Seperti biasa pada hari ini aku akan ke Dusun Sahabat untuk membuat tugasanku di sana.Sebenarnya aku tidak sedap hati,mungkin kerana kehadiran Sufian semalam.Aku cuba mengabaikan sahaja perasaan itu dengan memandu kereta ke sana.
Perjalanan dari rumah Shazuan ke Dusun Sahabat mengambil masa setengah jam perjalanan jika jalan tidak sibuk.Setibanya aku di halaman Dusun Sahabat,aku melihat ada 2-3 buah kenderaan yang agak mewah diparkir di sini.Mungkin ada pengunjung yang datang ke sini untuk membuat tempahan.Aku melihat seorang wanita berkaca mata hitam sedang memerhatikanku ketika aku mahu keluar dari kereta.
"Salam,Wafi ke?", tegur seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 an.
"Ye saya Wafi.Encik ni siapa ye? Nak buat tempahan ke?", Soalku kepadanya sambil memberikan senyuman kepadanya.
"Saya Sufian.Adik kepada Kamzul.Boleh kita berbincang sekejap?", soalnya kepadaku semula.
Tekaanku tepat,pasti ada sesuatu yang tidak kena akan terjadi.Patutlah dari tadi jantungku berdegup kencang.
"Nak bincang tentang apa tu bang?"Belum sempat Sufian yang merupakan Busu Shazuan menjawab,wanita yang berkaca hitam itu mencelah perbualan kami berdua,
"Kami datang sini untuk tuntut hak kami atas tanah ni"."Saya lupa untuk perkenalkan yang inu adalah isteri saya,boleh panggil May. Saya datang ke sini untuk tuntut hak saya pada tanah ni,lagipun tanah ni milik abang saya dan perlu difaraidkan", kata Sufian lagi.
"Kalau abang nak datang sini bincang pasal tanah,maaflah sebab saya memang tak boleh layan sebab bukan urusan saya.Lagipun saya dekat sini cuma ditugaskan untuk bekerja.Perkara lain saya taknak masuk campur.Abang boleh bincang perkara ni dengan En Firdaus.Maaf ye,saya ada urusan perlu diselesaikan." Jelasku kepadanya ketika itu.
Sebenarnya ketika itu darahku sedang mendidih.Aku tidak tahu dari mana soal faraid itu timbul dan aku juga tidak tahu apakah sebenarnya dia mempunyai hak ke atas tanah ini.Dalam ingatanku,tanah ini memang diletakkan nama Shazuan dalam wasiat ayahnya.
"Saya pun ada bawa peguam saya.
Begitu juga dengan rakan kongsi saya. Hajat kami nak membangunkan taman perumahan di sini.Lagipun saya tak perlu berbincang dengan En Firdaus sebab tanah ini memang hak saya dan adik beradik yang lain." Katanya kepadaku.Keadaan berubah menjadi tegang.Aku yang tadi cuba bersabar akhirnya mula meninggikan suara.Isteri Sufian yang dikenali dengan nama May turut masuk campur dalam perkelahian kami.Jawapanku mudah untuk urusan tuntutan atau apa-apa perkara lain, mereka perlu ajukan kepada En Firdaus selaku peguam kepada Shazuan.Tetapi mereka enggan mendengar jawapanku dan meminta perbincangan tuntutan mereka atas tanah ini dimulakan sekarang denganku.
Keadaan yang bising ketika ini menarik perhatian kawan kawan yang dibawa oleh Sufian.Aku tidak pasti sama ada mereka yang hadir ketika itu memang peguam ataupun rakan kongsi mereka. Ini kerana kebanyakkan lelaki yang ada disitu berbadan tegap dan berwajah bengis dan mereka mula mengelilingi kami ketika ini.
Raju dan Isa juga datang meluru kepadaku saat itu.Mereka yang berdua memerhati aku dari jauh tadi segera datang ke sini selepas melihat keadaan yang semakin tidak terkawal.
"Kenapa ni? Ada apa-apa masalah?", tanya Raju dengan suara yang keras."Kau ni siapa? Tiba-tiba masuk campur hal keluarga ni?" Herdik May kepada Raju ketika itu.
"Sama ada hal keluarga atau tidak itu tidak penting.Sekarang ni kamu semua yang datang membuat kacau di sini. Sebelum apa-apa baik kamu semua keluar dari sini." Tegas Raju lagi.
"Hello,kau tu cuma guard kat sini je. Takde hak nak masuk campur." Kata Sufian sambil memandang wajah Raju dan Isa ketika itu.
"Dorang ada hak dekat sini,ada hak untuk halau sesiapa keluar dari sini. Dekat depan pun dah ada signboard penceroboh akan didakwa.
Kalau urusan macam ni tolong berurusan dengan En Shakir,dan selagi tak ada bukti bertulis,tiada siapa yang ada hak atas tempat ni melainkan Shazuan.
Sekarang tolong keluar sebelum keadaan jadi kecoh.Isa,call polis sekarang suruh datang sini.Cakap ada penceroboh." Kataku dengan nada yang tegas.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.