Aku baru sahaja selesai mengemas bilik baruku di asrama ini.Ketibaan aku pada pagi tadi di sini disambut dengan tangan terbuka terutamanya daripada pelajar junior.Aku tidak pasti ada atau tidak pelajar senior menyambutku tadi, tetapi berdasarkan pengalamanku dahulu pada hari hujung minggu begini,pasti pelajar senior masih melelapkan mata di katil masing-masing.
Aku ketika ini berehat sahaja di dalam bilikku,sekali sekala kedengaran bunyi penghuni asrama ini berkejaran dan bergurau dengan kawan mereka di hadapan bilikku.Sedang aku leka membelek handphoneku,suasana hiruk pikuk tadi tiba-tiba berubah menjadi senyap dan pintu bilikku diketuk.
"Siapa pulak ni", rungutku sendiri sambil membuka pintu.Apabila aku membuka pintu,ada seorang penghuni menyampaikan pesan kepadaku untuk bertemu dengan seluruh pelajar tingkatan 5 sekarang di bilik mereka. Penghuni yang memperkenalkan namanya Atiff itu juga memaklumkan pelajar tingkatan 5 sedang menantiku di sana.
"Segak betullah warden baru kita sekarang",tegur seorang penghuni senior ketika aku memasuki bilik mereka.Daripada rekod yang ada dalam simpananku,terdapat 23 orang pelajar tingkatan 5 yang menginap di sini.Tetapi di hadapanku ketika ini hanya ada sekumpulan pelajar terdiri dalam 10 orang.Mungkin inilah geng pelajar nakal yang dimaksudkan oleh Pak Kassim.
"Ada apa panggil aku datang sini ni?", soalku ringkas.
"Fuhh lain macam lah warden kita yang baru ni.Pertama kali dengar warden bahasakan diri kau aku ni", kata salah seorang penghuni di situ.
Aku memandang dan memerhatikan dengan jelas setiap wajah yang berada di dalam bilik ini ketika itu.Aku sedar niat mereka memanggilku ke sini hanya bertujuan untuk memperkecilkanku.Mereka ingin menunjukkan bahawa mereka amat berkuasa di asrama ini,bukannya aku selaku warden.
"Cikgu cuma orang baru kat asrama ni. Kami panggil cikgu kat sini untuk sesi suai kenal,supaya cikgu tak diganggu dan kami pun tak diganggu", Kata Zack yang baru tiba di bilik ini sambil menghisap rokok di hadapanku.
Ternyata dia adalah kepala di sini."Okay boleh.Apa benda yang aku tak boleh kacau korang?" Soalku kembali.
Pelajar yang berada di sini tercenggang mendengar soalanku."Sebagai senior kami bebas untuk buat apa-apa dekat asrama ni dan cikgu takde hak untuk menganggu dan mengambil tindakan pada kami.Senang cerita kami tak kacau cikgu,cikgu pun tak kacau kami". Kata Zack lagi sambil merenung wajahku.
Aku merampas rokok dari mulut Zack lalu aku menghisapnya.Tindakan spontanku membuatkan mereka di sini termasuk Zack terkejut.
"Boleh korang huraikan apa benda yang aku tak boleh kacau tu?", soalku lagi."Merokok,ponteng kelas,fly,ponteng prep dengan mandi lewat." Jelas Zack.
"Ada 6 benda yang korang mintak. Okay boleh takde masalah.Tapi dengan 2 syarat?", kataku lagi.
"Apa dia?", tanya salah seorang mereka yang berada di situ.
"Buli.Korang boleh buat 6 benda tu.Tapi aku taknak ada dengar pasal buli kat sini.Kalau ada kes buli aku dengar,aku tarik balik salah satu yang korang mintak tu.Second,bila aku panggil korang untuk kumpul,korang kena ada.Deal?", tanyaku untuk mendapatkan kepastian.
Sementara kumpulan pelajar itu melakukan perbincangan sesama mereka,aku pula terus menghabiskan rokok yang ku ambil daripada Zack semasa dia menghisap tadi.
"Okay Cikgu,kitorang setuju", jawab Zack sambil menghulurkan tangannya kepadaku.Aku menyambut huluran tangannya tanda bersetuju."Okay first aku nak tanya,korang sekarang dorm sekali atau campur dengan junior?", soalku lagi kepada mereka.
"Asing-asing cikgu", kata mereka lagi.
"Cari satu bilik khas untuk korang,aku taknak korang campur bilik dengan junior lagi.Makesure malam ni setle ye",pesanku kepada mereka.
YOU ARE READING
INTERN 2015
RomanceAKU KINI BERADA PADA AKHIR SEMESTER DALAM MAKTAB DAN PERLU MEMBUAT TUGASAN MENJADI GURU SEMENTARA DI SEBUAH SEKOLAH DI AMPANGAN. DIINSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR.