"Sedap tak kena sebat tadi?", soal Zack kepada Hanaki yang baru sahaja turun dari pejabat sekolah.
"Biasalah.Dah nama pun kena rotan. Korang lah tak cover.Masa korang merokok aku cover.Time aku macam sial semua tak cover." Keluh Hanaki kepada kawan-kawannya yang lain.
"Orang dah hisap,kau baru nak datang. Kalau ramai-ramai habis lah kantoi semua", jawab Zack sambil tersenyum sinis.
"Weh,kau tau tak apa aku dengar tadi kat opis?", Soal Hanaki.
"Manalah kitorang tahu.Yang kantoi kau sorang.Apa yang jadi kat atas tu manalah kitorang tahu." Sampuk Arash pula.
"Cikgu Zainal mengamuk weh.Dia marah betul kat Cikgu Wafi tadi." Kata Hanaki.
"Eh,Cikgu Wafi pun buat masalah ke? Hahaha baru masuk kerja sini dah buat hal.", Gelak Zack ketika itu.
"Pengetua marah sebab pindahkan kita semua dalam 1 bilik.Dia cakap nanti kita pengaruh geng Hamiz jadi macam kita.Cikgu Wafi bekap kita weh,sampai dia kena halau dengan pengetua keluar opis." Terang Hanaki lagi.
Sedang Hanaki menceritakan apa yang didengarnya di pejabat tadi,Kamal salah seorang daripada geng mereka menghampiri mereka sambil mengaru kepalanya.
"Weh kau ni,Hanaki baru kantoi rokok, kau pulak baru lepas hisap ke apa? Main kuat baunya." Tegur Zack kepada Kamal."Aku pun baru lepas kantoi tadi." Jawab Kamal.
"Kau kantoi dengan siapa? Ustaz Adlin ke? Tanya Zack.
"Takde lah.Aku kantoi dengan Cikgu Wafi tadi kat tandas surau tu." Keluh Kamal kepada mereka yang berada di situ.
"Habis dia buat apa? Mengadu kat pengetua ke?", soal Zack lagi.
"Takdelah.Dia suruh aku habiskan cepat dengan piw kat aku sebatang rokok.Aku dah habis hisap dia suruh aku cepat-cepat blah", kata Kamal yang masih lagi mengaru kepalanya.
Sejak kehadiran Cikgu Wafi yang bertugas sebagai warden sementara di asrama ini,suasana di sini cukup berbeza.Kehadirannya ke sini seolah cukup disenangi oleh para penghuni asrama termasuklah geng Zack sebagai kepala di situ.Cikgu Wafi bercampur dengan keseluruhan penghuni di asrama.Selain itu juga Cikgu Wafi rajin turun ke padang untuk aktiviti riadah dan ke surau untuk pemantapan kerohanian.
Ustaz Adlin pula selaku ketua warden disitu berasa seolah tercabar.Mana tidaknya,populariti cikgu muda itu meningkat naik.Tambahan pula penghuni asrama lebih berurusan dengan Cikgu Wafi,yang menambhkan rasa marahnya pula apabila sekumpulan pelajar bermasalah Tingkatan 5 lebih mendengar kata guru intern itu berbanding dirinya.
Pagi ini pada hari Sabtu,Cikgu Wafi mengarahkan kesemua penghuni asrama berkumpul di dataran asrama untuk serahan kawasan bertugas.Dia yang dari tadi memerhati dari kuartesnya melangkah ke arah asrama untuk melihat cara cikgu muda itu memberi arahan kepada penghuni asrama untuk menjalankan tugas.
"Semua dah ada ke cikgu? Panggil seniornya sekali.Jangan junior je dipanggil", kata Ustaz Adlin kepada Cikgu Wafi.
"Eh ustaz.Maaflah tak perasan.Ada pape ke nak cakap kat pelajar ni?" Tanya Cikgu Wafi pula.Ustaz Adlin yang melihat para pelajar yang berkumpul ketika itu terkejut apabila semua pelajar Ting 5 berada di sini termasuk geng Zack.
"Zack,kamu bangun.Sekali dengan geng-geng kamu tu." Arah Ustaz Adlin.
Zack dan kawan-kawannya yang lain menuruti arahan ketua warden mereka."Saya nak kamu 11 orang pergi mencuci tandas sekarang.Para pelajar yang lain biar Cikgu Wafi yang bahagikan tugas.Tapi tugas kamu dan kawan-kawan kamu adalah untuk sental tandas tu sehingga bersih", kata Ustaz Adlin dengan nada yang angkuh. Mungkin dia ingin menunjukkan kuasanya sebagai ketua warden di sini.
"Bukan setakat geng Zack je ustaz. Semua budak Ting 5 ni boleh sental. Betul tak? Dah semua gerak ke tandas cepat." Kata Cikgu Wafi lagi.Semua pelajar Tingkatan 5 itu menuju ke tandas untuk membuat tugasan itu.
Ustaz Adlin seakan tidak percaya bahawa pelajar Ting 5 mahu melakukan tugas itu.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.