Zack telahpun ditangkap kerana kantoi merokok di kawasan asrama oleh Ustaz Adlin.Selain Zack,Hanaki dan Firaj juga tertangkap ketika itu.Ketika ini mereka bertiga diiringi oleh Ustaz Adlin ke pejabat sekolah untuk menemui Cikgu Mohd,guru disiplin dan Pengetua,Cikgu Zainal.
Aku yang sedang berada di dalam kelas mengajar subjek pelajar Tingkatan 3 ketika itu turut dipanggil ketika itu. Mengeleng kepalaku apabila mendengar berita tentang tangkapan pelajar Tingkatan 5 itu.Dengan segera aku pejabat setelah di panggil oleh Ustaz Adlin ketika itu.
"Inilah akibatnya cikgu bila selalu sangat menangkan pelajar bermasalah begini", kata Ustaz Adlin kepadaku semasa aku baru sampai ke pejabat.
"Cikgu Wafi,kali ini apa pula alasan yang kamu nak bagi untuk mereka bertiga ni? Guru-guru masih tak beri mereka peluang untuk belajar?", tanya Cikgu Mohd pula kepadaku.
Aku menghela nafas panjang sambil melihat tiga orang pelajar yang bermasalah ini.Memang selama ini setiap kali mereka tertangkap aku akan melindungi mereka.Meskipun aku sudah memberikan amaran,tetapi ketiga pelajar ini masih tidak mengambil pelajaran.Cikgu Zainal ketika ini merenung tepat ke wajahku sambil menanti jawapan.
"Cikgu bagi saya 10 minit,saya akan datang balik". Kataku kepada mereka bertiga.
Aku menemui Cikgu Asmuni,guru kelas mereka bertiga untuk meminta keputusan ujian semester dan keputusan peperiksaan pertengahan tahun mereka.Selepas aku mendapat buku laporan akademik mereka,aku segera kembali menuju ke pejabat disiplin.
Ustaz Adlin yang ketika itu memukul mereka dengan rotan,dengan segera aku menghentikan perbuatan tersebut.
"Sabar lah ustaz.Rileks je.Ni bukan cara nak mengajar pelajar macam ni", kataku sambil membaling rotan yang aku rampas dari Ustaz Adlin."Cikgu Mohd,cikgu sendiri tengoklah pelapis masa hadapan yang bakal menjadi cikgu ni.Dengan saya pun tak hormat,macam mana pelajar lain nak hormat saya?", kata Ustaz Adlin lagi.
"Kalau ustaz nak rotan tu takde masalah.Ni ustaz pukul dorang pakai rotan walaupun dorang dah mintak maaf.Macam ni ke perangai seorang ustaz?", tanyaku kepada Ustaz Adlin.
Pertanyaan tersebut ternyata mengundang kemarahan Ustaz Adlin kepadaku.Dia kemudian cuba menyerangku namun di halang oleh Cikgu Mohd dan beberapa orang cijgu yang lain.Aku yang ketika itu naik minyak turut mahu menyerang Ustaz Adlin yang jelas mencabar kesabaranku ketika itu namun dihalang juga.
"Saya nak Cikgu Wafi dan Ustaz Adlin bertenang sekarang.Jangan jadi macam budak-budak", tegur Cikgu Zainal dengan suara yang keras.
"Cikgu Wafi yang memulakan tuan pengetua.Dia memalukan saya sebegitu dihadapan pelajar-pelajar ni !!", kata Ustaz Adlin dengan nada yang marah.
"Kamu tu ustaz.Ustaz sepatutnya mendidik,bukan menghukum.Tadi tu bukan merotan,itu memukul.Ustaz faham ke tak?", soalku kepadanya dengan muka yang bengis.Ustaz Adlin terus terdiam apabila melihat riak wajahku,begitu juga dengan cikgu-cikgu yang lain.
"Tenang Cikgu Wafi.Tadi kamu kata kamu perlu 10 minit.Dekat tangan kamu tu ada apa?", tanya Cikgu Zainal kepadaku.
"Ini laporan akademik 3 orang pelajar ni." Kataku merujuk kepada Zack,Hanaki dan Firaj.
"Jadi kenapa dengan laporan akademik mereka?", soal Cikgu Zainal kepadaku.
"Keputusan akademik mereka meningkat pada peperiksaan pertengahan tahun.Saya rayu tuan pengetua bagi masa kepada mereka untuk perform semasa peperiksaan percubaan SPM ni", kataku kepada Cikgu Zainal.
"Itu cuma alasan je Cikgu Zainal.Dia menangkan sangat pelajar-pelajar bertiga tu.Berapa kali dah mereka buat hal disiplin dekat sini?" Tanya Ustaz Adlin lagi.
Cikgu Zainal terdiam seketika.Dia seolah berfikir apa yang aku sampaikan.Dan dalam masa yang sama juga dia merenung kata-kata Ustaz Adlin tadi.
"Maaf tuan pengetua,boleh saya mencelah?", tanya Cikgu Asmuni,guru kelas mereka."Ya ada apa cikgu? Katakan sahaja." Jawab Tuan Pengetua.
"Ketiga pelajar ni memang bermasalah dan saya tak nafikan.Tetapi sejak kemasukan Cikgu Wafi ke sini,saya rasa dah takde langsung aduan buli difailkan pada ketiga pelajar ni.
Tentang akademik memanglah keputusan mereka bertiga tidak cemerlang seperti Hamiz,tetapi sekurangnya ada peningkatan.Sama seperti Cikgu Wafi katakan tadi,saya harap Cikgu Zainal dapat beri peluang kepada mereka buktikan dalam peperiksaan percubaan.Jika keputusan percubaan mereka masih teruk atau sama dalam peperiksaan pertengahan tahun,Cikgu Zainal hukumlah mereka. Anggaplah mereka bertiga berhutang kesilapan dengan Cikgu Zainal", kata Cikgu Asmuni."Saya beri peluang bertiga kepada kamu sekurangnya tiada langsung gagal dalam percubaan nanti.Kamu bertiga boleh keluar dan yang lain boleh bersurai", jawab Cikgu Zainal selepas berfikir panjang.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.