Amir telahpun tiba di Ritz Hotel.Hatinya berdebar ketika ini,dia tidak tahu siapakah yang berada di dalam bilik itu dan dalam masa yang sama dia tidak tahu apa nasib yang menimpanya selepas ini.
Handphonenya sekali lagi berbunyi dan mendapat pesanan daripada individu yang tidak dikenalinya itu,CEPAT NAIK APA TERCEGAT KAT SITU !!
TINGKAT 1 BILIK 36.Amir kemudian memerhati hotel 3 tingkat itu,matanya terarah pada bilik di tingkat 1.Dia yakin individu tersebut mengintainya dari dalam bilik.Dengan kakinya yang lemah,Amir melepasi reception di lobi hotel dan menaiki tangga menuju ke tingkat 1.Akhirnya dia sampai di bilik 36 dan mengetuk pintu bilik terbabit.
Pintu bilik itu dibuka,dalam bilik itu sungguh gelap.Kemudian dia berasa seolah dirinya ditolak dengan keras dari belakang.Akibat tolakan itu dia jatuh terjelepuk di atas lantai.Malah lebih teruk dari itu,dia turut dipukul oleh individu yang tidak dikenalinya itu di dalam gelap.Mulutnya yang ketika itu disumbat dengan kain tidak dapat menjerit meminta bantuan.
Amir dalam keadaan begitu lemah ketika lampu bilik dibuka.Ada dua lelaki bertopeng dan memakai hoodie sedang merenung wajahnya.Dia hanya mampu memegang perutnya yang sakit ketika itu.Seorang lelaki yang bertubuh lampai kemudiannya menuangkan arak ke dalam mulutnya dalam jumlah yang banyak.Kerana terlalu banyak minum, kepala Amir menjadi berat.
Pandangan mata Amir kini sangat kabur.Meskipun lelaki bertopeng itu mula menanggalkan topeng dan hoodie mereka,Amir tidak dapat mengecam wajah mereka.Bagaimanapun Amir dapat mengenali suara Mubin dengan jelas.
"Mubin,aku rayu dekat kau janganlah buat kat aku lagi macam ni", rayu Amir yang mabuk ketika itu."Eh,macam mana kau boleh kenal aku sial?!! " Marah Mubin sambil menyepak perutnya.
"Alamak,dia kenal aku tak?Dah kau dia boleh kenal?", kata suara yang tidak dikenalinya itu.
"Tak,dia kenal aku je.Babi bangsat betul", Kata Mubin sambil memijak mijak perut Amir.
"Aku memang tak kenal kau,tapi aku rayu pada kau dengan Mubin,janganlah buat macam ni dekat aku.Apa aku nak aku boleh bagi.Tapi jangan buat macam korang buat kat rumah Zairol dulu", rayu Amir dengan suara yang sayu.
Dalam keadaan Amir yang lemah itu,dia telah diangkat ke atas katil Queen oleh Mubin dan individu yang tidak dikenalinya itu.Wajah lelaki itu kabur pada pandangan matanya.Apa yang dia tahu lelaki itu mempunyai rambut yang sangat panjang.Dia cuba menjerit meminta bantuan,malangnya mulut Amir telah pun disumbat dengan kain.Amir mula ketakutan,dia mula menduga apa yang akan terjadi selepas ini.
"Ke mana kau nak lari Mir? Mana pun kau lari aku tetap dapat carik kau. Mujur lah member aku sorang ni ada terserempak dengan kau sebelum ni. Dapat jugak aku tahu kau kat mana." Kata Mubin sambil ketawa.
"Tak puas lagi ke apa yang kau dengan Zairol buat kat dalam hidup aku? Kau hancurkan hidup aku,kau hancurkan masa depan aku.Cukuplah tu", Kata Amir lagi.
"Aku nak duit,sekejap je kau kirim. Lepas tu kau hilang.Kalau kau kirim je duit,takde lah aku dengan Zairol sebarkan video kau tu.Macam hari ni kau datang,aku takde pasang kamera ke apa macam dulu.Sebab aku panggil kau datang sendiri." Jawab Mubin.
Amir kemudiannya merasai bahawa ada tangan yang menyeluk poketnya untuk mengambil handphone dan dompetnya.Lelaki yang tidak dikenali itu menyuruh Amir membuka password pada handphonenya.Pada mulanya Amir enggan,tetapi selepas kakinya dikunci dengan ketat sehingga dia berasa kesakitan,akhirnya dia menyerah.
"Fuhhh,kau memang takde simpan langsung eh no kawan-kawan kita yang lain.Yang ada pun no Wafi dengan Aliff. Kenapa wei? Aku dengan member lama kau bukan kawan kau ke?", tanya Mubin dengan suara yang tinggi.
"Aliff siap whatsapp dia weh tanya pasal ubat tidur nak beli kat mana. Hahaha",kata suara misteri itu pula.
"Sebab tu aku cakap dengan kau,kalau dah gay sampai bila-bila pun akan jadi gay.Kau berubah jadi baik macamanapun kau tetap gay", kata Mubin sambil ketawa.
Sedang mereka berdua mengejek Amir, tiba-tiba handphone Amir berbunyi.
"Mubin,Wafi call dia ni,nak buat macam mana?", tanya suara misteri itu."Kau nak sembang gak ke dengan mamat poyo ni Mir? Dia ni acah baik je la.Kau nak ke sembang dengan dia? Sini aku jawabkan untuk kau ye. Hahaha", kata Mubin.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomansaAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.