Aku menghubungi Amir untuk bertanyakan khabarnya.Entah mengapa ketika ini aku teringat kepadanya meskipun kepalaku berserabut memikirkan Busu Shazuan, Sufian membuat hal di sini petang tadi.
"Dorang ada hak dekat sini,ada hak untuk halau sesiapa keluar dari sini. Dekat depan pun dah ada signboard penceroboh akan didakwa.
Kalau urusan macam ni tolong berurusan dengan En Shakir,dan selagi tak ada bukti bertulis,tiada siapa yang ada hak atas tempat ni melainkan Shazuan.
Sekarang tolong keluar sebelum keadaan jadi kecoh.Isa,call polis sekarang suruh datang sini.Cakap ada penceroboh." Kataku dengan nada yang tegas kepada Sufian dan mereka yang membuat hal tadi di sini.Melihat Isa betul-betul menghubungi pihak polis,mereka kesemuanya dengan segera beredar.Sufian dan May menjeling ke arahku dengan wajah tidak berpuas hati.Aku tidak peduli,ini sahaja langkahku untuk mengawal keadaan di sini.3 buah kenderaan itu beredar dan selang 10 minit kemudian, sebuah kereta peronda waja tiba di Dusun Sahabat.
Aku menceritakan semuanya yang terjadi ketika itu kepada pegawai polis yang hadir.Mereka mencadangkanku untuk membuat laporan polis,bimbang sekiranya Sufian dan konco-konconya datang membuat onar lagi.
Bagaimanapun aku perlu menunggu pandangan En Firdaus.Dia akan datang ke sini pada awal pagi besok.Amir menjawab panggilanku tetapi aku tidak mendengar suaranya dengan jelas dan kemudian dia mematikan talian.
Sekali lagi aku mencuba menghubunginya,apa yang aku dengar adalah perkataan Ritz 136.Perkataan yang lain aku kurang jelas mendengarnya.Panggilan itu sekali lago dimatikan.Aku tidak lagi menghubungi Amir selepas itu,takut aku menganggunya yang sedang bekerja ketika ini.
--------------------------------------------------------------
Mubin dan lelaki misteri itu ketawa terbahak-bahak apabila Amir tidak dapat bercakap dengan lancar kerana terlalu mabuk.Berapa botol air arak secara paksa ditelan oleh Amir sebelum itu.Suara Wafi juga jelas kedengaran kehairanan,selepas itu dia tidak lagi menghubungi Amir."Kau ada buat lagi dengan Wafi ke weh? Sayang betul dia kat kau", kata suara misteri itu.
"Lepaskan aku.Tolonglah aku rayu", kata Amir dalam suara yang lemah.
"Nak tahu dia buat lagi ke tak,kita kena rasa lubang dia dulu.Kalau longgar maknanya dia masih buat lagi.Tapi tak taulah dengan jantan yang mana", kata Mubin.
"Kita nak mulakan dari mana ni Mubin?", soal suara misteri itu kepada kawannya."Eh kejap,dompet dia ada duit tak? Boleh gak cover bayar hotel ni.Kalau tak mudah lah dia.Sedap pun dapat, tidur pulak free.Cewaah banyak cantik dia punya muka", kata Mubin lagi.
Lelaki misteri yang tidak dikenali Amir itu membuka dompet Amir.Di dalam dompet Amir ketika ini ada wang tunak sebanyak RM90.Terdapat juga kad debit Maybank milik Amir dalam dompet tersebut.
"Apa no pin kau ni?" Tanyanya kepada Amir."Arhhh arhhh lepaskan aku", kata Amir dengan suara yang lemah.
"Kalau kau nak aku lepaskan,bagi aku no pin kau",kata suara misteri itu.
"999222", jawab Amir ringkas.
Kepala Amir ketika itu sangat berat sehingga dia sendiri tidak menyedari apa yang dia ucapkan."Kau try dulu.Aku rasa betul no pin dia tu,sebab barua ni betul-betul mabuk ni", arah Mubin kepada kawannya yang masih kekal misteri itu.
"Nak rembat bape?", soal lelaki misteri itu ringkas.
"Kau keluarkan je semua", kata Mubin lagi.
Amir ketika ini betul-betul ditampar di mukanya tanpa belas kasihan oleh Mubin.Entah apa dendam yang disimpan Mubin kepada Amir sehingga dia sanggup melakukannya begitu.Amir ketika ini tidak mampu lagi untuk melawan.Sama ada dia sedar atau tidak apa yang terjadi ketika ini juga belum pasti.
"Boleh lah buat shopping esok", kata suara misteri itu yang baru masuk kembali ke dalam bilik.
"Berapa dapat?", soal Mubin ingin tahu.
"Aku tak dapat keluarkan semua sebab had limit.Tapi aku dah keluarkan RM5,000.Boleh la enjoy buat belanja", kata suara misteri itu.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.