Ruang di dalam bilik warden ini bolehlah dikatakan luas buatku. Terdapat bilik air dan tandas berasingan,ruangan dapur,ruang tamu dan sebuah bilik yang dilengkapi katil bersaiz Queen.Mataku terarah kepada grill yang dipasang di tingkap,ini memandangkan buat kali pertama aku melihat grill di pasang di dalam dan luar bilik.
"Penghuni di asrama ni mempunyai masalah disiplin yang sangat teruk terutamanya dari kalangan senior. Pernah warden yang menginap disini diserang oleh sekumpulan pelajar.Atas faktor keselamatan pengetua arahkan grill dipasang begini.
Penghuni yang bermasalah di sini juga panjang akal untuk mengenakan guru atau warden yang baru dilantik atau berpindah ke sini.Tahun lepas motosikal warden di sini habis rosak selepas penghuni tersebut dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin. Kerana tidak tahan akhirnya warden itu memohon untuk berpindah." Terang Abang Kassim lagi.Selepas itu juga aku dibawa Abang Kassim untuk meninjau keadaan di dewan makan dan kawasan sekolah. Beberapa orang pelajar memerhatikanku dengan pandangan yang tajam.
"Pelajar yang di tengah itu namanya Zack.Pelajar dari Tingkatan 5 dan yang paling samseng di sekolah dan asrama.
Cikgu perlu berhati hati dengannya." Pesan Abang Kassim kepadaku.Aku sebenarnya tidak peduli pun dengan sesiapa yang berada di sini. Sama ada dia penghuni asrama yang baik,bijak,nakal ataupun teruk itu aku tidak langsung aku fikirkan.Yang penting padaku mereka ini tidak menganggu tugas dan menambah bebabku.Sesiapapun,sekiranya dia berkelakuan baik denganku,aku akan baik dengannya.Tetapi jika dia membuat onar ke atasku,aku akan membalasnya 3 kali ganda kejahatan yang dia lakukan.
Aku telahpun tiba di rumah Shazuan. Aku tidak pasti sama ada apa yang aku lalui hari ini realiti ataupun sekadar mimpi sahaja.Seumur hidupku,tidak sedikitpun aku bercita cita untuk menjadi warden.Maknanya aku perlu berbincang dengan En Firdaus siapakah yang akan menggantikanku untuk menguruskan Dusun Sahabat selama 6 bulan aku menjadi warden sementara di sekolah itu.
Sejujurnya aku mempunyai calon pilihanku sendiri untuk menggantikan tempatku secara sementara.Tetapi aku mestilah mendapatkan pandangan En Firdaus.Apatah lagi setelah kehadiran busu Sufian ke sini untuk menuntut haknya di atas separuh tanah milik Dusun Sahabat.Kes itu akan diperdengarakan di mahkamah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Sejujurnya buat masa ini aku tidak mahu memikirkan sangat tuntutan Sufian ke atas tanah Dusun Sahabat. Apatah lagi selepas aku sendiri berasa yakin bahawa dia sememangnya tidak mempunyai hak untuk menuntut apa-apa di atas tanah ini.Tambahan pula dari wasiat yang ditulis oleh En Kamzul memang menyatakan Shazuan adalah pemilik tanah di sini selepas ketiadaannya.
Pihak polis juga memberikan jaminan akan sentiasa meronda di kawasan ini sekurangnya 3 kali sehari untuk mengelakkan kawasan ini di khianati sesiapa.Dan dalam masa yang sama, pihak polis juga telah memberikan amaran kepada Sufian agar tidak membuat sebarang gangguan ataupun tuntutan selagi perbicaraan mengenai ini tidak selesai di mahkamah.
Aku membuka laman internet dan mencari carian maklumat mengenai sekolah yang bakal aku ditempatkan. Carian di internet menunjukkan memang banyak kejadian buli yang berlaku dan ianya diakui sendiri oleh rata rata bekas penghuni asrama di sana.Aku juga membuka laman Facebook untuk mencari profil Facebook penghuni asrama,boleh lah aku sedikit sebanyak dapat mengumpul maklumat berkaitan dengan penghuni asramaku terutamanya dengan siapa mereka bersama dan berkawan.
Apa yang mencuit hatiku sepanjang pencarian maklumat sekolaku di internet tadi,ada juga keluar blog iaitu kisah mengenai pengalaman gay yang berlaku di asrama.Tergelak juga aku membaca kisah yang ditulis,ada yang masuk akal dan tidak masuk akal langsung.Pada petang ini aku merancang akan ke Terminal One Seremban untuk membeli alat kelengkapan peribadiku untuk bertugas di sekolah itu nanti.
YOU ARE READING
INTERN 2015
Любовные романыAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.