"Eh! Kenapa menangis ni sayang?" tanya Tengku Amiera dengan nada risau. Pandangannya tertuju ke arah anak lelakinya yang sedang sibuk menyusun kasut yang sedikit berterabur.
Hashr yang sedar akan tatapan tajam dari mummy, dengan cepat menggelengkan kepala.
"Hashr tak buat mummy!" tangannya dilambai ke hadapan, kepalanya digeleng berulang kali. Jangan sampai sempit ketam mummy hinggap di pehanya. Sesungguhnya itu adalah mimpi buruk!
"Hashr cerita pasal Nabi Muhammad SAW tadi... tiba-tiba hujan badai angin ribut halilintar." nyanyi Hashr dengan selambanya. Cahaya menjeling tajam ke arah suaminya. Ada juga yang kena pelesing kejap lagi ni.
"Ha dah, jom masuk!" pelawa Tengku Amiera, lebih tepatnya pelawaannya itu dituju kepada menantunya sahaja. Tangannya menarik lembut lengan Cahaya.
"Mummy!" jerit Hashr dari luar. Cahaya dan Tengku Amiera yang sememangnya masuk terlebih dahulu, dengan sigap memandang ke arah Hashr.
"Hashr ni macam mana?!" Hashr mencekak pinggangnya. Wajahnya bertukar masam mencuka. Dah la curi bini orang, pastu main tinggal aje.
"Ya Allah, budak bertuah ni." ucap Tengku Amiera dengan nada perlahan. Kepalanya digeleng perlahan.
"Masuk la! Tercegat apa dekat situ?!" balas Tengku Amiera, kali ini giliran dia pula mengcekak pinggan.
"Hehehe, baik princess!" Hashr tersengih. Dengan cepat dia mengikuti langkah mummy dan isterinya. Cahaya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum lucu. Ada- ada saja tingkah suaminya ini untuk menyakat mummy.
"Kita cover lagu ni tak?" tanya Cahaya. Izara dan Amiera mengangguk setuju. Setelah mereka selesai menolong Tengku Amiera, terus sahaja mereka melangkah keluar ke taman bunga milik mak mertuanya.
Suasana di rumah Tengku Amiera sunyi sepi. Tengku Rizz katanya keluar outstation manakala Tengku Amiera pula sedang berbual di rumah Mak Timah a.k.a jirannya. Suami mereka entah hilang kemana. Aleeya pula semestinya keluar bersama papanya.
Tangannya Cahaya mula memetik tali gitar milik suaminya.
"1,2,3 let's go!" jerit mereka serentak.
"Hey! Senangnya dalam hati!" nyanyi Izara.
"Ewah!" balas Cahaya.
"Bila bersuami empat!" sambung Amiera.
"Oh seperti dunia.. Ana yang punya!" giliran Cahaya pula menyambung lagu yang mereka nyanyikan.
"Kepada suami tua. Dinda sayang padamu..." nyanyi Amiera. Matanya memandang ke arah tangan Cahaya yang sedang ralik memetik tali gitar.
"Oh! Kepada suami muda ' i say i love you'!" sambung Izara dengan bersemangat.
"Suami tu-"
"EHEM!" tegur Hayyan sambil mendukung Aleeya, manakala Shah pula mendukung Aaris. Hashr hanya memeluk tubuh. Pandangan mereka bertiga bertemu ke arah mata isteri mereka masing-masing.
Aaris dan Aleeya hanya sibuk dengan dunia mereka. Aleeya yang sudah terlena di dalam dukungan Hayyan manakala Aaris sedang sibuk mengunyah keropok.
"E-eh abang, abang dah balik." ucap Izara sambil mendekati suaminya diikuti oleh Amiera. Mereka berenam berlalu masuk ke dalam rumah, meninggalkan Cahaya dan Hashr.
Cahaya menayangkan sengihannya. Hashr pula mengangkat keningnya. Gitar yang digunakan olehnya dikembalikan kepada pemiliknya.
