P10 - ROMBAKAN BILIK

265 6 0
                                    

Cikgu Zainal seakan tidak percaya apa yang didengarinya ketika ini.Dia tidak menyangka belum sampai 3 hari Cikgu Wafi bertugas selaku warden sementara,dia merombak kedudukan penghuni setiap bilik di mana pelajar Tingkatan 6 di letakkan dalam satu bilik berasingan.

Wafi yang ketika itu sedang berada di meja guru membelek handphonenya mendapat panggilan dari Cikgu Zainal yang mahu menemuinya dengan kadar segera.
"Saya dapat tahu kamu rombak bilik pelajar di asrama? Betul ke Wafi?" Soal pengetua sekolah kepadanya.

"Betul", jawab Wafi ringkas.

"Boleh saya tahu atas justifikasi apa awak rombak bilik ni? Sepatutnya kamu kena berbincang dahulu dengan Ustaz Adlin selaku ketua warden dekat sini.Kamu tak boleh bertindak sesuka hati begitu sahaja." Tegur Cikgu Zainal kepada Wafi dengan nada yang tinggi.

"Pertama kali saya datang kat sini,Tuan Pengetua sendiri yang mengigatkan saya yang saya ada pengalaman ketika tinggal di asrama.Sebab utama pasti tentang buli." Jelas Wafi dengan nada yang tenang.

"Kamu tak fikir ke meletakkan semua pelajar Tingkatan 6 terutamanya yang bermasalah dalam satu bilik hanya akan mencetuskan masalah lebih besar?", soal Cikgu Zainal kepadaku.

"Saya tak nampak apa pun masalah. Kalau dorang ni memang dah tak bolej dibentuk,dari awal lagi Cikgu Zainal sebagai pengetua dah buang dorang dari sini", jelasku.

Cikgu Zainal seolah terkedu apabila mendengar aku berkata begitu kepadanya.Dahinya berkerut dan aku melihat wajahnya merah padam.
Mungkin dia rasa tercabar kerana berkata begitu kepadanya.Tetapi apa yang aku katakan adalah pendirianku dan aku bebas mengutarakan apa sahaja asalkan perkara itu tidak melampaui batas.
--------------------------------------------------------------
Hanaki merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 yang baru sahaja di panggil oleh Cikgu Mohd ke pejabat kerana baru selepas ditangkap kerana merokok di tandas.Cikgu Mohd yang sedang menunggu pengetua berbincang dengan Cikgu Wafi ketika itu mengarahkan dia duduk dan menunggu di ruang menunggu.

"Saya tidak mahu mereka besar kepala dengan cara kamu layan mereka tu. Mereka 11 orang itu semuanya pelajar bermasalah dan masing-masing ada rekod disiplin di asrama dan sekolah. Kamu campurkan pula mereka sekali dengan pelajar Ting 6 yang ada potensi untuk berjaya.Bagaimana jika pelajar yang lain terikut dengan rentak mereka semua?", Soal Cikgu Zainal dengan nada yang agak tinggi.

Hanaki yang ketika itu berada di ruang menunggu cukup terkejut mendengar suara keras pengetua sekolahnya itu, sebelum ini dia tidak pernah melihat Cikgu Zainal mengamuk sebegitu. Kerani dan pekerja pejabat yang berada berhampiran juga cuba mencuri dengar dan mengambil tahu apa yang berlaku dalam pejabat pengetua ketika ini.

"Diorang bukan bermasalah,diorang cuma nak perhatian.11 orang yang cikgu kata berpotensi itulah yang akan membimbing dan mengubah mereka. Jika tak semua pun,sebahagian akan berubah.Saya jamin", jawab Cikgu Wafi dengan tenang.

"Kamu tak kenal mereka yang bermasalah itu semuanya Cikgu Wafi. Kamu tahu berapa ramai warden yang berhenti angkara mereka semua tu? Berapa ramai cikgu yang mengadu tentang mereka?", Soal Cikgu Zainal ketika itu.

"Pandangan saya berbeza dengan orang lain.Warden tu yang mengalah, cikgu yang mengadu tu yang taknak mengajar mereka.Bukan salah mereka semua." Jawab Cikgu Wafi yang masih mempertahankan tindakannya itu.

"Kamu ada masa sampai hujung minggu ni untuk ubah balik kedudukan penghuni ke asal.Jika tidak saya sendiri akan arahkan mereka berpindah ke bilik asal mereka." Kata Cikgu Zainal dengan nada yang tegas.

"Dan sehari selepas tu saya akan ubah balik macam sekarang", jawab Cikgu Wafi bersahaja.

"Kamu keluar dari pejabat saya sekarang !!" Arah Cikgu Zainal kepada guru intern itu.

INTERN 2015Where stories live. Discover now