Amir ketika ini bersiap siap hendak ke tempat kerja.Agak lewat dia tidur malam tadi kerana memikirkan nasibnya.Amir juga tidak selera menjamah makanan sejak petang semalam.Semuanya angkara klip video pendek yang diterimanya daripada individu yang tidak dikenali.Tapi Amir percaya itu adalah perbuatan Mubin dan Zairol.
Semalaman juga dia berfikir semalam apakah dia patut menuruti atau tidak ugutan yang dia terima.Lama juga dia menanti sekiranya individu yang tidak dikenali itu menghantar pesanan melalui whatsapp kepadanya,tapi malam tadi berlalu dengan begitu sahaja.Jadi dia yakin individu itu hanya mahu mempermainkannya.
Setibanya dia di tempat parkir motosikal di kilangnya,Amir merasakan ada vibrate pada handphonenya yang diletakkan dalam seluar jeans hitam yang dipakainya.Sekali lagi Amir menerima klip video pendek dan Amir sangat terkejut.Rakamannya sedang menikmati dan menelan air mani berada dalam video itu.Tangannya kembali mengeletar.
JANGAN LUPA MALAM NI DI RITZ HOTEL ROOM 136 KALAU TAKNAK VIRAL.
Selain itu juga individu yang tidak dikenalinya itu menghantar screenshoot Facebook tempat kilangnya bekerja.Amir bertambah takut dan bimbang,apatah lagi sekiranya video itu tersebar dalam kalangan pekerja kilang dan juga rakan-rakannya yang lain.Fikirannya mula buntu dan dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan ketika ini.
Amir kembali menghidupkan enjin motosikalnya dan kembali ke bilik sewa.Mahu atau tidak dia terpaksa juga pergi ke tempat tersebut malam ini,jika tidak pasti akan mendatangkan masalah yang besar untuk dirinya.Dia memberitahu supervisornya yang dia mengambil cuti rehat pada hari ini kerana tidak sihat.Jam sudah menunjukkan pukul 4.15 ketika dia sampai di bilik sewanya.Dia tidak akan ke mana-mana dan duduk di sini sahaja sebelum ke tempat itu malam ini.
Selepas bertahun dia hidup dalam keadaan yang tenang,ketenangan itu seakan musnah apabila klip video itu sekali lagi dihantar kepadanya.Sejak videonya tersebar,dia langsung tidak lagi melakukan hubungan sonsang itu dengan sesiapa pun.Malah dia juga telah meninggalkan dunia itu yang telah merosakkan hidupnya.Tetapi pada hari ini mungkin sejarah lama hidupnya akan kembali angkara video itu.
--------------------------------------------------------------
Shauki baru sahaja tiba di Dusun Sahabat.Setibanya dia di sini,dia melihat wajah Wafi begitu tegang sekali semasa berbual dengan beberapa orang anggota polis.Terdapat sebuah kereta peronda polis diparkir bersebelahan dengan kereta Wafi.Isa dan Raju turut berada di situ.Dia tidak berani untuk menghampiri Wafi ketika itu yang kelihatan cukup serius semasa itu.Malah Pak Cik Isa juga memberikan insyarat kepadanya agar tidak menghampiri mereka ketika ini.Shauki berlalu sahaja dan terus masuk ke rumah rehat.Shauki kemudian mengambil gambar dan menghantarnya kepada Shazuan.
Shazuan yang ketika itu baru selepas ke tandas sedar handphonenya berbunyi ketika itu.Lantas dia melihat gambar yang dikirimkan Shauki kepadanya.
Ada hal apa tu Ki - Shazuan
Entah Wan,aku pun tak tahu.Balik sini je dah berkumpul dah - Shauki
Kau tak tanya bang Wafi ke? - Shazuan
Tak berani lah Wan.Muka dia lain macam sangat tu.Macam ada benda tak kena - Shauki
Selepas 1 jam setengah Shauki berseorangan menonton televisyen,
barulah Wafi masuk ke dalam rumah. Itupun dalam wajah yang masam.Malah dia langsung tidak menegur Shauki.Wafi terus berjalan melangkah masuk ke dalam biliknya.Shauki kemudian keluar dari rumah untuk bertemu Uncle Raju dan Pak Cik Isa berkenaan hal tadi.Ketika ini kedua pengawal keselamatan itu sedang bersembang sambil menghisap rokok di post guard.Shauki kemudian menghampiri mereka berdua.
"Kenapa kecoh-kecoh tadi Uncle. Ada benda hilang ke dalam ni?", soal Shauki
"Tak ada apalah.Cuma Belanda datang tuntut tanah", jawab Raju.
"Haa? Tak fahamlah Uncle", akui Shauki ketika itu.
"Busu si Shazuan nak tuntut tanah ni. Wafi suruh bincang dengan lawyer tapi dia taknak.Nak buat kecoh kat sini.Itu yang panggil polis datang tu", terang Isa.

ANDA SEDANG MEMBACA
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.