Shauki menjalankan tugasnya menguruskan Dusun Sahabat sepanjang ketiadaan Wafi yang bertugas sebagai guru dan warden intern di sebuah sekolah menengah di Ampangan,Negeri Sembilan.Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun daripada tidurnya,memeriksa kawasan dan bersedia untuk menerima kehadiran pengunjung yang mahu beriadah atau bermalam di sini.
Pada asalnya dia terkejut juga apabila Wafi mencadangkan namanya untuk menguruskan Dusun Sahabat kepada En Firdaus.Tetapi setelah diyakini berkali kali,akhirnya dia bersetuju menerima tugas tersebut.Ini bermakna dia akan menguruskan Dusun Sahabat selama 6 bulan.Wafi hanya akan pulang ke sini sekiranya pada minggu balik wajib atau cuti penggal persekolahan.
Shauki juga menerima kerjasama yang sangat baik daripada Pak Samad dan rakan-rakannya yang lain.Meskipun tugas mereka berempat hanyalah menjaga keselamatan di sini,tapi mereka ringan tangan untuk membantu Shauki.Busu Shazuan,Sufian juga telah tidak datang ke sini lagi selepas mahkamah mendapati tuntutannya ke atas tanah ini tidak relevan.
Cumanya Shauki berasa amat sunyi terutamanya pada waktu malam.
Selalunya Wafi ada bersamanya di rumah rehat.Tapi suasana sekarang cukup berbeza,mujurlah dia dapat membiasakan diri.Hendak mengajak Ashraff menemaninya di sini,dia berada di Kedah pula.Bukannya Shauki tidak mahu mengajak kawannya yang lain menemaninya di sini,tapi dia bimbang jika mereka mengambil kesempatan.Sedang Shauki berada di pejabat meneriksa rekod tempahan pengunjung untuk bermalam di sini, seorang lelaki yang tidak dikenalinya membawa beg galas menegurnya.
"Kau Shauki ke?", tanya pemuda itu."Iye saya Shauki.Bang cari apa bang?", tanya Shauki kepada individu yang tidak dikenalinya itu.
"Aku Amir.Wafi suruh tunjuk whatsapp ni kat kau", kata Amir lagi.
"Buat masa ni kau kerjalah dulu kat Dusun Sahabat,bantu Shauki.Tapi kau tak boleh lama dekat situ,paling lama pun 6 bulan.Selepas tu kau kena keluar, dan dalam masa yang sama kau cariklah kerja lain area sini.Buat masa ni kau boleh bermalam dulu kat kabin.Shauki akan tunjukkan tempat kau.Tunjuk Whatsapp ni kat Shauki."
- WAFIBerkerut juga dahi Shauki ketika itu apabila membaca pesanan daripada Wafi yang ditujukan kepadanya.Apatah lagi itu adalah arahan terus daripada Wafi.Bertambah pening kepalanya adalah apabila dia sedang memikirkan apa tugas yang sesuai yang boleh diberikan kepada Amir.
Amir kemudian di bawa oleh Shauki untuk masuk ke dalam biliknya di kabin kontena.Masih Shauki ingat lagi yang Wafi ada mengatakan bilik ini hanya akan digunakan untuk perkara-perkara kecemasan.Dan dia yakin bahawa Amir mengalami masa sulit ketika ini dan kerana itu Wafi mengarahkan dia ke sini.Shauki kemudian meminta diri dan meninggalkan Amir seorang diri dalam bilik ini.
Bilik ini kecil sahaja.Hanya terdapat 1 katil single dan 1 meja yang boleh dijadikan tempat belajar ataupun tempat makan.Ada juga sedikit ruang untuk Amir solat di biliknya.Di kabin ini terutamanya di tingkat atas,tiada kemudahan bilik air disediakan,jadi kepada mereka yang bermalam di sini perlu menggunakan tandas yang tersedia di belakang kabin.
Dia kemudian membuka beg galas yang dibawanya dan mengantung pakaian tersebut pada ralling yang disediakan. Buat masa ini dia akan menumpang sementara di sini.Tempat ini cukup damai buat dirinya,jauh dari kesibukan kota dan paling penting dia yakin di sini tiada sesiapa yang dapat menemui dan menganggunya lagi.
Amir tidak pasti sekiranya Shauki mengetahui kisah tentang dirinya ataupun belum.Sebenarnya dia agak malu untuk menumpang di sini kerana terlalu segan,apatah lagi Wafi juga tiada di sini.Bagaimanapun dia tiada pilihan lain selain dari menebalkan mukanya sendiri.Amir merehatkan dirinya di atas katil sambil menghembuskan nafasnya yang panjang.Tidak lama kemudian dia tertidur.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.