Terdapat rombongan yang besar tiba di Dusun Sahabat pada pagi ini dari Shah Alam yang melibatkan rombongan sebuah persatuan badan beruniform yang akan bermalam di sini sehingga Ahad.Pagi-pagi lagi Amir sudah bermandi peluh menyambut kehadiran rombongan dari jauh itu.Dia berasa begitu gugup,mujurlah Pak Samad dan Isa sama-sama membantunya.
Selepas Amir memberikan penerangan ringkas mengenai Dusun Sahabat,para peserta dilepaskan untuk menjalani aktiviti di bawah pengawasan guru masing-masing.Cuma pada sebelah malam sahaja Isa akan mengetuai aktiviti jungle tracking dalam kawasan tersebut.
"Cemas muka kamu ye Amir", kata Pak Samad sambil tertawa ke arahnya."First time Pak Samad." Jawab Amir ringkas.Wajahnya masih kelihatan pucat.
"Takpe Amir.Jadikan sebagai pengalaman ye nak", kata Raju pula.
Beginilah suasana kerja di Dusun Sahabat.Tanpa mengira pangkat dan usia,masing-masing berpadu tenaga untuk sama-sama membangunkan tempat ini.Semangat kekeluargaan yang diterapkan oleh Wafi selama ini cukup menampakkan hasil.
Wafi melayan semua stafnya sama di sini.Baik staf di pejabat,pengawal keselamatan,tukang masak di dapur dan juga pekerja pembersihan.Kerana itulah semuanya senang hati apabila bekerja disini kerana sikap positif yang ditampilkan Wafi.Perkara itu turut dilakukan ketika Shauki menguruskan tempat ini dan terkini Amir pula.
Wafi turut menjaga staffnya di sini dari segi kebajikan,sekiranya mereka mempunyai masalah pasti Wafi akan sedia membantu.Wafi tidak kisah mengeluarkan duitnya sendiri sekiranya perkara itu dapat meringankan masalah staffnya.Dia mahukan staffnya tidak bermasalah di tempat kerja.
Jika ikutkan ramai juga orang sekitar kampung ini memohon untuk bekerja di Dusun Sahabat.Tetapi Wafi terpaksa menolaknya dengan baik kerana jawatan kosong di sini telah diisi sepenuhnya.Kerana itulah Wafi berusaha untuk menambah infra di sini untuk mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan.Dalam masa yang sama,Wafi terus menyalakan impiannya untuk membina fasiliti sukan di sini yang merangkumi gelanggang futsal dan juga gelanggang badminton.
Khairul baru sahaja tiba di sini,terkejut dia apabila Amir ketika itu hanya bertuala sahaja menonton televisyen di ruang tamu.
"Oh balik dah kau,tadi Wafi ada call aku cakap kau balik petang.Tak sangka pulak lepas Jumaat kau dah sampai," kata Amir sambil tersengih."Abang dah duduk rumah ni ke? Abang stay bilik mana?", tanya Khairul kepadanya dengan wajah yang berseri.
"Haah,Bang Wafi kau yang suruh stay sini.Ikutkan aku taknak.Bilik bang Wafi kau la.Kau bilik sebelahkan?" Tanya semula Amir kepadanya.
"Bukan kaleng-kaleng dapat tidur bilik sama dengan bos ni.Haah bang,bilik sebelah je.Selalu dengan Shauki sekali Ashraff.Tapi Shauki pun sakit,Ashraff pulak kalau cuti sem baru ada sini tu pun kadang-kadang je.Kalau abang lepak sekali bilik dengan saya boleh je", kata Khairul ketika itu.
"Tengok lah macamana Khairul.Ashraff?", tanya Amir semula.
"Haah Ashraff.Tak silap sama sekolah dengan Bang Wafi dulu.Abang Amir kenal ke?", tanya Khairul lagi.Amir ketika itu hanya mendiamkan diri.
Khairul mula memasuk biliknya,badannya dirasakan amat penat pada hari ini.Tambahan pula dalam perjalanan ke mari,hujan turun pula sepanjang perjalanan.
"Baik aku mandi dulu sebelum jatuh demam", bisiknya sendiri.Ketika Khairul keluar,Amir masih lagi berada di ruang tamu menonton televisyen,bezanya kini pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Batang Kali,Selangor itu telah pun menyarung seluarnya ketika ini.Khairul terus menuju ke tandas yang terletak di dapur.Dia segera membersihkan badannya dengan mengosok badannya sehingga bersih.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.