Ketika aku sampai,Shauki dan Amir sedang membantu pekerja pembersihan membersihan halaman Dusun Sahabat.Maklumlah pada hari Jumaat pasti akan ada pengunjung yang datang untuk bermalam di sini terutamanya pada cuti hujung minggu.
Isa dan Raju menyambutku kepulanganku dengan mesra.Sudah lama aku tidak bertemu mereka,aku berharap mereka baik-baik sahaja di sini bersama Shauki.Shauki turut berjabat tangan denganku,begitu juga dengan Amir.Dia memelukku sambil menangis.Aku menepuk bahunya supaya dia bertenang dan menguatkan semangat.
Aku memperkenalkan Amir sekali lagi kepada mereka meskipun mereka telah pun berkenalan dari awal.Kemudian, aku mula menerangkan kepada mereka mengapa aku membawa Amir ke mari.
Raju dan Isa mendengar teliti apa yang aku sampaikan dan wajah mereka tenang sahaja.Cuma Shauki sahaja yang terkejut apabila aku memberitahu perihal sebenar Amir kepada mereka.
Amir yang ada di sebelahku hanya tertunduk malu dan mengalirkan air matanya."Kamu tak payah bersedih Amir.Saya rasa kita semua kat sini ada masa lalu. Kalau kamu mahu tahu Amir saya baru je dilepaskan dari penjara sebelum bekerja di sini.Jadi kamu tak perlu rasa malu", kata Raju yang memujuk Amir ketika itu.
"Betul kata Uncle Raju tu.Saya pun dulu dari penjara jugak.Pak Samad kamu tu dulu,nyaris nak kena hukuman gantung sebab edar dadah.Nasib Tuhan beri peluang.Kami di sini pun semuanya sama sahaja Amir.Shauki tu saya tak tahulah jenayah apa yang dia buat.Kami semua di sini disebabkan keluarga dan masyarakat kami dah tak terima kehadiran kami.Mujur Wafi ada untuk bagi kami tempat berteduh dan bekerja di sini." Jelas Isa lagi.
Shauki yang mendengar penjelasan Pakcik Isa cukup terkejut apabila baru mendapat tahu kisah gelap mereka berempat.Tetapi apabila Isa menyebut tentang dirinya,Shauki hanya tersenyum sipu sahaja.
"Terima kasih semua.Harap kehadiran saya ni tak mendatangkan masalah kepada yang lain.Thanks pi". Kata Amir sayu.
Selepas selesainya perjumpaan ringkas tersebut,aku meminta kepada mereka untuk kembali membuat kerja masing-masing.Sementara Amir dan Shauki memeriksa bilik yang akan digunakan oleh pengunjung untuk bermalam pada hari ini,aku pula menyemak rekod tempahan pelanggan sepanjang ketiadaanku.
Aku turut menyemak rekod perbelanjaan dan pembayaran gaji. Pilihanku sememangnya tepat,ternyata Shauki telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cukup cemerlang sepanjang ketiadaanku.Kemudian Shauki dan Amir kembali menghampiriku,
"Bang,saya ingat nak keluar main futsal jap.Boleh tak? Lama dah tak main?", kata Shauki kepadaku."Hahaha.So sekarang ni bila aku ada balik ni aku kena buat kerja lah? Bilik semua setle ke belum?", soalku kepada Shauki.
"Alaaa bang bukan selalu.Bilik semua setle dah" jawab Shauki ringkas sambil tersenyum.
Aku mengambil peluang untuk berbual dengan Amir sepanjang ketiadaan Shauki.Lagipun aku faham bahawa Amir pastinya segan untuk bercerita tentang semua perkara yang terjadi kepadanya sekiranya Shauki atau mereka yang lain ada bersama kami berdua.Semasa perjumpaan tadi bersama mereka semua,tidak semua hal dan masalah berkaitan Amir aku ceritakan.
Pada malam itu aku ada menghubungi Amir dan Amir sendiri mengakui perkara tersebut.Tetapi dia tidak dapat berkata dengan lancar kerana dirinya telah pun dikuasai dengan alkohol ketika itu.Amir menceritakan segala perbuatan yang dilakukan Mubin ke atasnya,termasuk mengenai lelaki misteri yang dia tidak kenali.
Air mata Amir jelas berderai ketika menceritakan perkara tersebut.Riak di wajahnya seolah dia memendam perasaan dan kesakitan itu sekian lama. Dalam masa yang sama juga aku berfikir mengenai lelaki misteri yang diceritakan oleh Amir.Aku memberi jaminan kepada Amir yang Mubin tidak akan terlepas begitu sahaja dan suatu masa nanti dia pasti akan tertangkap kerana perbuatannya.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.