Hari ini merupakan hari yang paling berdebar untukku kerana pada hari ini aku akan mengetahui ke sekolah manakah aku akan dihantar untuk menjadi guru intern selama 6 bulan. Berdebar juga jantungku ketika ini,aku berdoa aku tidak dicampak jauh keluar dari Negeri Sembilan terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Aku membuka sampul surat yang tertulis namaku.Seram juga untuk membaca,tapi aku terpaksa gagahi juga. Aku berasa lega yang teramat sangat apabila aku di hantar sebagai guru intern di sebuah sekolah menengah di Ampangan.Aku akan memulakan tugasku pada minggu hadapan,
bagaimanapun aku perlu melapor diri kepada pihak pengurusan sekolah tersebut secepat mungkin.Aku telah pun tiba di sekolah ini.Aku telah memberitahu tujuan kedatanganku kepada kerani yang bertugas dan dia meminta aku menunggu di ruang menunggu sebelum pengetua sekolah memanggilku.Seakan tidak percaya cita-citaku untuk menjadi guru akhirnya tercapai.
15 minit aku menunggu dengan penuh debaran,akhirnya kerani tersebut memberitahuku pengetua sudah sedia menunggu di pejabatnya.Aku mengetuk pintu dan dia menjemputku dengan wajah yang penuh senyuman.
"Cikgu Zainal,sila duduk", ujarnya kepadaku.Aku menyerahkan surat salinanku kepadanya dan dia membacanya dengan teliti."Okay begini Cikgu Wafi.Cikgu telah pun diarahkan untuk bertugas di sini dan saya tiada masalah pun untuk itu. Cumanya cikgu perlu berada di sini sepanjang masa sehinggalah ada warden yang baru dilantik? Boleh?", soalnya kepadaku.
"Warden?", tanyaku kembali dalam keadaan terkejut.
"Ya betul.Cikgu akan mengajar subjek sejarah dan dalam masa yang sama Cikgu perlu bertugas untuk menjadi warden sementara.Jika KPM masih tidak menghantar warden ke sini,Cikgu akan menjadi warden sementara terus selama 6 bulan." Jelas Cikgu Zainal lagi.
Aku sebenarnya seakan tidak percaya apa yang aku dengar.Aku bukanlah jenis yang suka mengarah,apatah lagi untuk melayan karenah penghuni asrama di sini.Tetapi memandangkan aku tiada pilihan,aku terpaksa menerimanya.
"Cuma saya nak jelaskan di sini.Di asrama ada pelajar Ting 5 yang tinggal di sana.Dari rekod cikgu pun,cikgu pernah bersekolah di asrama dan saya yakin cikgu cukup masak untuk memahami apa yang saya maksudkan. Saya tidak pasti bagaimana gejala buli di sana tapi di sekolah ini gejala buli sudah sebati,seperti diwariskan zaman berzaman.Sebelum ini ada juga warden dihantar ke sini,tetapi kerana tidak tahan mereka memohon untuk berpindah." Tambah Cikgu Zainal lagi.
"Saya faham sebab saya pun pernah jadi mangsa buli dan pembuli.Habis kalau saya tak tahan adakah saya boleh berhenti untuk jadi warden ni?", soalku kembali kepada Cikgu Zainal.
"Cikgu hanya boleh berhenti selepas ada warden baru dilantik ataupun selepas cikgu tamat latihan selama 6 bulan di sini", jawab Cikgu Zainal sambil memandangku.
Aku di bawa oleh Abang Kassim,salah seorang pembantu awam di sini untuk meninjau keadaan persekitaran asrama dan bilik warden.Sebenarnya aku amat terkejut apabila melihat persekitaran asrama ini yang terlalu kotor pada pandangan mataku.Abang Kassim kemudian membawaku ke bilik warden yang bakal menjadi tempat tinggalku selama 6 bulan.
"Jemput masuk cikgu", katanya kepadaku.Ruang di dalam bilik warden ini bolehlah dikatakan luas buatku. Terdapat bilik air dan tandas berasingan,ruangan dapur,ruang tamu dan sebuah bilik yang dilengkapi katil bersaiz Queen.Mataku terarah kepada grill yang dipasang di tingkap,ini memandangkan buat kali pertama aku melihat grill di pasang di dalam dan luar bilik.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.