"Apa? Nak suami empat?" tanya Hashr dengan wajah ketatnya.
"Mana ada, Cahaya nyanyi aje. Lagipun lagu tu tengah trend, sorry ye..." pujuk Cahaya. Tanpa segan, jarinya naik mencucuk dada bidang suaminya. Alah, bukan haram pun kan?
Hashr dengan cepat menyambar tangan Cahaya yang sedang mencucuk dada bidangnya. Terkejut Cahaya dengan tindakan spontan suaminya.
"You're mine, sayang..." bisik Hashr disebelah telinga kanan Cahaya. Pipi Cahaya bertukar berwarna merah akibat blushing.
"Kamu ni bila nak ada anak?" tanya Mak leha sambil menghiris bawang.
Cahaya yang sedang sibuk mengelap pinggang, tergamam seketika dengan pernyataan mak Leha. Dia manalah tahu, itukan rancangan Allah.
"In Sha Allah, kalau ada rezeki ada la tu." balas Cahaya dengan tenang, senyuman dibibirnya dilontar ke arah Mak Leha.
"Mak Leha bukannya apa, tapi kau orang tu dah lama kahwin. Jangan sampai Hashr cari yang baru." sindir Mak Leha sekaligus menasihati Cahaya. Tapi nasihat ke macam tu?
"Hashr tu ramai orang nak, petik jari sekali beratur-ratur orang nak. Kalau kamu sayang suami kamu tu, kamu kena la mengalah.. bagi dia kahwin lagi satu..."
"... Lagipun Hahsr tu lebih dari kata mampu. Anak dara mak Leha pun ada sorang, dia tu baik.. cantik, lebih baik dari kamu lagi. Lagipun kahwin lebih dari satu kan sunnah." sambung Mak Leha. Cahaya hanya mengangguk, raut wajahnya bertukar muram buat seketika. Tipu la kalau tak terasa apa yang Mak Leha cakap tu. Dia pun ada hati perasaan.
"Tapi kan Mak Leha, cinta saya habis dekat Cahaya je. Macam mana pula tu?" sampuk Hashr dengan suara garaunya.
"Cahaya lah satu-satunya perempuan yang berjaya masuk ke dalam hati saya, hati saya telah dikunci oleh pemiliknya. Dan dia akan pastikan tiada lubang-lubang untuk penyondol masuk." ucap Hashr dengan tenang. Wajah datarnya ditayang.
"Cuba Mak Leha suruh suami Mak Leha kahwin lagi satu. Kahwin lebih dari satu kan sunnah." sampuk Hayyan, entah dari mana muncul. Tangannya sibuk menepuk lembut belakang anaknya yang sudah terlena di dalam dukungannya.
"Tapi seingat-ingat saya, berpoligami bukannya sunnah... just dibenarkan dalam Islam. Shah harap mak Leha lebihkan mengkaji ye dari mengkari." sampuk Shah juga. Fikir positif je la, mungkin dia orang ada kuasa teleport. Itu la tiba-tiba boleh tercegat depan ni.
"Apa kamu cakap tadi, Leha?" tanya Tengku Amiera sambil mencekak pinggang.
"Kahwin dua?"
"Kamu ingat, anak aku ni macam laki kamu. Kahwin dua. Aku tahu la kamu tu bini kedua, tapi tak payah la nak menghasut anak aku tu jadi macam laki kamu." bebel Tengku Amiera. Sedap mulut aje, suruh anak orang kahwin dua.
Orang lain yang berada ditempat yang sama, mula berbisik-bisik. Mak Leha hanya menjeling sekilas dan berlalu pergi. Kena mental la tu!
Cahaya x Hashr
Peringatan!, Saya buat cerita ini hanya untuk fun-fun sahaja.
YOU ARE READING
HATI UNTUK DIA : TENGKU HASHR | C
RomanceHati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je kelebihan anak kau ni?" - Lelaki tua berkepala botak. "Kau boleh buat dia sebagai pelac*r peribadi ka...