P21 - PERJUMPAAN LEWAT MALAM

285 8 0
                                    

Angin pada malam ini terlalu kuat,tidak seperti biasa.Ini mengigatkankanku tentang angin di sekolah lamaku di Rembau semasa aku bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sana.
Seperti biasa aku akan memeriksa setiap bilik untuk memastikan penghuni berada di dalam bilik mereka masing-masing sebelum tidur.

Tapi aku tidak sesekali masuk ke dalam bilik pelajar Tingkatan 5.Itu adalah diriku,tambahan pula aku mempunyai perjanjian dengan mereka.Ketika aku melalui bilik tersebut aku dapat melihat wajah sayu pada muka Hamiz dan kawan-kawannya yang lain.Aku tidak pasti tentang masalah apa,biarlah mereka selesaikan masalah tersebut sesama mereka.

Aku mula membuka bilikku untuk berehat,tambahan pula pada hari ini aku telah melalui hari yang cukup tegang.Tiba masanya untuk aku berehat sebentar selepas mengharungi kepenatan mental sebegini.Aku menuju ke dapur untuk membuat air milo sebelum aku tidur.

Pintu bilikku berbunyi dengan ketukan. Aku tidak pasti siapa kerana tiada salam yang diberikan.Pada mulanya aku tidak mengendahkan,tetapi selepas berkali kali pintu bilikku diketuk,akhirnya aku membuka pintu bilikku.Ternyata Hamiz dan Zack berada di hadapan pintuku,begitu juga dengan keseluruhan pelajar Ting 5 yang lain.

"Ada apa korang datang ramai-ramai depan bilik aku ni?", tanyaku kepada mereka.

"Boleh kami berjumpa dengan cikgu sekejap?", tanya Hamiz dengan mata sedikit berkaca.

"Ada hal apa tu?", tanyaku lagi.Secara tiba-tiba aku teringatkan pesanan Abang Kassim supaya berhati-hati dengan pelajar Ting 5 di sini.Tambahan pula Zack dan gengnya juga turut berada di sini.

"Sekejap je cikgu.Tolong cikgu luangkan masa dengan kami", kata Zack dengan suara yang sedikit sebak.

Aku kemudian mempelawa mereka semua masuk ke dalam bilikku meskipun hatiku berasa amat berdebar ketika itu.Dalam pada masa yang sama aku meminta mereka membiasakan diri dalam bilikku yang kecil ini.Kesemuanya sedang duduk bersila di atas lantai.

"Haa,ada apa?", tanyaku lagi kepada mereka.

"Saya minta maaf dekat cikgu sebab menyusahkan cikgu sekali lagi hari ni", kata Zack.Masing-masing memandang wajahku ketika ini.

Hari ini ketika sesi persekolahan berlangsung,Ustaz Adlin telah menangkap Zack,Hanaki dan Firaj yang ketika itu merokok di kawasan asrama.
Mujurlah Cikgu Asmuni guru kelas mereka bersama melindungi mereka,jika tidak pasti 3 orang pelajar ini dibuang asrama atau sekolah kerana kesalahan disiplin yang banyak dilakukan mereka sebelum ini.

"Aku dulu pun sekolah berasrama macam korang dan aku pun pernah ada pengalaman macam korang.Setakat kes disiplin ni,aku rasa lagi tebal rekod aku dari korang.Cumanya masa dah pun berubah.
Aku percaya di sebalik kenakalan korang ni pasti ada sebabnya,korang cuma nakkan perhatian je.Sebab tu ada antara korang suka buat masalah yang sama berulang ulang.
Aku bukanlah orang yang baik,aku sama macam korang.Serius,cumanya aku pada jalan yang aku nak dari dulu.
Aku tak boleh nak ubah kau Zack dengan geng kau yang lain,macam tu gak dengan kau Hamiz.Cuma masa korang dah nak tamat,hargailah sebaik mungkin.Buangkan perasaan marah,benci dengan dengki tu,sampai bila korang nak berpuak?
Kalau bukan Cikgu Asmuni tadi,pasti 3 orang kawan kau dah tak ada kat sini dah,mungkin merempat kat mana-mana.Masa aku dah habis,sekarang masa korang pulak. SPM ni bukanlah segala galanya,tapi dengan SPM ni jugak yang akan tentukan masa depan korang,langkah korang selepas ni.
Aku percaya kat korang,semuanya mampu pergi jauh.Korang tak perlu buktikan apa-apa kat aku,sebab aku kat sini sementara je.Tapi buktikanlah dekat Cikgu Asmuni tu yang apa dia fikirkan pasal korang tu betul.
Pilihan ada pada korang,sama ada korang nak terus macam ni ataupun nak berubah.Abaikan pada orang yang membenci korang,tapi hargailah orang yang sayangkan korang.Tu je pesan aku", kataku ketika itu.

INTERN 2015Where stories live. Discover now