaya. Telefon bimbitnya diserahkan kepada Shah dan Hayyan.

     "Pergh! sebijik macam Hashr siak, siap minum air greentea lagi." komen Shah tiba-tiba.

     "Jadi kenapa dengan mamat ni?" tanya Hayyan dengan nada hairan.

    "Kita kena siasat mamat ni! Boleh jadi dia Hashr yang kita cari selama ni." balas Haris.

     Hanya mereka sahaja yang tahu bahawa Hashr belum lagi menghadap pencipta. Mereka tahu tentang kematian palsu yang dibuat oleh Ellyna untuk menipu rakyat Malaysia, hanya saja mereka menunggu masa untuk beraksi.

      "Sorry geng lambat sikit!" jerit Khai dari arah pintu. Santai sahaja dia berjalan. Dirinya mula melabuhkan punggungnya disebelah Haris.

    "Ha ni kenapa ramai-ramai? ada buat makan-makan ke?" tanya Khai dengan nada hairan.

    "Sebelum kau makan penumbuk aku, baik kau diam." ucap Haris dengan penuh amaran.
  
      Tengah period ke mamat ni? Garang semacam. Rawr!

      "Kau tolong siasat dia ni." suruh Hayyan sambil menghulurkan telefon bimbit milik abangnya. Khai dengan cepat menerima huluran tersebut.

     "Eh, macam mamat batu pulak muka dia ni." ucap Khai dengan selamba. Mamat batu itu adalah gelaran untuk Hashr yang dibuat olehnya.

     "Check identiti mamat ni." arah Haris dengan suara tegas. Khai mengangguk faham.

     Tidak perlu memerlukan masa yang panjang, identiti Ryan yang sebenar telah terpampang jelas di layar komputer milik Khai.

     "What the..."

     Cahaya x Hashr

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now