Bab 9

3 0 0
                                    

Gunung Tok Nenek

PERKAMPUNGAN Rengil yang dihuni oleh puak Sedong terlihat kacau bilau. Terdapat beberapa buah rumah yang musnah dijilat api dan banyak mayat yang bergelimpangan. Raksasa Korbu menyerang perkampungan tersebut tanpa belas kasihan. Ramai juga penduduk yang melarikan diri ke dalam hutan apabila melihat rupa raksasa korbu yang menakutkan itu. Walaupun ada beberapa lelaki yang cuba melawan dan bertempur dengan raksasa itu, akhirnya mereka pasti akan kalah malah lebih teruk ada yang terus menemui maut.

Seketika kemudian, kelihatan masih terdapat beberapa orang penduduk yang duduk dalam kelompok dan dikelilingi oleh kawanan raksasa korbu. Ratu Manikmaya pun muncul sambil ketawa dan mengibas-ngibas sayap di belakangnya. Penduduk Rengil yang ada disitu terkejut melihat penampilan Ratu Manikmaya yang bersayap itu. Sudahlah rupa raksasa korbu yang menghabisi mereka sebentar tadi sudah sangat mengerikan, sekarang muncul pula seorang wanita bersayap yang buruk sebelah wajahnya. 

"Dengarkan aku wahai manusia bodoh yang lemah.." Ratu Manikmaya mula bersuara seperti menyeringai.

"Mulai sekarang, Aku adalah pemerintah di seluruh kawasan ini. Maka kalian juga harus tunduk dan patuh kepada kekuasaanku."

"Kami puak Sedong tidak akan tunduk kepada sesiapa. Ini adalah kawasan kami. Gunung Tok Nenek ini adalah milik kami!" Salah seorang lelaki dari kelompok manusia itu bersuara. Mukanya penuh dengan darah yang meleleh akibat pergelutan dengan raksasa korbu tadi. Ratu Manikmaya hanya melihat ke arah lelaki itu sambil meleretkan senyuman. 

"Raksasa Korbu.. diamkan manusia bodoh itu." Ratu Manikmaya memberikan arahan kepada makhluk ciptaannya itu. Lalu dengan pantas salah seekor raksasa korbu iitu menghayunkan pedang di tangannya ke arah leher lelaki yang bersuara tadi. Dengan sekali hanyunan, kepala lelaki itu akhirnya terpisah dari badannya dan jatuh tergolek ke tanah. Penduduk wanita dan anak-anak yang melihat kejadian itu sekali lagi menjerit ketakutan. Sejak perkampungan mereka diserang tadi, adegan ganas masih tidak berhenti yang terpaksa mereka tatapi. Ratu Manikmaya pula tersenyum puas apabila melihat ketangkasan raksasa korbunya bertindak mengikut arahan. 

"Sudah..cukuplah kalian membunuh kami. sebutkan saja, apa kehendak mu." Seorang lelaki lain yang agak berusia pula bersuara.

Ratu Manikmaya menatap pula lelaki yang bersuara itu. Sayapnya dikuak beberapa kali sebelum dia menjejakkan kakinya ke tanah, berhadapan dengan lelaki tua yang bersuara itu.

"Kamu terlihat sedikit bijak. Siapa namamu?" Ratu Manikmaya menunjukkan jari telunjuknya ke arah lelaki itu. 

"Namaku Tempari. Ketua di Rengil ini."

"Oh..jadi kamulah ketua disini. patutlah terlihat sedikit bijak." Lalu ketawa Ratu Manikmaya terhambur seakan memberi ejekan dalam pujiannya.

"Aku adalah Ratu Manikmaya. Penguasa di seluruh daerah ini. Jika kalian ingin terus hidup, tunduk dan patuhlah kepadaku." 

"Ba..baiklah.. Kami akan patuh kepada pemerintahanmu.." Tempari menundukkan kepalanya. Dia tunduk bukan kerana ingin menghormati si Ratu durjana itu tetapi merasa kesal kerana terpaksa setuju dengan kemahuan syaitan itu demi menyelamatkan anggota penduduknya. Sebagai pemimpin puak Sedong, dia tidak mahu melihat puaknya terus dibinasakan oleh raksasa mengerikan yang dinamakan sebagai raksasa korbu itu. Mengalah adalah jalan terbaik baginya sekarang demi kelangsungan hidup puak dibawah pimpinannya itu.

"Baguslah kalau begitu. Tak ku sangka masih ada manusia sebijak kamu." 

Para penduduk di perkampungan Rengil itu semuanya menundukkan kepala mereka. Terpaksa mengalah dan mengorbankan maruah mereka demi kemandirian puak mereka. Disaat seperti itu, melawan hanyalah akan menyebabkan puak mereka akan pupus serta merta dari muka bumi ini. Beberapa orang dari kalangan wanita dan anak kecil masih kedengaran tangisan mereka. Ketakutan kini menghantui mereka. Ratu Manikmaya pula hanya terus tertawa apabila melihat manusia yang lemah itu ketakutan dengan kekuasaannya.

