Keputusan Percubaan SPM telahpun diumumkan dimana pencapaian pelajar lelaki Ting 5 amat mengejutkan. Tambahan pula Zack mendapat keputusan yang cemerlang sekali,begitu juga dengan ahli gengnya.Buat pertama kali,penghuni di sini melihat Zack mengalirkan airmata kesyukuran.Cikgu Asmuni pasti individu yang paling gembira sekali dengan pencapaian pelajar kelasnya.
Kebetulan pula hari ini merupakan hari terakhir aku intern di sini.Sedang sibuk aku memuatkan barang ke dalam bonet kereta,aku mendengar teriakan Zack dan Hanaki yang meminta aku menunggu mereka.Mereka berlari ke arahku dengan wajah yang cukup gembira bersama pelajar Ting 5 yang lain.
"Cikgu,terima kasih atas semuanya.
Syukur cikgu,ni lah kali pertama saya dapat keputusan terbaik macam ni", peluk Zack padaku ketika itu.Sejujurnya aku telah pun mengetahui keputusan mereka semalam ketika aku bertemu dengan Tuan Pengetua,Cikgu Zainal.Sememangnya aku cukup gembira dengan keputusan yang diperoleh Zack dan rakan-rakannya yang lain.Tapi kredit aku perlu berikan kepada guru-guru mereka yang tidak jemu mengajar mereka selama ini.
Ustaz Adlin juga ada menemuiku semalam dan dia juga mengakui kesilapan dirinya yang tidak mendidik pelajar-pelajar di sini dengan baik.Dia terlalu membenci Zack dan rakan rakannya yang lain sehingga hatinya tertutup rapat untuk memberikan mereka peluang untuk membetulkan kesilapan.Dia juga ada meminta maaf padaku di atas tanggapan salahnya pada diriku selama ini,aku tiada masalah dan aku tidak menyimpannya dalam hati.
Sebelum aku meninggalkan asrama dan sekolah ini,pihak sekolah telah mengarahkan agar semua pelajar berkumpul di dalam dewan.Aku diberi penghormatan untuk berucap di dalam dewan ketika itu.Aku hanya memberi ucapan ringkas sahaja dan aku melihat pandangan mata para pelajar di sini amat berat sekali apabila mereka mengetahui yang hari ini merupakan hari terakhirku di sini.
Tepukan cukup gemuruh dalam dewan ketika ini selepas aku mengakhiri ucapanku dan para guru yang rapat denganku beserta penghuni asrama lelaki mengiringiku hingga ke keretaku.
Aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua buat kali terakhir dan dalam masa yang sama aku mendoakan kejayaan pelajar Tingkatan 5 yang akan mengambil SPM tidak lama lagi.
--------------------------------------------------------------
Zack dan kawan-kawannya yang lain memberi lambaian terakhir kepada warden sementara mereka iaitu Cikgu Wafi.Guru intern subjek sejarah itu telah pun mengakhiri tugasnya pada hari ini.Pada pelajar yang lain Cikgu Wafi hanyalah guru biasa,tetapi pada dia dan kawan-kawan yang lain,Cikgu Wafi lebih daripada seorang guru.Meskipun perwatakan Cikgu Wafi itu seperti biasa sahaja,tetapi aura cikgu muda itu telah mencetuskan rasa keyakinan diri kepada Zack dan rakan-rakannya.Jika suatu masa dahulu pengurusan sekolah menganggap Zack dan gengnya hanya budak nakal dan tiada masa depan,tetapi pada hari ini pandangan tersebut berubah sepenuhnya.
Sememangnya Zack dan rakan-rakannya yang lain sangat terhutang budi dengan Cikgu Wafi.Cikgu muda itulah yang selama ini melindungi mereka dan menyedarkan mereka tentang kepentingan pendidikan.Jika sebelum ini mereka alpa dan seronok dengan dunia mereka,tetapi pada hari ini mereka semua memasang impian dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya di masa hadapan.
Airmata Hanaki jelas mengalir ketika ini membasahi pipinya.Dalam tidak sedar juga airmata Zack dan rakan-rakannya yang lain jatuh membasuhi bumi.Selamat Jalan Cikgu Wafi.Kami di sini akan terus berjuang dan suatu masa nanti mereka berharap dapat bertemu dengan cikgu muda itu dengan membawa keputusan SPM yang cemerlang.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomantikAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.