HUD : TH || BAB 14

1K 51 3
                                    

                   "Ash balik esokkan?" Tengku Amiera melabuhkan punggung di sebelah Cahaya yang sedang sibuk menghias hadiah untuk suaminya. Dia tidak  sabar ingin memberitahu tentang kehadiran malaikat kecil mereka di dunia ini.

      Test pack diletakkan dibahagian paling bawah. Bebola kecil diletakkan diatasnya supaya tidak kelihatan. Beberapa mainan kapal terbang diletakkan di atasnya. Penutup kotak hadiah diletakkan di atas kotak tersebut.

     "Cah! Dah siap!" ujar Cahaya dengan girang.

     "Cantik, pandai menantu mummy buat." puji Tengku Amiera. Kepala Cahaya dielus lembut.

     "Kejap eh mummy, Aya nak tengok berita dekat Facebook kejap. Selalunya banyak berita baru sekarang ni. Manalah tahu ada resepi chocolatecake, boleh la buat untuk Hashr nanti." ucap Cahaya sambil melayari internet. Tetapi kedua pasang matanya laju sahaja tertuju pada berita kapal terbang terhempas.

    Dadanya berdetak kencang sebelum menekan link tersebut. Macam mana kalau ni pesawat suaminya? Disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak, laju sahaja tangannya menekan link tersebut.

     "Astaghfirullahalazim!!" hampir gugur jantungnya setelah membaca berita tersebut. Tengku Amiera yang sedang sibuk menguyah kerepek, dengan sigap kepalanya berpaling ke arah menantunya.

    "Kenapa Aya?" tanya Tengku Amiera dengan nada hairan. Dengan pantas Tengku Amiera merampas telefon bimbit ditangan menantunya. Cahaya yang sudah menangis teresak-esak sudah tidak mampu menjawab pertanyaan dari mertuanya. Ini mimpikan?

Berita tergempar!

Pesawat MH789 telah terhempas di sebuah pulau. Kejadian itu telah mengakibatkan seramai 380 orang penumpang, 2 orang juruterbang dan 5 orang pramugari maut tempat kejadian. Kemalangan ini masih lagi dibawah siasatan anggota bomba dan pihak bertugas.

      "Ya Allah anak aku!!" jerit Tengku Amiera. Air matanya laju sahaja mengalir, sungguh tidak dapat dijangka bahawa kejadian malang ini bakalan terjadi.

    Tengku Amiera dengan pantas memeluk badan mungil milik menantunya. Tangannya naik menepuk lembut belakang menantunya.

      "Aya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Aya..."

    "Meh makan. Kesian baby dalam perut tu kalau Aya tak makan." pujuk Izara. Dia sungguh terkilan setelah mendengar berita tersebut. Kalau dia jadi Cahaya, memang meraunglah 24 jam. Tapi Cahaya? Dia masih boleh kawal tahap kesedihannya, terbuktikan? bahawa Cahaya adalah wanita yang kuat.

      "Aya tak ada selera la," balas Cahaya dengan sayu. Selera makannya sudah hilang. Tuhan, aku baru sahaja ingin merasai kebahagiaan.. kenapa kau mengambilnya dengan begitu cepat. Adakah aku tidak pantas merasai kebahagiaan? Aku sudah pun kehilangan peran ayahku yang seharusnya menjadi pelindung untuk aku, kini suami aku pula?

   Dosa apa yang aku buat, sehingga anak aku yang tidak berdosa pun menjadi tempias? Aku redha jika aku tidak dapat merasai kebahagiaan di dunia ini. Tetapi jangan anak aku, anak aku pantas merasai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

   Setiap saat... setiap detik... aku berharap, kejadian ini hanyalah mimpi buruk semata-mata. Tetapi tidak, ini lah kenyataannya sekarang.

    Sesakit itukah kehilangan seseorang yang terpenting di dalam hidup kita? Walaupun aku sudah merasainya, tetapi lillahi taala... ini lebih dari kata sakit.

    Lebih dari kata sakit...

   "Aya... jangan macam ni,"

   "Aku taknak kawan aku macam ni." Izara dengan cepat memeluk badan Cahaya. Tanpa basa basi Cahaya terus sahaja menangis teresak-esak di dalam pelukan Izara, begitu juga dengan Izara. Tangan Izara menepuk perlahan belakang Cahaya, berharap wanita ini dapat merasai sedikit ketenangan.

   "You have Allah, it's will be okey." bisik Izara.

       "Abang, Cahaya dah nak bersalin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Abang, Cahaya dah nak bersalin... Abang taknak temankan Cahaya ke?" gambar polaroid suaminya dielus perlahan. Tidak serasa air matanya mengalir di pipi mulusnya, ibu jarinya dengan sigap menghampus air matanya.

     "Cahaya rindu abang, abang taknak balik ke?" makin laju air matanya mengalir. Sudah hampir satu tahun, suaminya pergi meninggalkan dirinya.

     Perut buncitnya diusap setelah dirinya merasai tendangan dari malaikat kecil mereka. Alhamdulilah, anak sulung mereka lelaki.

     "Sayang rindu Walid ye?" tanya Cahaya sambil tersenyum kelat.

     "Nanti walid balik ye sayang..." tangannya masih setia mengusap perut buncitnya.

    "Awak jangan tinggal mama jugak ya, biarlah walid sorang je yang pergi tinggalkan mama." malaikat kecil itu bagai memahami maksud tersurat dari mamanya, dengan sigap dia memberi respon dengan cara menendang. 

      Tiba-tiba sahaja Cahaya terasa sebak setelah anaknya memberi respon. Bagaimanakah cara malaikat kecilnya ingin hidup di dunia yang kejam ini tanpa ada peran dari seorang ayah? Dia takut... dia takut, anaknya bersinar tanpa ada sosok ayah disisinya.

    "Insyaallah, Walid akan balik ye sayang." ucap Cahaya sekali lagi. Perasaannya kuat mengatakan bahawa suaminya masih ada di dunia ini. Dan semoga perasaann itu menjadi sebuah kenyataan.

.....

    Jika benarlah ini adalah pengakhirannya...

     Percayalah tuan, hanya dirimulah yang satu-satunya menjadi pilihan terbaikku. Sumpah, aku katakan kehilanganmu bagaikan hilang separuh jiwaku. Engkau adalah yang terakhir, tiada yang satu pun yang dapat masuk ke dalam hatiku buat kali ketiga.

Cahaya x Hashr

Sorry ler, kalau cerita ni mengarut, maafkan saya jika ada typo.. tegur lah ye kalau ada kesalahan (tegur personal lagi elok ye)🥰🙏

Vote la cikit🙈

   

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now