"Apakah seluruh kawasan ini sudah diperiksa?" Sang Ratu bertanya kepada raksasa korbu yang menghampiri setelah dari tadi terlihat mundar-mandir di seluruh kawasan perkampungan termasuk bahagian dalam setiap rumah disitu. Raksasa korbu itu hanya mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan sang ratu.

"Jadi perempuan berdua itu tiada disini?"

Raksasa Korbu mengangguk kepalanya buat kesekian kalinya kepada Ratu Manikmaya. Kemudian sebuah dengusan kasar terluah dari si Ratu.

"Apakah kalian semua pernah melihat satu atau dua orang perempuan aneh yang berkeliaran?" Ratu Manikmaya bertanya kepada penduduk di Perkampungan Rengil itu.

Semua orang diam membisu dan ada beberapa orang kelihatan menggelengkan kepala. Tidak lama kemudian terdengar suara seorang lelaki menyahut.

"Rasanya di Gunung Bubu, ada pemburu yang pernah menemui seorang perempuan aneh berkeliaran di dalam hutan sebulan yang lalu."

Ratu Manikmaya yang mendengar berita itu membeliakkan biji matanya dan segera berpaling ke arah lelaki yang bersuara itu. Dalam sekelip mata, Ratu Manikmaya bergerak ke arah lelaki tersebut dan mencekik leher lelaki itu. Pergerakan sang ratu yang sepantas kilat itu mengejutkan semua orang yang melihat.

"Dimana perempuan itu berada?" Ratu Manikmaya seolah berbisik kepada lelaki yang dicekiknya tetapi dengan nada yang sangat keras.

"A..a..aku tak.. tak.. tahu.. Yang lihat perempuan itu.. pemburu.. dari gunung Bubu.. Aku..cuma dengar ..cerita.. sahaja.." tergagap-gagap lelaki itu menjawab.

"Kau tak tahu, maknanya kau tidak berguna!" Ratu Manikmaya mencampakkan lelaki itu ke arah salah seekor raksasa korbu. Walaupun tidak diberi perintah secara langsung, tetapi raksasa korbu itu seperti sudah mengerti kehendak Ratunya itu. Lalu dengan pantas raksasa korbu itu menghayunkan senjatanya yang berupa seperti kayu pemukul ke arah kepala lelaki berkenaan. Hentakan keras dari pukulan itu menghancurkan kepala lelaki tersebut. Darah merah pekat memancut dan terlihat cebisan otak terkeluar dari celahan rongga di kepala lelaki yang sudah menemui ajalnya itu. Jeritan dari kaum wanita bergema lagi setelah menyaksikan kejadian ngeri itu.

"Tolong.. hentikan pembunuhan ke atas puak kami.. wahai sang ratu.." Tempari sujud menundukkan kepalanya ke tanah kepada Ratu Manikmaya. Merayu agar puak di bawah pimpinannya tidak terus dibunuh sewenangnya. Jumlah puaknya yang masih tersisa sekarang sudah tidak sampai dua puluh orang. Jika pembunuhan diteruskan, maka sebentar lagi puak dari suku kaumnya akan terus pupus.

"Pergi dapatkan siapa yang telah melihat perempuan itu, dan datangkan dia kepadaku. Jika tidak, aku hapuskan kalian semua." 

"Joga, pergilah kau ke gunung Bubu. dapatkan segera pemburu itu." Tempari memberi arahan kepada salah seorang lelaki yang duduk berhampirannya. 

"Ba.. baiklah.." Patuh lelaki yang bernama Joga itu.

"Lekaslah.. Jangan sampai ada lagi dikalangan kita yang terkorban." Tempari memberi peringatan.

"Aku pergi dapatkan pemburu itu sekarang." Lalu Joga pun berdiri dan menundukkan kepalanya kepada Ratu Manikmaya, menunjukkan kepatuhannya agar tidak menimbulkan kemurkaan wanita iblis itu lagi.

"Oh ya.. kirimkan pesanku sekali kepada mereka, hantarkan wakil dari kampung mereka untuk menghadapku sebagai tanda kepatuhan mereka kepada kekuasaanku. Jangan sampai Aku sendiri yang kesana dan jadikan kampung mereka seperti kampung kalian ini." Ketawa yang menjengkelkan telinga terus keluar dari mulut Ratu Manikmaya. 

"Baiklah Ratu." Joga terus berlari meninggalkan kampungnya itu. Terpaksa mengerahkan kudrat untuk menuju ke Gunung Bubu demi keselamatan puaknya. Padahal dia sudah pun mengalami kecederaan setelah bergelut dengan raksasa korbu tadi. Tempari yang melihat Joga yang semakin jauh dari pandangan matanya itu cuma mampu berdoa agar Joga dapat kembali dan membawa apa yang diinginkan oleh Ratu Manikmaya. Dia sangat berharap perempuan Iblis itu segera pergi dari perkampungan mereka tapi demi keselamatan diri dan nyawa mereka, mendiamkan diri adalah jalan terbaik buat masa sekarang.

HATI HUTAN : CINTA SI PARI-PARIWhere stories live. Discover now