P25 - NILAI

311 11 0
                                    

Aku kini hanya menunggu sahaja keputusan penempatan untukku bertugas di sekolah.Aku menghargai pengalamanku semasa di sekolah menengah di Ampangan.Biarpun aku hanya sementara sahaja di sana,tetapi perkara yang aku pelajari terutamanya dalam menguruskan pelajar yang bermasalah dan menepis keegoan guru-guru senior.

Tidak semua pelajar bermasalah itu tidak punyai masa hadapan.Itulah yang menjadi peganganku sejak dari dahulu lagi.Pelajar-pelajar seperti ini hanya mahukan perhatian yang lebih,yang mahu suara mereka didengari dan mahukan diri mereka terasa dihargai.
Meskipun aku tidak lagi bertugas di sekolah itu lagi,aku sentiasa berhubungan melalui whatsapp dengan Hamiz dan juga Zack.Dalam masa yang sama juga aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam SPM nanti.

Selepas aku menamatkan tugasku sebagai guru intern,aku tidak pulang ke Rembau.Sebaliknya aku terus bercuti di rumah keluargaku di Kajang.Sudah lama aku tidak berjumpa dengan keluargaku,tentang hal Dusun Sahabat, biarlah Amir yang menguruskan secara sementara.Aku akan pulang ke Rembau esok.

Setibanya aku di Rembau,aku bertemu dan menziarahi Uncle Adnan dahulu di rumahnya.Kekangan masa dan jadualku yang padat sebagai guru intern sebelum ini membataskan masaku untuk menziarahinya seperti sebelum ini.Aku mencium tangannya seperti tangan orang tuaku sendiri.
Inilah dia Uncle Adnan,insan yang aku amat hormati dan kagumi.

Uncle Adnan kini tidak berdaya lagi seperti dahulu.Selepas dia berkerusi roda dia tidak dapat lagi membuat kerja seperti dahulu.Bengkel keretanya juga telah ditutup kerana tiada siapa yang mahu menguruskannya.
Percakapannya juga sudah tidak lancar seperti dulu.Kata Untie Esah,
pada hujung minggu ini mereka akan berpindah ke rumah anak mereka,Maimun di Nilai.

Aku membuat keputusan untuk tidak kembali lagi ke Dusun Sahabat buat masa ini.Aku mahu melalui hari terakhir Uncle Adnan di sini sebelum ia berpindah.Meskipun percakapannya tidak lancar,tetapi dia masih mengenaliku.Ada juga dia bertanyakanku tentang Shazuan,aku menjawab Shazuan akan bercuti pada bulan hadapan dan dia akan pulang ke Malaysia.

Masa yang berbaki ini aku habiskan dengan bersama Uncle Adnan.Aku melayan sahaja permintaannya,ada suatu ketika dia memintaku untuk membelikan Popia Kuala Kangsar di Stadium Paroi,aku turutkan sahaja permintaannya ketika itu meskipun hujan turun dengan lebat ketika itu.

Maimun telahpun tiba di perkarangan rumah Uncle Adnan pagi ini untuk membawa ayah dan ibunya pulang dan duduk bersamanya di Nilai.Sementara itu Ismail,suami Maimun sibuk memuatkan beg peribadi Uncle Adnan dan Untie Esah ke dalam bonetnya.
Untie Esah kemudian memberi kunci rumahnya kepadaku dan meminta bantuanku untuk membuka lampu di rumahnya pada setiap hari Jumaat sehingga Ahad.

Aku mencium tangan Untie Esah dan dia sempat menitipkan pesanan kepadaku untuk datang melawat mereka di Nilai nanti bersama Shazuan.Dia juga memintaku untuk menjaga diriku dan Shazuan.Kali ini aku memandang pula wajah Uncle Adnan yang kelihatan sungguh berat ketika itu.

Meskipun Uncle Adnan tidak boleh bercakap selancar dulu,dari riak wajahnya aku tahu dia cukup sedih sekali pada hari ini.Aku menghulurkan tanganku dan mencium tangannya selama mungkin.Aku memohon keampunan dan kemaafan sekiranya ada daripada Uncle Adnan.Air matanya juga mengalir ketika itu.

Uncle Adnan tidak mahu melepaskan tanganku dan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa panik pada Maimun dan juga Ismail.Tapi Untie Esah menenangkan kedua anak dan menantunya itu.Rupanya Uncle Adnan mahu berdiri sebentar untuk memelukku.

Sambil dipapah Maimun dan Ismail, akhirnya Uncle Adnan dapat berdiri dam memelukku dengan erat.Air mata yang aku tahan sejak tadi akhirnya jatuh jua membasahi baju insan yang aku anggap seperti orang tuaku sendiri.

"An gan lupa ada Uncle,data ng aa umah maimun bila kamu dan Wan free.Uncle rindu dan sayam kamu ua",
(Jangan lupa pada Uncle,datanglah rumah Maimun bila kamu dan Wan free.Uncle rindu dan sayang kamu berdua)", kata Uncle Adnan.

Aku melambai tanganku sebaik sahaja kenderaan yang dinaiki Uncle Adnan bergerak dan meninggalkan kawasan ini.Hatiku berasa sangat sedih dan sayu.Aku masih mengesat air mataku menggunkan hujung kain bajuku dan melangkah pulang masuk ke rumah Shazuan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

INTERN 2015Where stories live. Discover now