HUD : TH || BAB 24

1.2K 48 7
                                    

        "MAMA, cuba teka apa yang Aish bawak balik untuk mama," ujar Aish sambil tersengih sehingga terselah gigi arnabnya.

      "Apa tu?"

      "Haa! itu la mama taktahu, tutup mata macam ni," balas Aish sambil menunjukkan cara menutup mata. Cahaya hanya akur. Kedua kelopak matanya dipejam.

      "Mama bukak mata slow-slow," suruh Aish. Lagi-lagi Cahaya hanya mengikuti perintah anaknya. Apa la yang nak ditunjukkan oleh anaknya, semoga bukan yang aneh-aneh.

      "TADAA!! For you my princess!" sekuntum mawar merah yang diperlukan dari tisu dihulurkan kepada Cahaya.

      "Cantiknya! pandai anak mama buat." puji Cahaya. Huluran bunga mawar dari anak lelakinya diterima. Tiba-tiba sahaja hatinya terasa sebak apabila mengenangkan sehari-harian anaknya yang tanpa ada secebis kasih sayang dari seorang ayah.

       "Mama, jangan nangis. Aish janji, Aish akan selalu ada untuk mama," kata Aish sambil mengapus air mata mamanya yang sempat mengalir. Bibir Cahaya mula menciptakan senyuman. Tak sangka, anaknya sudah tumbuh besar dengan baik walaupun tiada kasih sayang dari seorang ayah.

 Tak sangka, anaknya sudah tumbuh besar dengan baik walaupun tiada kasih sayang dari seorang ayah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Lagi-lagi Hashr termenung, kadangkala keningnya digaru walaupun tidak gatal. Dia tengah stress sekarang ni! Apa rancangan Ellyna sebenarnya? Kalaukan ikut data yang dia perolehi, Ellyna ini adalah adik kepada Cahaya alias isterinya. Akan tetapi, kenapa seorang  adik tergamak ingin menghancurkan kehidupan kakaknya.

    Ya, sekarang ingatannya sudah semakin membaik, walaupun ingatannya tidak pulih sepenuhnya. Dia tetap bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk mengingati semua kenangan masih bersama orang tersayang.

     "Sayang?"

     "Dengar penjelasan I please?,"

     "Kau buat apa datang sini?" Hashr bersuara. Matanya masih lagi tidak perpaling arah, buat apa mahu melihat wajah itu? Tiada gunanya juga. Makin menyemak ada la.

     "Sayan-"

     "Balik!" Hashr kembali bersuara. Suaranya kini semakin tegas dari tadi.

    "Sayang! Please..."rayu Ellyna lagi

    "Kau balik ataupun aku suruh bodyguard seret kau keluar?!"

     "Baik, i love you sayang." kata Ellyna sebelum melangkah keluar dari rumahnya.

    Bibir Hashr mula tersenyum senget. I love you? Tidak tahu kenapa perutnya tiba-tiba sahaja terasa mual. Jijik tahu tidak?

      Sudah setengah jam, Cahaya berada di pantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Sudah setengah jam, Cahaya berada di pantai. Memang ini tabiatnya... ketika dia sedang sedih, mesti dia menyematkan dirinya ke pantai. Tapi dulu, dia datang berdua tapi sekarang seorang diri pula.
      
   "Puteri Nur Cahaya Elina Binti Encik Khuzairan..."

   Seketika tubuh Cahaya mengeras apabila nama penuhnya dipanggil. Kaku. Kenapa suaranya mirip? Lantas Cahaya memusingkan tubuhnya. Membulat mata Cahaya apabila melihat wajah itu. Wajah yang dia rindui.

     "I'm here sayang..." Hashr mengatur langkah mendekati Cahaya. Pandangan tidak lepas dari memandang wajah cantik milik isterinya.

    Kaki dan mulut Cahaya bagaikan di gam. Dia masih lagi kaku. Adakah ini mimpi? Jika benar ini mimpi, tolonglah dia tidak mahu bangun dari mimpi ini.

     "A-abang," terbata-bata Cahaya ingin menyebut perkataan itu. Terkesima.

     "Ye sayang, ini abang. Suami Cahaya. Tengku Hashr Ar Huqeem."

     Tidak tahu kenapa hatinya tiba-tiba sahaja terasa sebak. Laju sahaja air matanya menitis di pipi mulusnya. Badan kekar suaminya dipeluk erat.

    Ya tuhan, rindunya aku akan jejaka dihadapanku ini.

      "Abang! Cahaya rindu abang, jangan tinggalkan Cahaya lagi. Cahaya sayang abang!"

     "Ye sayang abang takkan tinggalkan sayang lagi. Maafkan abang sebab pernah tinggalkan abang. Abang baru tahu, isteri abang kuat kerana mampu menggadaikan nyawa demi melahirkan zuriat abang walaupun seorang diri. Abang bangga dengan sayang sebab sayang mampu membesarkan anak kita dengan baik..."


     "...sayang hebat kerana mampu bertahan selama lima tahun. Abang juga bangga dengan sayang sebab isteri abang masih setia dengan abang. Cahaya adalah seorang perempuan yang hebat dalam dunia ini. Abang bangga kerana dapat memiliki sayang." perlahan-lahan air matanya juga turut mengalir. Ya Allah, dia rindu. Bahkan sangat rindu kepada wanita yang berada di dalam pelukannya sekarang.

     Tangan sasanya mula mengelus kepala isterinya yang dibaluti dengan tudung bawal. Bibirnya juga ikut mendarat di atas kepala isterinya.

     "A-abang, Cahaya r-rindu abang." penantiannya selama lima tahun tidak sia-sia begitu sahaja. Benar orang kata, selepas hujan mesti ada pelangi.

    "I'm miss you too, sayang."

      "Mama?"

     Lantas, Cahaya dan Hashr berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Aish mengerutkan keningnya.

      "Who's that?" tanya Aish sambil menunding jari ke arah Hashr.

     "Walid ke?"

    Cahaya mengangguk.

    Bersinar-sinar mata Aish setelah mendengar pernyataan dari mamanya. Pantas dia berlari ke arah Hashr.

     "Sini, anak walid," ketika Aish berasa tepat dihadapannya. Badan kecil anaknya didukung. Berkali-kali bibirnya mendarat di pipi gebu milik Aish.

     "Walid pergi mana? Lamanya walid kerja, best ke tempat Walid kerja? Kesian mama, mama selalu nangis tau sebab rindu dekat walid. Walid jangan jauh-jauh dengan kami lagi tau." kata Aish dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu kehilangan ayah buat kali kedua. Cukuplah sekali sahaja.

    Pandangan Cahaya mula memandang ke arah dua beranak tersebut. Ya tuhan, terima kasih kerana memperkenankan doaku.

     Sebentar? Aish datang dari mana? seingat-ingatnya dia tidak membawa Aish keluar pun.

                    Cahaya x Hashr

Kalau ada kesalahan, tegur lah ye. Tolong vote boleh?

[ https://t.me/thhfamilyy ]
masuk lah ye, sebb selepas story ini complete... Zir akan tunjuk macam mana perangai random abang pilot kita ni.

HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | CWhere stories live. Discover now