P16 - BUMBUNG

387 11 0
                                        

Shauki gembira apabila dapat menemui kawannya Khairul yang baru sampai dari kampusnya di Kuala Pilah.Remaja berusia 19 tahun yang menghabiskan cuti panjang di Sabah ketika cuti semestar lalu baru mempunyai masa lapang untuk hadir ke sini.Kedua sahabat itu saling berpelukan dan bertanya khabar masing-masing.

Amir yang kebetulan sedang membawa peralatan pertukangan disapa oleh Shauki.Pengurus sementara Dusun Sahabat itu memperkenalkan Khairul kepada Amir.
"Bang Amir,ni salah seorang part time kat sini.Nama dia Khairul." Kata Shauki.

Amir dan Khairul kemudian berjabat tangan sambil memperkenalkan diri masing-masing.Di mata Khairul,Amir sememangnya seorang pemuda yang mempesonakan.Wajah tampan dengan mata yang sepet itu menarik perhatian Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat.Amir kemudian meminta diri untuk sambung bekerja.

"Wah kau,lain macam kau pandang Abang Amir tu.Kau okay ke tak ni?", tanya Shauki kepada Khairul.

"Aku okay je,wajah dia kacak bah.Kalau gadis Sabah ni mesti ramai terpikat", jawab Khairul dengan loghat Sabahnya.

"Masalahnya kau perempuan ke? Lain lah kalau kau gay.Dah lah pergi letak beg kau dulu.Japgi tolong kitorang setlekan bumbung bocor kat toilet blok kabin lama " Arah Shauki kepadanya.

Ketika Khairul tiba,Amir dan Shauki masing-masing telah berada di atas bumbung membuat kerja menampal bumbung yang bocor.Shauki hanya meminta Khairul menunggu di bawah sahaja untuk bersedia mengambil apa-apa barang yang diperlukan.Secara tiba-tiba,Shauki tergelincir dan dia jatuh ke bawah.

"Shauki !!", jerit Khairul ketika itu.

Kawannya itu menjerit kesakitan ketika itu sambil memegang kakinya.Amir yang ketika itu berada di bumbung segera turun untuk membantu.Begitu juga dengan Raju yang mula berlari ke arah mereka untuk memberi bantuan.
"Macam mana boleh jatuh ni? Tahan Shauki.Kita pergi hospital." Kata Raju.
--------------------------------------------------------------
"Haaa kenapa?", jawab Wafi selepas menjawab panggil daripada Amir.

"Shauki patah kaki ni.Ada kat Hospital Tampin.Dia jatuh dari bumbung kabin masa buat kerja dengan aku." Kata Amir kepada kawannya itu.

"Aduhh,macam mana pulak boleh jatuh? Kejap lagi aku sampai", jawab Wafi dan terus mematikan panggilan tersebut.

Shauki ketika ini sedang dirawat oleh doktor.Selain Amir,Raju dan Khairul turut berada di sini.Hanya Isa sahaja yang berada di Dusun Sahabat sekarang bagi mengawasi keselamatan di sana.Shauki pada masa ini sedang tidur selepas diberi ubat penenang oleh doktor.Tidak lama kemudia Wafi pun tiba dengan berpakaian kemeja.

Wafi berborak dengan mereka bertiga bagi mendapatkan cerita sebenar tentang apa yang terjadi.Terpancar wajah kegelisahan pada guru intern itu.
Selepas itu dia menghubungi keluarga Shauki untuk memaklumkan keadaan anak mereka ketika ini.Meskipun berat, itulah keputusan yang perlu dilakukan oleh Wafi dengan memberitahu keluarga Shauki yang selama ini Shauki bekerja dengan mereka.

"Di sini siapa waris? Atau majikan pesakit ya?", tanya doktor yang merawat Shauki.

"Saya doktor", jawab Wafi ringkas.

"Shauki kita terpaksa tahan dulu di wad untuk x-ray.Setakat ni kaki dia sahajalah yang patah.Kalau semuanya baik esok petang dia boleh keluar", kata doktor itu kepada Wafi.

Sebelum mereka pulang mereka berjumpa dulu dengan Shauki.Wafi menasihatkan Shauki agar dia berehat sebaiknya sehinggalah sembuh.Dahi Shauki juga mula berkerut apabila Wafi memaklumkan yang sudah memberitahu keluarganya tentang pekerjaannya bersama Wafi sekarang. Bagaimanapun Wafi meminta Shauki bertenang dan tiada apa-apa yang akan terjadi.

Sampai sahaja di rumah rehat,Wafi terus membawa diri ke biliknya. Masing-masing tahu ketika ini Wafi dalam keadaan serabut dan memberi masa untuknya berehat.Amir dan Khairul juga balik ke bilik masing-masing dan Raju pula meneruskan tugasnya untuk menjaga dan mengawal keselamatan di sini.

INTERN 2015Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang